Sunday, August 21, 2011

MAK MAH DIHALAU KELUAR DARI RUMAHNYA

Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

Ruminah Sidek sewaktu menerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 pada tahun 2008.
KUALA LUMPUR: Pelakon Ruminah Sidek atau Mak Mah, 65, menyambut Syawal pada tahun ini dengan kesedihan apabila dia dihalau keluar dari rumah miliknya di Meru, Klang gara-gara masalah hak milik tanah.
Kata Ruminah, rumah yang didirikan hasil titik peluh duit lakonannya itu dibina atas tapak tanah milik ibu mertuanya sejak 2004 dan terpaksa dikosongkan selepas salah seorang saudaranya mengarahkan dia berbuat demikian.
“Rumah itu mempunyai kenangan bersama arwah suami saya. Saya dihalau keluar kira-kira pukul 2 pagi pada dua bulan lalu memandangkan saya tiada hak ke atas tanah berkenaan,” katanya ketika ditemui di Saloma Bistro, Jumaat.
Jelas Ruminah, dia bernasib baik kerana anak sulungnya Azlan Aman Ramlie datang membantu dengan mengambilnya pada hari kejadian.
Katanya, dia amat sedih dengan kejadian tersebut memandangkan rumah berkenaan dibina dengan pendapatannya menerusi wang lakonan filem Jangan Pandang Belakangdan Congkak.
Biarpun menerima ujian yang hebat, pemenang anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-21 itu menerima ujian berkenaan dengan tabah.
“Tahun ini saya diuji Allah dengan hebat dan saya sendiri tidak menyangka dalam usia 65 tahun ini, Allah masih menguji saya seperti ini. Tetapi saya reda dengan setiap ujian dan yakin pasti ada hikmahnya,” ujarnya lagi.
Ibu kepada pelakon dan pengarah Adlin Aman Ramlie ini berharap Allah akan memudahkan setiap urusannya selepas ini dan berhasrat untuk membina sebuah rumah lain.
“Selepas ini saya akan membina sebuah rumah baru dan berazam untuk mempunyai rumah sendiri sebelum meninggal dunia,” katanya yang bakal menjalani penggambaran sebuah telefilem dengan Suhan Movies pada 23 Ogos ini dan berlakon di bawah arahan sutradara Erma Fatima.
Pelakon filem Pensil dan Magika ini juga baru ditawarkan untuk berlakon di bawah syarikat produksi baru mengenai kisah orang Jawa yang memerlukannya bertutur dalam bahasa Jawa.
Bercerita tentang Hari Raya Aidilfitri, Ruminah dijangka akan beraya di rumah anak sulungnya di Bukit Kapar, Klang pada Hari Raya pertama.
Hasil perkahwinannya dengan tiga orang suami termasuk pelakon A.R. Tompel, dia dikurniakan enam orang anak, lebih 20 orang cucu dan enam orang cicit. -mStar

13 comments:

  1. KakJee, pasti ramai tertanya2 mana pergi anak2 beliau sampai begini jadinya. Mungkin Mak Mah yg sayang nak tinggalkan rmh tu walau dah dipelawa anak2nya tinggal bersama. Dugaan seorang ibu, sedih sangat......teringat kat emak di semenanjung.

    ReplyDelete
  2. mudah-mudahan rezki mak mah makin murah & dpt bina rumah sndiri.....

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Jee, saya dari PATYSKITCHEN datang buat kunjungan balas dan join Kak Jee...SELAMAT HARI RAYA

    ReplyDelete
  4. harta dunia tidak boleh dibawa ke sana tapi harta dunia perlu untuk menyelesakan perjalanan ke sana...

    ReplyDelete
  5. beginilah antara keadaan2 yang akan ditempuh bila diri sudah berusia,...dan kepada yang menghalau tanpa perasaan,tunggu dan lihatlah giliran kamu nanti.

    ReplyDelete
  6. Moga Mak Mah 'kuat' menghadapinya..

    ReplyDelete
  7. Kadang2 manusia tidak berhati perut...bila dah lihat kesenangan org mulalah nak ambil.

    Buat benda fikirlah dulu. Kesian mak mah...nasib baik ada anak2

    ReplyDelete
  8. Sedih juga bila baca berita macam ni kan Kjee. Mudah-mudahan segala urusan Mak Mah selepas ini dipermudahkan dan semoga beliau terus tabah mengahadapi segala ujian yang mendatang. Amin.

    ReplyDelete
  9. sedihnya..kerana harta putus tali persaudaraan..

    ReplyDelete
  10. Kak, kira ada baiknya kalau kita mula teliti akan perkara "wasiat" - leaving a will. Dah banyak kali kita dengar/baca cerita2 begini. Perkara macam ni, tak boleh ambil senang, semakin umur meningkat, buatlah wasiat supaya pabila kita mati, anak2 tak bergaduh, saudara2 tidak ambil kesempatan. Tak salah kalau kita tinggalkan wasiat, atau lebih senang, sebelum apa2 terjadi, kita bahagikan harta kita.
    Maznah

    ReplyDelete
  11. zalimnya..

    org yang berebut tanah semasa hidup ni mati nanti kena himpit dengan kubur..kata seorang ustaz kepada saya dulu

    ReplyDelete
  12. i orang klang,dulu masa time sekolah tahun lewat 90an pernah gak nampak mak kat area bas stand klang yang sibuk tu.makcik i pun pernah duduk sebelah mak mah ni dalam bas klang-kl.makcik i cakap dia borak2 ngan mak mah ni siap makmah kasi rendang kerang lagi kat makcik i.

    ReplyDelete