http://www.dapurkakjee.com/2011/03/138-lunch-16-mac-2011.html |
Pilihan apa terbaik untuk berbuka puasa? Lauk pauk yang mengandungi bahan2 mahal2 atau lauk pauk yang menepati selera dan citarasa seluruh anggota keluarga? Kalau tanya Kjee, Kjee akan kata dua2 sekali.
Buat apa nak tipu diri sendiri kononnya baiklah sangat kan? Siapa tak nak makan makanan mahal2? Yang penting kita tanya diri sendiri dulu. Mampu ke tidak kita nak penuhkan meja setiap hari dengan makanan2 mahal untuk keluarga kita?
http://www.dapurkakjee.com/2011/06/telor-masak-taucu.html |
Wah entry Kjee kali ni banyak tanda soal kan?
Semua menjurus kepada nafsu. Di bulan puasa kita sepatutnya bukan sahaja menahan diri daripada lapar dahaga tetapi Allah SWT hendak menguji sejauh mana kita boleh menahan nafsu kita.
Setiap manus dilahirkan dengan nafsu yang besar. Jangan menipu diri sendiri dengan menyatakan tidak! Bukan sahaja nafsu makan tetapi nafsu memiliki segala yang terindah di sekeliling kita. Siapa tak nak ada telefon I-Pad terbaru, laptop Mac Apple, baju sutera beratus ringgit satu meter, kereta mewah, rumah banglo...hmmm nak nak senaraikan apa keinginan kita, sehari semalam pun tak selesai.
Berpijak biarlah pada bumi yang nyata.
Tidak semestinya kita hanya mampu membeli ikan kembung atau ikan selar kuning, kita tidak boleh sajikan lauk pauk yang sedap2. Kalau biasa kita goreng saja ikan kembung, cuba masak tiga rasa atau dijadikan gulai tempoyak atau dibuat percik. Itulah cara kita menggunakan daya kreativiti kita.
http://www.dapurkakjee.com/2011/06/gulai-tempoyak-ikan-kembung.html |
Telor misalnya, juga boleh dijadikan juadah yang menyelerakan. Kjee suka makan lauk telor masak taucu ataupun sambal telor ataupun kurma telor. Kalau telor digoreng mata kerbau, ditaburkan dengan bawang besar yang dihiris nipis bersama cili api dan dicurahkan kicap jugak boleh jadi lauk bersahur dan berbuka yang menyelerakan.Makan pulak dengan nasi panas!
Korang ingat orang yang kaya raya tak boring ke makan makanan yang sama tiap hari. kalau dia orang dapat ubi rebus makan dengan sambal tumis ataupun sambal gesek ikan bilis, tentu dia orang suka.
Pokoknya, kita harus bersyukur dengan apa yang kita mampu hidangkan untuk keluarga. Segala juadah yang kita sediakan dengan penuh kasih dan sayang lebih berkat! Percayalah!
http://www.dapurkakjee.com/2011/03/129-omelete-kacang-panjang.html |
betul kak jee. yang penting kita pandai olah bahan yg ada. beli bahan mahal tp masak tak kena gaya pun, tak jadi jugak.
ReplyDeleteaduhh.. tengok gambar sambal gesek akak awal pagi ni. mmg telan liur. :)
abah saya kalau dah kenyang makan di luar, bila dia nampak saya tumbuk sambal gesek ni. sanggup dia makan lagi.
Berseleranya tengok menu Kjee... simple and yummylicious!
ReplyDeletemas pun setuju ngan kak jee.....
ReplyDeleteapa pun, berbalik pada diri kita sendiri..
hendak tak hendak memasak dengan iklas jerk...
Pokok pangkalnya diri kita kak jee. Apa yang penting kita kena bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah swt kurniakan.
ReplyDeletetelan air liur je la tgk lauk kakjee ...
ReplyDeletehe2... perasan plak kjee jeragang jarang singgah.. almaklumlah kjee dah penceng nie lawat anak cucu lebih skit,,, dapat keja baru anto anak sekolah. Memang suka sangat dengan konsep menjadikan yang murah tu sedap... baru jeragang perasan harga makanan mahal sekarang ni... selalu belanja tak pernah tanya harga.... bayo jer
ReplyDeletepaling suka sambal gesek tuh ! sedapnyaaaa
ReplyDeletek.jeeeee..... terlior nya...
ReplyDeletekak jee..
ReplyDeletememang betul tu.. lebih2 lagi untuk orang2 yang bekerja sendiri.. ada masa pasang surutnya... maklum laa.. nak tunggu payment keluar bukannya sehari 2.. so bila time lebat.. beli barang2 keperluan lebih2 sket.. macam ikan bilis.. telur.. belacan tu semua wajib ada.. bila tiba waktu2 terdesak.. haa... pandai2 la pelbagaikan gaya masakan..
*kak jee.. saya selalu simpan balance lauk dalam freezer, esp daging n ayam.. kalau ayam.. time2 terdesak, boleh goreng.. lagi sedap ayam yg dah dimasak kari ke, rendang tu di goreng garing.. takpun.. saya buat lempeng/roti jala.. untuk di cicah.. kadang2 saya buat rencah untuk masak mee goreng.. pastu.. pandai2 alter dari segi rasa dia..
~nana~
Setuju sgt ngan kjee...yg penting suka masak2 dan keratip...hasilnya mesti sedap...kalau family suka lagila bestnya..kan Kjee...:)
ReplyDeleteSalam Ramadhan Kak Gee...
ReplyDeleteBetul tu K Gee... Bukan makanan mahal jer yang boleh menambat selera... makanan yang murah2 pun kalau pandai oter leh jadi lagi sedapkan... terpulang citarasa masing2...
lama tak makan ikan bilis gesek...terliurlah plak...
ReplyDelete