Walaupun Kjee bukanlah sihat sangat, namun kalau ada terdengar berita kawan2 sakit, Kjee turut sama berkongsi kesedihan. Apatah lagi sejak akhir2 ini terlalu ramai kawan2 yang menderita penyakit kanser.
Beet Root - ehsan google |
Dewasa ini, kanser dikatakan pembunuh nombor satu. Jarang lagi kita dengar si polan si polan meninggal kerana penyakit lain. Tiap kali, diberitakan pemergiannya kerana kanser payudara, hati, usus, servix dan sebagainya.
Sebentar tadi Kjee intai2 blog Kak Lang. Sebenarnya Kjee pernah membaca entry ini dalam blog MamaFaMi's Spice and Splendour sedikit masa dulu. Tapi masa itu, Kjee hanya baca sepintas lalu. Entry yang Kak Lang ambil dari blog MamaFaMi ini tiba2 membuat Kjee insaf dan sedar.
Sebenarnya, setiap insan mempunyai sel2 kanser dalam tubuhnya. Cuma ada yang bernasib baik kerana sel2 itu tidak aktif. Bagaimanapun, apa yang kita makan khabarnya, adalah penyumbang kepada 'pengaktifan' sel2 kanser tersebut. Wallahualam.
Kjee difahamkan, makanan yang membabitkan organ2 dalaman binatang seperti hati, limpa, paru dan sebagainya adalah antara penyebab kanser. Kjee tak berani hendak mengesahkannya sebab selama ini Kjee hanya dengar sahaja orang cakap.
Tetapi seorang sahabat Kjee, yang juga seorang doktor pernah bagitau Kjee supaya elakkan memakan organ2 dalam binatang tersebut. Dia sendiri sudah tidak memakannya sejak menjadi student bidang perubatan dulu.
Apa yang Kjee baca dalam entry Kak Lang hari ini ialah pengalaman meminum jus 'ajaib' yang mengandungi tiga jenis buah2an iaitu Apple, Carrot dan Beet Root.
Seorang lelaki bernama Mr Seto, mengidap penyakit kanser paru2. Dia telah mengamalkan minuman ini hasil saranan seorang tukang ubat herba atau Herbalist dari Negeri China. Setelah tiga bulan mengamalkannya, kesihatannya kembali pulih.
Dan Mr Seto mahu agar minuman ini diamalkan untuk pelbagai penyakit bukan sahaja kanser tetapi darah tinggi dan juga penyakit jantung.
Kjee akan cuba usahakannya. Bahan2 yang digunakan tidaklah mahal. Ia banyak dijual di pasar dan juga di kebanyakkan pasar raya. Disarankan minum setiap pagi, sejak sebelum sarapan dan jika boleh, jugak pada jam 5 petang setiap hari.
Selebihnya, sila baca di blog Kak Lang atau blog MamaFaMi's Spice and Splendour.
Assaalamu 'alaikum puan. Artikel yg informative dan menarik. Boleh saya tahu sukatan utk membuat minuman tersebut, tk. Wassalamu 'alaikum
ReplyDelete