Hari ni Kjee bernasib baik tak payah masak untuk berbuka sebab dapat sumbangan lauk pauk dari kakak angkat Kjee, Puan Mazia dari Mazia Catering. Mesti korang kata pandai Kjee cari kakak angkat orang catering. Eh kakak angkat Kjee ni dah macam kakak sendiri. Kjee kan tak ada kakak. So rumah dialah selalu Kjee lepak.
Kalau ke rumah Kak Mazia, balik tangan gerenti tak kosonglah babe! Ada je. Hari ni anaknya Jaja yang dapat ilmu resipi nasi beriani dari arwah abahnya, Ahmad Bustami siap pack kan makanan untuk Kjee bawak balik.
So walaupun tak masak hari ni, Kjee semalam terfikir pulak nak buat Rendang Kelantan. Resipi klik sini. Korang jangan susah hati. Kalau sebut Rendang Kelantan, mesti korang ingat manis. Kan orang Kelantan suka makan manis2.
Resipi ni arwah Bonda dah ubah sikit bagi rasanya tak manis. Malah lagi pedas lagi kaw. Buatnya senang jer. Macam buat sambal ayam tau. Nak tau tengok resipi. Memang sedap makan dengan nasi panas!
Oleh kerana rendang ayam Kelantan tu tak ada banyak kuah, Kjee plan juga buat Masak Bening Lobak Putih. Kira two in one...sayur ada, kuah pun ada. Resipinya sini.
Selain itu, Kjee jugak plan nak buat Cucur Udang. Hmm ini pun resipi Bonda. Rindu sangat kat arwah. Resipinya klik sini. Sedap sangat cucur yang Bonda buat ni.
So korang kalau nak boleh jadikan idea untuk memasak hari ni. Mungkin Kjee buat menu ni untuk esok. Tak esok kekadang ada citer lain pulak kan.
Oh ya gambar bawah ni pulak...Ini bakal jadi hidangan buka puasa Kjee hari ini! Sotong Sumbat Bakar yang diberikan oleh Kak Mazia. Jaja pesan sebelum makan nanti digrill balik sekejap. Hmmm kecurlah tengok gambar.
Selain sotong sumbat, hari ni Kjee turut diberi Bubur Lambuk dan Acar Buah serta gulai tempoyak. Ewah meriah kan?!!
Kalau korang nak cuba, especially yang tinggal kat kawasan Shah Alam, bolehlah kunjung gerai Mazia Catering. Jaja dan adiknya Zul ada kat sana nanti. Money back guarantee. Kalau jumpa Jaja, kemsalam yer. Hehehe
Salam Kak Jee..Hadoi menggoda betul lah tetangahari ni....Kak Jee dah siap dah ha menu tuk berbuka hari ni...Sue masih memeikir2 lg ni nak masak pa untuk berbuka ptg ni....(^_^)
ReplyDeleteKak Jee..belum terlambat lg kan..Sue nak ucapkan SELAMAT BERPUASA...
salam kak jee.. selamat berpuasa..
ReplyDeletemaklong baru nak cakap.. awalnya kak jee masak..
rupanya rezeki dari kakak angkat.. alhamdulillah..
bestnya kak jee kan..
maklong tengah tunggu petang sikit.. nak bakar ikan keli.. pastu masak lemak..
shedappppp...! makan plak ngan nasi impit :)
ReplyDeleteYa Allah terliur tengok rendang Kjee
ReplyDeletetq 4 sharing kjee...
ReplyDeleteperrhhh..sotong tu..
ReplyDeletemenggoda betoiiii....
aduii..semua sedapppp!
ReplyDeletepeghh... Byknya menu! Rajin sungguh..tak mcm saya.
ReplyDeletemeriah sungguh menu buka puasa..2 hari dapur jahanam,hari ini baru dibelikan baru..esok tak tentu rasmi sebab nak balik buka puasa umah mak kat taman permata..kak jaja tu jiran sebelah lorong rumah aje :)
ReplyDelete