Monday, August 8, 2011

MENU BERBUKA 8 OGOS

resipi klik sini 
 Hari ini Kjee teringin nak masak asam pedas. Kat dalam fridge ada 2 ekor ikan sembilang yang Kjee beli kat Sri Ternak hari tu. Kjee pun selak2 himpunan resipi asam pedas dalam blog. Isyhh cuma ada satu jer ker? Maknanya dah lama dah Kjee tak buat asam pedas ikan. Asyik asam pedas daging jer. Hmm patutlah mengidam.

Resipi klik sini
Hari ni plan nak buat asam pedas ikan sembilang. Kita hanya mampu merancang. Nak buat dah dua hari, tapi asyik tangguh jer. Hari ni rasa2nya tak tangguh lagi sebab Kjee dah rendam ikan. Pastu nak rendam dalam air asam jawa bagi hilang hanyirnya. Malam tadi tanya Unclepali dia makan ke Ikan Sembilang. Angguk jer. Tak makan lah tu. Anyway, untuk dia goreng ikan jer lah.

Asam Pedas Ikan Sembilang hari ni Kjee bubuh terung panjang yang tak berapa panjang kot. Teringin nak bubuh sawi asin tapi malas nak pergi beli. Lagipun, tak perasan kat mana ada jual. Okaylah. Guna apa jer yang ada dalam rumah. Rasanya hari ni Kjee nak bubuh lada hitam dalam asam pedas. Style Johor. Ya ke Johor? Hantam sajalah.

Rasa2nya untuk sayur pulak Kjee nak buat kucai goreng dengan telor. Kalau tidak, kucai goreng dengan taugeh berbaki dari buat Penang Fried Kway Teow semalam

resipi tak ada. hehehe
Pastu Kjee ada tepung pulut hitam. Rasa2nya macam nak buat onde2 tapi masalahnya tak ada kelapa parut. Nak kena pergi rumah Man Santan suruh isteri dia parut. Kalau rumah Man, sure boleh dapat kelapa muda. Nasib baik semalam beli tepung pulut putih. Boleh campur.

Dah lama nak makan buah Melaka ni tapi tak jugak buat2 sampai Kjee nampak kat blog sapa ntah hari tu yang buat guna pulut hitam. Tapi Kjee hanya ada stok gula tiruan macam gula Melaka tu. Kalau betul2 gula Melaka atau dia orang panggil gula nau mesti sedap kan?

Alamak...Unclepali baru jer call  Man Santan. Kelapa muda tak ada..yang tua pun dah nak habis. So kensel lah buat onde2. Hmm tak de idea nak buat dessert hari ni!

Labu ada separuh biji baki masak lemak pucuk manis Nadia hari tu. Kalau rajin buat pengat labu dengan sagu biji. Santan kotak ada stok. Set.

.Itu je lah.  Gambar2 yang tertera cuma idea menu hari ni. Semua2nya gambar lauk yang Kjee masak sebelum ini.




5 comments:

  1. sedapnye..tp sy xmakan ikan pari.tp asam pedas mmg feveret,cm nk mask asam pedas lak....waaahhhhh....

    ReplyDelete
  2. salam kak jee :-)
    saya pembaca baru blog kak jee tapi dah jatuh cinta kat blog ni.kisah2 lama dan juga resepi yg memikat.

    teruskan menulis kerana saya pasti dtg sini setiap hari

    ReplyDelete
  3. intai2 dapur Kak Jee, wah! cukup lengkap dengan pengat, tumpang semulut kak...

    ReplyDelete
  4. makan lagi mana leh tengok jer menyelerakan......

    ReplyDelete
  5. ckp pasal asam pedas ni la kan...saya nih org JB tapi bila gi melaka paling best saya suka kat sebelah hotel straits meridian. Ada 2 gerai..bukan yg ngadap bangunan tapi sebelah dia slurppp hehehe. Dari anak sorang baby sampai dah 4 orang besor panjang masih gi sana. Kat JB nih..saya suka kat restoran dalam stadium pasir gudang..x ramai orang tahu tapi memang best dia nyer asam pedas. KakJee kalu senang2 jenguk la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com topik makan jerrrr hehehe...dan kakJee register la yer sebagai follower maklum la blog baru nih sunyiii jerrr TQ TQ TQ
    nak tanye skit kakjee pakai camera model apa sbb pics cantik

    ReplyDelete