Monday, August 29, 2011

PUASA TERAKHIR DI BULAN RAMADHAN



Hari ini hari terakhir kita semua berpuasa. Alhamdullilah syukur. Bagaimanapun, Kjee agak terkilan kerana gagal menyempurnakan ibadah penuh puasa tahun tahun. Hari tu Kjee kantoi satu hari! Bukan kerana sakit atau uzur tetapi kerana gagal mengawal emosi!

Seperti tahun lepas, tahun ini Kjee lancar puasa tanpa sebarang masalah kesihatan yang serius. Kalau setakat sakit2 badan dan sendi ataupun sesak nafas, pada Kjee itu biasa saja. Selama ini Kjee telah mengalami penyakit gastrik yang cukup kronik. Bertahun Kjee hanya berjaya berpuasa sehari dua sahaja dalam bulan Ramadhan.

Tahun lepas, sahabat lama Kjee, Haji Wazata Zain mendapat tahu masalah yang Kjee hadapi. Beliau telah memanjatkan doa serta membuat solat hajat agar Allah swt mengizinkan Kjee menyempurnakan ibadah puasa.

Dan tanpa diduga, dengan izin Allah SWT, Kjee kuatkan semangat dan mencuba dari hari ke hari sehingga mencukupi sebulan! Itu tahun lepas. Tahun ini Kjee dapat juga menyempurnakan hajat berpuasa sunat selama 10 hari di bulan Rejab!

Dan apabila tiba Ramadhan, langsung tiada halangan. Berpuasa bagaikan sesuatu yang sudah menjadi kebiasaan. Walhal sebelum ini, Kjee gagal melakukannya kerana masalah kesihatan.

Apapun, selain izin Allah SWT, Kjee yakin seandainya kita memasang niat yang baik untuk melakukan sesuatu, pasti hajat itu akan dapat kita laksanakan. Betapa ruginya selama ini Kjee tidak dapat menyempurnakan ibadah puasa dek masalah kesihatan. Pada yang sihat dan sengaja mencari alasan sebab malas hendak mengerjakannya, fikir2kanlah.

Sedih dan pilu apabila mengenangkan hari ini adalah hari terakhir Kjee berpuasa di bulan Ramadhan 1432H. Dapatkah aku menyempurnakan rukun yang sama tahun hadapan? Wallahualam.

Buat kesekian kalinya, Kjee ingin menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali Kjee. Mudah2an ibadah kita semua diterima Allah SWT, Insya Allah.

Related Posts:

  • NADIA MASUK SPITAL SEBAB STRAWBERRY TONSILLITIS Dah beberapa hari Kjee tak update. Bukan sibuk sebarang sibuk... sibuk melayan anak gadis Kjee yang demam panas sejak balik dari Kelantan. Tapi sebenarnya, sebelum pergi Kelantan pada 9 Februari lalu, dah nampak tand… Read More
  • NYAMUK AEDES MEMBIAK DI AIR BERTAKUNG BERSIH!!! Farah kena drip di sebuah hospital pakar di Damansara - foto dari FB Sheila Farah dan ibunya Shiela Apabila Farah Nur Shafieny, 17 tahun, anak tunggal blogger terkenal Shiela (Spices Journey) tiba-tiba disahkan te… Read More
  • NADIA IS HOME! A WONDERFUL SHORT 'HOLIDAY' AT PCMC I can't wait to go home!!! Empat hari tiga malam 'berehat' di Prince Court Medical Centre, akhirnya disahkan pulih dari Chronic Tonsilltis. Empat hari yang 'menyiksa' bagi Nadia kerana hari-hari dihidangkan dengan sega… Read More
  • APA HAL MAT GEBU? BARU TAU FAUZIAH SAMAD HEBAT?!! Korang pastu dapat agak yang mana satu Che Mat. Hehehe Senario malam tadi. Kami tiga beranak baru sahaja habis makan malam bersama. Jarang sekali kalau Nadia balik lambat, kami akan dapat makan bersama terutama sek… Read More
  • SUATU KETIKA DULU Kenangan yang tak mungkin  kulupakan. Bersama Dato Sharifah Aini, Juwie aka Haji Abdul Jalil Salleh, Norbaya Musa dan dua lagi sahabat wartawan. Lewat 70-an atau awal 80an.… Read More

6 comments:

  1. kalu sudah ada peningkatan perlu diteruskan hingga sempurna... memang benar Allah sahaja lan tempat kita bergantung

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Kak Jee. Mohon ampun dan maaf andai terkasar bahasa. Semoga Kak Jee dikurniakan kesihatan yang baik dan di murahkan rezeki. Amin.

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut Aidilfitri yg mulia KJee, mohon kemaafan andai selama ini ada membuat kesilapan...maaf zahir dan batin jua di pinta..moga akak di berikan kesihatan yg baik dan berpanjangan utk meneruskan ibadah di bulan2 seterusnya..Aminn.

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya, maaf zahir batin buat kakjee dan keluarga..kalau saya ada tersalah bicara pohon maaf atas kekhilafan itu..

    ReplyDelete