Memo selamatkan wanita dakwa dikurung suami
Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Shikin, 28, berkata, suaminya bertindak mengurungnya di rumah mereka di Bandar Botanic di sini kerana cemburu dan tidak mahu dirinya dilihat oleh orang lain.
Shikin yang baru setahun mendirikan rumah tangga berkata, dia mula dikurung oleh suaminya beberapa kali sejak awal tahun ini, namun lelaki berkenaan akan melepaskannya semula.
"Sebelum ini suami turut memukul tetapi saya masih bersabar dengan harapan suami boleh berubah. Suami yang baru dibuang kerja tak suka orang lain melihat saya.
"Rabu lalu suami mengurung saya sekali lagi. Saya tidak dibenarkan berhubung dengan sesiapa pun termasuk menggunakan telefon. Mujur saya terfikir untuk memberi memo kepada penghantar kuih memaklumkan kesulitan saya," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Sementara itu, kakak mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Isma berkata, dia mendapat panggilan misteri daripada seorang wanita tidak dikenali yang memintanya menyelamatkan adiknya itu.
"Saya tidak senang hati apabila dapat panggilan yang mengatakan adik saya dalam bahaya dan minta diselamatkan dari rumahnya sendiri. Saya takut kalau adik saya diapa-apakan.
"Tanpa berfikir panjang, saya terus memaklumkan kepada pihak polis dan membawa mereka ke rumah adik saya untuk menyelamatkannya," jelasnya.
Difahamkan, pihak polis terpaksa memecahkan kunci pintu rumah mereka di Bandar Botanic itu kerana mangsa terkunci dari dalam sebelum mangsa berjaya dilepaskan kira-kira pukul 12.30 pagi semalam.
Isma berkata, adiknya itu telah menyedari sikap panas baran dan cemburu buta suaminya sebelum berkahwin lagi, tetapi dia tetap berharap suaminya akan berubah dan lebih menghargainya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, mengesahkan menerima laporan berhubung kes berkenaan.
Menurutnya, kes diserahkan kepada Mahkamah Syariah kerana mangsa tidak tahan lagi dengan sikap suaminya dan kini dalam proses menuntut cerai. -UTUSAN MALAYSIA
Wanita kena seksa isteri teman lelaki
Oleh Wan Faizal Ismayatim
Suspek minta RM50,000 bebas mangsaKUALA LUMPUR: Akibat menjalin hubungan cinta dengan suami orang, seorang wanita menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila diculik sebelum dikurung dan diseksa selama lima hari oleh isteri teman lelakinya dalam sebuah rumah di Taman Saga, Ampang di sini, sejak Jumaat lalu.
Mangsa berusia 31 tahun, dilarikan wanita berkenaan serta adik lelakinya selepas mengetahui wanita itu menjalin hubungan cinta dengan suaminya sebelum mangsa dikurung dan diseksa dengan kedua-dua tangannya diikat, manakala rambutnya dipotong pendek.Malah, suspek wanita berusia 36 tahun itu turut menunjukkan gambar wanita berkenaan dalam keadaan diseksa sebelum meminta wang tebusan RM50,000 daripada suaminya sendiri jika mahu ‘kekasih gelap’ lelaki terbabit dibebaskan.Difahamkan, bimbang dengan keselamatan teman wanitanya, suami suspek kemudian membuat laporan polis sebelum seorang pegawai penyiasat menghubungi suspek memintanya menyerah diri dan membebaskan mangsa.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata suspek yang menyedari mereka menjadi buruan polis, kemudian membebaskan mangsa yang dalam keadaan lemah serta lebam di seluruh muka di sekitar ibu negara, pagi semalam.
Bagaimanapun, katanya, polis yang menjalankan tindakan susulan berjaya menahannya bersama seorang lelaki di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di Taman Subang Mewah, sebelum adik lelakinya ditahan di sebuah rumah di pangsapuri berkenaan, semalam.
“Pemeriksaan di rumah itu menemui beg serta barangan milik mangsa dan siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan dua lagi suspek yang juga pasangan suami isteri, dipercayai mengurung mangsa di sebuah rumah di Taman Saga,” katanya semalam.
Abdul Rahim berkata, semua suspek berusia 27 hingga 36 tahun termasuk seorang warga asing ditahan untuk siasatan lanjut. - BERITA HARIAN
MENANGIS LIHAT ANAK
SEPANG: “Rindunya mak, sudah lama mak tunggu saat ini, ” kata Rosna Shariff, wanita yang menjadi keldai dadah dan ditahan di penjara di Peru ketika memeluk tiga anaknya, Mohd Firdaus Zainal, Nor Fadilah dan Mohd Fazley sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Peru, semalam.
Dia yang menangis sebaik melihat anaknya melahirkan kesyukuran kerana dapat menjejakkan kaki ke tanah air semula selepas berada lebih empat tahun di Peru dan ditahan di Penjara Santa Monica selama dua tahun enam bulan sejak 2007 kerana ditangkap membawa dadah jenis kokain seberat lima kilogram.
“Saya sebenarnya malu atas apa yang terjadi, namun perasaan marah terhadap mereka yang menipu dan memerangkap saya lebih empat tahun lalu lebih menebal.
“Mereka sepatutnya diusir dari Malaysia kerana kedatangan ‘Awang Hitam’ (lelaki Afrika) ini kebanyakannya berniat jahat dan menjadi ejen dadah antarabangsa,” katanya.
Rosna disambut Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk Mior Kamarul Shahid dan Ketua Pengarang Berita, Ahmad Zaini Kamaruzzaman dam Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang akan membantunya memulakan penghidupan baru.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Kak
ReplyDeleteLokasi berita pertama tu dekat sangat dengan rumah saya tu!
B1 : Sayang terlalu pun susah juga kan..
ReplyDeleteB2 : Nasib baik saya tak sampai ke tahap itu dulu ishhh..!!
B3 : Alhamdulillah, selamat sampai sudah Pn Rosna.
Saya penah baca kes bekas pemain drum kumpulan Fotograf, Ringgo pun di Peru atas kes dadah..tapi tak pasti dia dah keluar ke belum...
ReplyDelete