Terung Berlada Udang Kering |
Cara Kjee lain sikit sebab tak tumbuk undang kering tu dengan cili. Kjee goreng dulu udang kering tu. Ala korang tengok resipinya disini.
Lauk ni murah, mudah disediakan dan cukup menyelerakan baik untuk Berbuka Puasa mahupun Sahur. Kjee congak2 tadi harga untuk menyediakan makanan ini lebih kurang RM6 termasuk gas! Murah tau sebab kalau guna 7 biji terung, boleh buat dua kali makan iaitu berbuka dan sahur!
Selain itu, menu hari ini ialah kari ikan bawal hitam. Ikan bawal memang mahal sekarang sebab musim perayaan dan mungkin jugak kerana nelayan tengah mogok. Kjee beli seekor ikan bawal seberat 700gms dengan harga hampir RM16.
Kari sardin |
Tapi tak semestinya buat kari guna ikan bawal hitam. Ikan kembung pun sedap. Ikan kembung mahal jugak tau!. Hari tu Kjee pergi, harganya hampir RM12 sekilo.
Kalau tidak buat saja kari sardin. 1 tin tidak sampai RM7. Kjee dan keluarga suka sangat kari sardin!
Resipinya disini.
Actually, kalau nak lebih mudah, kari telor pun sedap. Maklumlah setelah godek2 dalam fridge, ikan tak ada dan sardin tin pun tak ada tapi tekak nak jugak makan kari, kari telor pun satu alternatif yang baik. Lihat sini
Itu idea mudah untuk hari ini. Kjee masak Kari Ikan Bawal hitam dan Terung sambal udang kering. Selain itu, apa aje ada kat rumah, korang fikirlah sendiri. Atau mungkin anak2 pun ada resipi sendiri!
Korang ada idea untuk esok, share lah dengan Kjee pulak yer.
Untuk pencuci mulut bubur butir nangka. Klik sini.
Kari telor Rebus |
Terung goreng berlada ni memang favourite i! ni kena try your version ni kak jee.
ReplyDeletesedapnye kak..sy semua beli je..huhu
ReplyDeletesy cadangkn esok k.jee masak masakan kampong... masak lemak putih petola dgn ikan goreng pedas dan dessertnya bubur som2... ok tak
ReplyDeletewaduh2 kak jee... lauk kak jee masak tu semua mengancamlah!
ReplyDeleteGee: memang esok nak masak petola tapi masaka air. dah banyak hari asyik masak santan...meletup jantung nanti. hehehe. ikan goreng pedas best sangat. pastu ikan kering atau ikan pekasam. fuuhhhh!
ReplyDeletebubur butir nangka nie anne dah carik bertahun tahun dari anne kecik. pernah makan sekali je mase kecik and tak tahu apa nama bubur tu. bila tengok nie rasa excited sangat and terus beli bahan. esok nak buat lah utk berbuka puasa. thank you kak jee! =)
ReplyDeleteaku bujang telajak..x adik beradik..org tua h tiada... makan apa yg ada jer.. kalu buka di surau alamat makan ngan bangla..org melayu dah x ramai berbuka di surau. nasibbb badan...kelab 52thn
ReplyDeleteteringat masa kecil, emak buat gulai daging salai...dah lama x makan dan kat kedai pun tak jumpa. kerinduan ibubapa amatt terasa di ramadan yg mulia walau aku dah tua bangka 52th.
ReplyDeletepetang ni (hari ke-3 puasa) sy masak lauk kari kerang, sambal belimbing hitam, ikan goreng bawang.. simple tetapi menyelerakan... cuba la
ReplyDeletehari ke-3 puasa ni, saya masak lauk simple2 je. kari kerang, ikan goreng bawang, sambal belimbing hitam (ada campur sikit dengan petai yg sudah diracik ). cuba la
ReplyDelete