Saturday, August 6, 2011

POLIS TAHAN TIGA MURID ATAS TUDUHAN LIWAT


 KETUA Putera UMNO,  Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim    bertanya sesuatu kepada   mangsa liwat di sebuah sekolah tahfiz dekat Baling bulan lalu.
KETUA Putera UMNO, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim bertanya sesuatu kepada mangsa liwat di sebuah sekolah tahfiz dekat Baling bulan lalu.
Mangsa dakwa dipaksa makan tulang ikan, dikencing dalam mulut

ALOR SETAR: Polis menahan tiga murid Tahun Enam sebuah sekolah agama di Kuala Pegang, Kupang, Baling, berhubung kes seorang pelajar tahfiz sembilan tahun yang terlantar di hospital selama empat hari akibat diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera tiga pelajar senior berusia 12 tahun.
Timbalan Ketua Polis Daerah Baling, Deputi Superintendan Abd Rahim Abdullah, berkata polis menahan tiga suspek yang disyaki terbabit dengan kejadian itu kira-kira jam 2 pagi kelmarin di sebuah surau dalam kawasan asrama sekolah berkenaan.

“Bagaimanapun ketiga-tiga mereka dibebaskan dengan jaminan polis kerana masih di bawah umur, sementara siasatan diteruskan.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 377A Kanun Keseksaan kerana melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, mangsa yang dibenarkan keluar dari hospital semalam, berkata sepanjang tempoh 40 hari didera, dia berasa terhina kerana diperlakukan seperti binatang dan dalam masa sama tidak mendapat pembelaan daripada tenaga pengajar di situ. 

Katanya, selain diliwat dia juga pernah dipaksa makan tulang ikan, dikencing dalam mulut dan dipaksa melakukan seks oral terhadap tiga pelajar senior yang dianggapnya sebagai syaitan. 
“Semua berlaku selepas dua minggu saya mengikuti minggu suai kenal iaitu apabila saya didatangi seorang pelajar senior yang meliwat saya dan kemudian mengugut supaya tidak melaporkan kejadian itu kepada orang lain. 

“Namun, sebab tidak tahan saya pernah beberapa kali mengadu kejadian itu kepada ustazah dan ustaz di sekolah, namun mereka tidak mempercayainya. Pernah beberapa kali pelajar senior itu kencing di atas tilam saya dan kemudian menuduh saya berbuat demikian menyebabkan saya dibelasah dengan batang paip hingga patah oleh tenga pengajar. 

“Ketika itu saya cuba menjelaskan perkara sebenar, tetapi mereka (tenaga pengajar) lebih mempercayai cerita pelajar senior. Pada satu hari saya cuba melarikan diri, namun ditangkap dan dipukul lagi oleh tenaga pengajar,” katanya.

Sementara itu, bapa mangsa berkata, atas nasihat pihak hospital beliau akan membuat laporan tambahan berkenaan pengurusan sekolah yang nyata gagal mengawasi kejadian seperti itu. 

“Saya pernah dihubungi beberapa kali oleh pihak sekolah supaya menyelesaikan perkara itu, namun saya nekad menuntut keadilan bagi pihak anak saya,” katanya. 

Semalam, akhbar ini melaporkan, pelajar tahfiz berusia 9 tahun terlantar di hospital selama empat hari dipercayai akibat diliwat, dipaksa melakukan seks oral dan didera tiga pelajar senior berusia 12 tahun sebuah sekolah agama tahfiz swasta di Kupang Baling di sini, ketika mengikuti minggu suai kenal selama 40 hari, bermula Jun lalu. -BERITA HARIAN 

KJEE: SEKOLAH AGAMA?

4 comments:

  1. Hmmm . . balik-balik sekolah agama. Nak kata cetek agama, tak. Tapi perangai tak serupa dengan pakaian suci yang dipakai, serban di kepala, kitab di tangan. Guru-gurunya perlu dihantar utk kursus perguruan. Biasanya terjadi ke atas pondok @ sekolah yang tak berdaftar dgn Kem. Pendidikan.

    ReplyDelete
  2. Astaghfirrilahilazim. Macam mana lah boldh jadi macam gini. Masih budak lagi tapi tau buat perkara sebegini.

    ReplyDelete
  3. Kejadian nie kat sekolah agama ker? Laporan Polis pun sepatutnya dibuat terhadap pihak pengurusan, sebab gagal menjaga kebajikkan pelajar

    ReplyDelete
  4. ....aduhhh sungguh trauma nasib mangsa, dahlah baru berumur 9 thn. tak tahulah apa fikiran budak2 sekarang lebih2 lagi mereka yg dah berumur tu para tenaga kerja sekolah ugama tersebut. wahai para ibubapa sekelian, berhati2lah nak hantar anak2 lebih2 lg yg kecil2 sangat tu away from home. jgn bila part "ugama" kita terus shj jd taksub n lupa segala yg lain.

    ReplyDelete