Monday, August 1, 2011

Penyanyi Veteran Hasnah Haron Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Penyanyi veteran, Hasnah Haron, 64, meninggal dunia di Hospital Sultan Ismail, Johor Baru pada pukul 8 pagi Isnin akibat penyakit kanser pangkal rahim.
Menurut anak sulungnya, Haslinda Mohd Eunos, 39, Allahyarham menghidap kanser tersebut sejak dua tahun lalu sehingga merebak ke paru-paru.
"Ibu mula tenat pada Rabu lalu dan dimasukkan ke hospital terus lebih-lebih lagi melihatkan dia juga mengalami masalah sesak nafas. Malah ibu juga mengalami kesukaran untuk makan kerana mulutnya penuh dengan ulser.
"Dia pergi tanpa meninggalkan sebarang pesanan tetapi pada seminggu yang lalu, ibu memberitahu yang dia akan pergi tidak lama lagi," katanya yang dihubungi mStar Online, di sini, Isnin.
Tambah Haslinda, sebelum ke hospital, Allahyarhamah turut dibawa berubat secara tradisional dengan seorang Imam di JB selama empat hari.
Dalam pada itu, dia bersyukur apabila ibunya meninggal dunia pada Ramadan yang mulia ini.
"Selama ini dia bekerja kuat dan sering menerima tohmahan buruk kerana menyanyi di kelab malam.
"Tetapi dia tidak pernah menyentuh alkohol mahupun melakukan perkara yang tidak elok.
"Apabila ibu meninggal di bulan yang mulia ini, saya percaya susah yang Allah beri di dunia akan dipermudahkan apabila meninggal nanti," ujarnya menahan sebak.
Jenazah akan di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah selepas solat Asar nanti.
Selain Haslinda, Allahyarhamah yang merupakan penyanyi pop yeh yeh popular pada era 60-an itu telah meninggalkan seramai empat orang anak iaitu Mohd Luthfi Mohd Eunos, 38, Sharifah Seha, 26, Syed Mohd Hyekal Syed Murshad, 23 dan Sharifah Zakiyah, 21.
Antara lagu-lagu popular beliau ialah Bersedih, Sabar Menanti, Aliran Usia, Jauh Dariki, Mengharap Kasih dan Bintang Pujaan.


SUMBER: mStar online

Related Posts:

  • AL FATIHAH ZAMI ISMAIL Ketika dirawat di hospital - gambar ehsan google gambar ehsan google Puas Kjee menyelongkar album gambar lama cari gambar2 Kjee dengan beliau tapi tak jumpa. Itu lah pasal. kalau tak perlu, ada aje depan mata. Bila dipe… Read More
  • 121. Catatan Raden Galoh sebelum 'dijemput Illahi'. AlFatihahKJEE cukup tersentuh membaca catatan dari hati allahyarham Raden Galoh. Tak tahulah kjee samada ini nama sebenarnya. Arwah adalah seorang pesakit kanser payudara yang cuba bertahan menggunakan segala kaedah yang ada. Bagaiman… Read More
  • 183. Jom Doa untuk Baby Yasmin Damia Binti Aman Mohon kengkawan yang membaca Yasin malam ini agar tolong selitkan doa buat baby Yasmin Damia yang esok baru sahaja berusia dua minggu. Yasmin Damia kini ditempatkan di ICU, Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar kerana pelbag… Read More
  • ALHAMDULLILAH...ADIKKU SELAMAT BERSEMADI Nadia bersama sepupunya Amira (terlindung) mendengar imam menyampaikan talqin sejurus selepas pengkebumia Hj Amir menyiram air mawar di pusara isterinya sambil diperhatikan anak bongsunya Aizran  Lepas Zohor tadi, ad… Read More
  • 187. AL FATIHAH BABY YASMIN DAMIA BT AMAN foto dari blog http://luvdeena.blogspot.com INNALILLAHIWAINNAILAHIROJIUN...Al Fatihah buat baby Yasmin Damia bt Aman yang pergi meninggalkan ayahnda dan bonda tercinta jam 5 petang tadi. genap 14 hari Yasmin dilahirkan.&nbs… Read More

2 comments:

  1. noorazian mohd. noorAugust 1, 2011 at 9:10 PM

    al-fathihah....

    ReplyDelete
  2. moga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..al-fatihah..

    ReplyDelete