Tiga empat tahun lalu, Mazia Catering meniaga di Pasar Juadah Taman Melawati. Tahun ini mereka beralih angin dan join peniaga pasar juadah di Bazaar Stadium Shah Alam. Tadi Kjee tanya kenapa beralih angin? Kak Mazia kata kat Shah Alam lagi ramai pengunjung.
Memang betul. Sejak akhir2 ni Kjee tengok pengunjung ke pasar juadah Taman Melawati sudah berkurangan. Agaknya kerana parking susah kat situ menyebabkan pengunjung ke pasar juadah lain yang lebih mudah untuk cari tempat letak kereta.
Mazia Catering popular di kalangan artis, wartawan, majlis perkahwinan dan juga syarikat2 koporat kerana hidangan kateringnya yang pelbagai dan sedap2 belaka. Biasanya mereka meniaga di Pasar Juadah dua minggu pertama puasa jer. Selepas itu, apabila tak menang tangan uruskan katering sampai lima hingga enam tempat dalam masa sehari, tak dapatlah mereka hendak meniaga di pasar juadah.
Menu utama Mazia Catering di bazaar Stadium Shah Alam masih Nasi Beriani Batu Pahat. Dulu nasi beriani Mazia Catering ini disediakan sendiri oleh taukehnya iaitu Ahmad Bustami. Tetapi sejak beliau meninggal dunia dua tahun yang lalu, ilmu serta rahsia membuat nasi beriani sekarang diturunkan ke anak keduanya, Huraizah atau lebih dikenali sebagai Jaja.
"Walaupun arwah abah tak ada, tetapi pelanggan kami tetap kata nasi beriani yang kami hidangkan, sama seperti arwah abah buat." kata Jaja. Hmmm mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi.
So kalau korang tak percaya sedap ke tidak, baik cepat mereka yang tinggal di kawasan Shah Alam dan yang sewaktu dengannya ke Bazaar Stadium Shah Alam.
Tahun ini, Jaja dan bondanya sendiri yang menetapkan apa yang nak dijual. Menurut Jaja pengunjung di Shah Alam suka makanan yang diimasak panas2 sambil mereka menunggu. Justru, Jaja buat sotong sumbat pulut ala percik, lala masak sambal, udang masala, kerang sambal selain daripada nasi beriani.
Alhamdullah kata Jaja, jualan habis setiap petang. Esok Jaja nak pergi cari pulak ikan keli. Tak tahu lah pulak Jaja nak masak apa ikan keli itu. Tetapi yang pasti. semuanya dimasak di depan pelanggan. Ala ala BBQ gitu. Hehehe.
KALAU MINAT NAK ORDER UNTUK MAJLIS BERBUKA PUASA, RUMAH TERBUKA DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA, BOLEH HUBUNGI PENGURUSNYA, PUAN LYDIA DI 03-41081054.
Kak Mazia, Huzz, Jaja dan seorang kenalan masa majlis kenduri yang diadakan baru2 ini. |
0 comments:
Post a Comment