Tarif hotel Makkah naik 150 peratus
MAKKAH: Bilangan jemaah umrah ke Makkah dari dalam dan luar Arab Saudi dilaporkan meningkat sejak permulaan Ramadan sehingga menyebabkan tarif hotel dan bilik di sekitar Masjidil Haram meningkat sehingga 150 peratus. Laman web akhbar Gulf News yang membuat tinjauan di beberapa buah hotel dan bangunan kediaman di kawasan berkenaan mendapati kebanyakan bilik dan pangsapuri hampir penuh manakala harga suite di sebuah hotel lima bintang dilaporkan mencecah sehingga 3,000 riyal (RM2,405) dan bilik biasa pula berharga 950 riyal (RM761).
Pemilik hotel dan pengendali pangsapuri sewa berkata, sekurang-kurangnya 400,000 jemaah umrah termasuk 250,000 jemaah asing berada di bandaraya itu ketika ini.
Hotel dan bangunan kediaman di kawasan Masjidil Haram cuba untuk memenuhi keperluan yang semakin bertambah itu.
Keadaan ini disebabkan bilangan jemaah umrah tahun ini dianggarkan melebihi 50 juta manakala beribu-ribu bangunan dirobohkan berikutan peluasan kawasan Masjidil Haram. – Agensi /Berita Harian
KJEE: TUNGGU SERU KE SANA LAGI.
ISTERI CURANG BELASAH SUAMI
KAJANG: Seorang suami menerima nasib malang apabila isteri yang dikahwininya bukan saja berlaku curang malah sanggup bertindak membelasahnya menggunakan kayu kaki meja di kediaman mereka di Taman Kajang Ria, di sini, tengah hari semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari itu, suami malang terbabit cuba bertanyakan perbuatan terkutuk isterinya yang dikesan membawa pulang seorang lelaki ketika ketiadaannya.
Pertanyaan itu menyebabkan wanita berusia lewat 20-an itu tiba-tiba melenting dan mencapai kaki meja yang sudah patah dan membelasah suaminya bertubi-tubi.
Menurut sumber, kejadian bermula apabila lelaki berusia 31 tahun itu mempersoalkan tindakan isterinya membawa pulang seorang lelaki setiap kali ketiadaannya.
“Menyedari rahsia dirinya terbongkar, isteri mangsa cuba berdolak-dalik hingga berlaku pertengkaran antara mereka sebelum wanita itu naik berang dan mencapai kaki meja di sudut rumahnya dan memukul mangsa tanpa belas kasihan,” katanya.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
KJEE: DUNIA DAH TERBALIK
Wanita Perlu Tingkat Keselamatan Diri
KUALA LUMPUR:Golongan wanita dinasihatkan supaya meningkatkan keselamatan diri dan keluarga sebagai langkah berjaga-jaga ekoran pembunuhan kejam membabitkan seorang wanita dan kanak-kanak lelaki di ibu negara serta Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kassim di Perak baru-baru ini.
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, jenayah pada masa sekarang bukan hanya berlaku di tempat sunyi tetapi turut mengancam mangsa di mana saja dan pada bila-bila masa.
"Saya dapati jenayah turut berlaku di pangsapuri, kawasan tempat tinggal yang dihuni pelbagai lapisan masyarakat... ada jiran, ada keluarga... adakah ini trend?," katanya pada sidang media selepas menyerahkan cek kepada rumah perlindungan HIV/AIDS dan Rumah Pengasih di sini, Jumaat.
Berdasarkan pemerhatian beliau, Shahrizat berkata, nilai kejiranan pada masa kini sudah terhakis kerana masyarakat sekeliling tidak mengambil tahu keadaan mahupun masalah jiran masing-masing.
"Sebagai contoh, di pangsapuri, penghuni duduk sebelah-menyebelah tetapi tidak tahu apa yang berlaku kepada jiran kita. Kedua-dua kes pembunuhan yang berlaku baru-baru ini membabitkan kediaman di pangsapuri," ujarnya.
Sehubungan itu, Shahrizat menggesa masyarakat di negara ini supaya saling mengambil-berat soal keselamatan dan kebajikan antara satu sama lain serta tidak bergantung sepenuhnya kepada pihak polis.
"Kita perlu ambil tahu apa yang berlaku dalam masyarakat pada hari ini. Nilai kejiranan amat penting dalam menangani apa jua situasi berbahaya kepada orang ramai," ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penemuan anggota badan manusia yang dikerat -kerat di dalam mangkuk tandas dan beg plastik di sebuah rumah di Apartmen Astaria di Taman Kosas, Ampang pada Rabu dan mayat Timbalan Pengarah Jabatan Veterinar Perak, Dr Rohani Kassim di Perak pada Khamis. - mStar Online
KJEE - SENTIASA DITEMANI ANAK ATAU SUAMI
0 comments:
Post a Comment