Bekalan ikan bakal terjejas ekoran gangguan lanun
PUTRAJAYA 18 Ogos - Bekalan ikan dijangka terjejas berikutan kebimbangan nelayan terutama di Pantai Barat terhadap ancaman lanun sejak kebelakangan ini.Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada nelayan mengenai ugutan yang mereka terima sehingga menimbulkan ketakutan.
"Di Perak sahaja, pengusaha 52 bot di Pantai Remis dan Bagan Panchor tidak mahu menangkap ikan kerana risau dengan ancaman lanun.
"Ini tidak termasuk nelayan-nelayan di Kuala Perlis yang bimbang dengan ancaman lanun sehingga ada yang mahu menjual bot. Tindakan ini akan menyebabkan bekalan ikan terjejas," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan dengan Persatuan Nelayan Pantai Remis dan Persatuan Nelayan Bagan Panchor di sini, hari ini.
Hadir sama Timbalannya, Datuk Mohd. Johari Baharum dan Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Laksamana Muda Datuk Ahmad Puzi Ab. Kahar.
Mengulas lanjut, Noh berkata, kementeriannya sedang mengatur kerjasama dengan Maritim Malaysia berhubung masalah yang dihadapi oleh nelayan itu.
Sementara itu, Ahmad Puzi berkata, perairan negara di Pantai Barat sebenarnya masih selamat dan kegiatan ancaman lanun masih lagi terkawal.
"Kami melipatgandakan operasi kawalan di kawasan perairan negara. Pada 7 Ogos lalu, dua lelaki warga asing dipercayai lanun ditangkap berhampiran barat daya Pulau Pinang dan mereka masih ditahan untuk siasatan lanjut," katanya. - Utusan Malaysia
KJEE; ISYHHH...UDAHLAH HARGA IKAN SEKARANG MAHAL!!
SAH! Tony Fernandes Pemilik Baru Kelab Bola QPR
LONDON: Pemilik AirAsia dan anggota Lembaga Pengarah Penerbangan Malaysia (MAS), Tan Sri Tony Fernandes kini sah pemilik baru kelab bolasepak Liga Perdana Inggeris, Queens Park Rangers (QPR).
Berita mengenai pembelian saham majoriti kelab tersebut oleh Fernandes telah mendapat liputan meluas boleh dikatakan semua media utama Britain.
Beliau telah membeli kesemua 66 peratus saham yang dipegang oleh supremo Formula One, Bernie Ecclestone di dalam kelab tersebut.
Jumlah pembelian tersebut dianggarkan bernilai £35 juta - hampir sama banyak dengan nilai yang dibayar oleh Manchester City untuk memperolehi khidmat pemain prolifik Argentina, Sergio Aguero.
Pelaburan yang dibuat oleh Tony Fernandes, 47, dikatakan menyamai jumlah wang yang dikeluarkan oleh Ecclestone dan seorang lagi rakan kongsinya, Flavio Briatore ke atas QPR sejak mereka mengambil alih kelab tersebut pada tahun 2007.
"Adalah menjadi impian saya untuk melibatkan diri dalam dunia pengurusan bolasepak dan peluang untuk memiliki sebuah kelab bolasepak di London adalah terlalu baik untuk diketepikan begitu sahaja," kata Fernandes.
Beliau menyifatkan QPR sebagai sebutir berlian yang belum digilap dan berharap beliau akan dapat menyumbang sesuatu yang bermakna untuk menjadikannya sebuah berlian yang berkilauan.
Seorang lagi pemegang saham terbesar QPR, taikun besi dari India, Lakshmi Mittal, difahamkan masih mengekalkan penguasaan sebanyak 33 peratus saham.
Fernandes juga dikatakan telah berjanji untuk melabur sejumlah £10 juta lagi untuk membolehkan QPR membeli pemain baru.
Salah seorang pemain yang menjadi buruan QPR ialah pemain terbaik EPL musim lalu, Scott Parker dari West Ham.
Fernandes juga tidak menolak kemungkinan akan turut mempromosikan syarikat penerbangannya AirAsia dan juga MAS bersama QPR.
Buat masa ini Team Lotus, salah satu pasukan dalam Formula Satu yang mana Fernandes adalah pemilik dan penggerak utamanya ditaja oleh AirAsia.
Kejayaan Fernandes menguasai 66 peratus pegangan saham dalam QPR hanya muncul tidak sampai dua bulan selepas kegagalannya untuk membeli kelab West Ham.
Nampaknya kegagalan pembelian kelab tersebut bagaikan membawa tuah kepada Fernandes kerana West Ham kini telah disingkirkan ke Bahagian Kedua Liga dan QPR sebaliknya berada di Liga Perdana selepas menjuarai Liga Bahagian Dua England.
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan menerima pendidikan di sekolah berasrama penuh Epsom College, United Kingdom, beliau kemudian melanjutkan pelajarannya ke universiti berprestij, London School of Economics dengan pengkhususan dalam bidang perakaunan.
Beliau kemudian berkhidmat dalam industri muzik selama 14 tahun sebelum membuat keputusan drastik menceburkan diri dalam industri penerbangan dengan membeli kepentingan dalam AirAsia pada tahun 2001, lalu menukarkan syarikat itu sebagai sebuah syarikat tambang murah paling popular di dunia.
AirAsia kini menerbangkan sejumlah 18 juta penumpang ke 65 bandar di seluruh dunia. - mStar Online
KJEE: MALAYSIA BOLEH!!
Gadis perdaya ibu bapa direman
KUALA LUMPUR – Seorang gadis yang berpakat dengan teman lelaki bagi merancang penculikan dirinya sendiri dan meminta wang tebusan RM50,000 daripada keluarganya direman selama empat hari mulai semalam.
Gadis tersebut, Ameerah Asha Azizan, 17, dan teman lelakinya yang dikenali sebagai Shamsul Bukhari, 19, kini ditahan di lokap Balai Polis USJ8, Subang Jaya.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar berkata, pihaknya mendapat perintah tahanan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pagi semalam.
Jelasnya, siasatan awal mendapati Ameerah Asha sanggup bersubahat dalam penculikan itu kerana dipercayai dipengaruhi kekasihnya.
“Mereka masih muda dan bertindak demikian (merancang penculikan) semata-mata kerana wang,” katanya ketika dihubungi semalam.
KJEE: HMMM MUDA2 DAH PANDAI PUTAQ!
Oh! Ikan.. Iyelah K'Jee.. kawan2 yang anak 2-3 orang pun merungut dengan harga ikan.. Iyelah kalau dah sekeluarga 5 orang.. lagi kalau anak 5 erkk!
ReplyDeleteYup! Congrats Mr TF.. Uuiihh! Banyaknya duittt berjutaaa jutaaa jutaaa..
Kesal pulak saya dengan anak gadis ni andai benar kenyataan terdahulu dalam akhbar.. Sebagai seorang ibu saya takut juga sebenarnya walau anak lelaki.. Mudah-mudahan tidaklah, Amin.
ari ni lmbt skit baca suratkhabar, tq atas info K'Jee...
ReplyDeleteanak remaja sekarang ... mmpppp .
ReplyDeleterisau juga walaupun anak² saya lelaki tp cabaran di masa depan mmg x terjangkau dek akal .
salam kak jee.. selak senarai follower nampak akak.. terima kasih kak sebab follow saya... bila datang sini baru ingat dulu akak selalu masuk TVkan.. sekarang masih lagi ke aktif?...
ReplyDelete