Friday, September 30, 2011

AKU TERIMA NIKAHNYA NAZIRAH AYUB...

foto: mStar
Walaupun hebat sebagai pelawak dan pengacara, Ahmad Nabil Ahmad gugup jugak sampaikan ucap lafaz nikah dua kali. Hehehe tak kot, mungkin Tok Kadi buat lawak kot suruh dia lafaz sekali lagi. Sorry gurau jer.

Apapun, Selamat Pengantin Baru dan moga dapat bersama isteri tercinta, Nazirah Ayub, hingga ke akhir hayat!!

Nabil (Raja Lawak) Sah Bergelar Suami Kepada Nazirah

PUTRAJAYA: Dengan dua kali lafaz, Pelawak dan pelakon, Ahmad Nabil Ahmad, 28, sah bergelar suami kepada bekas pramugari AirAsia, Nazirah Ayub, 23.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Masjid Tuanku Mizan, di sini, selepas solat Asar kira-kira pukul 5.15 petang, Jumaat.
Pasangan tersebut dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Putrajaya, Ustaz Mohd Ridza Ahmad berwalikan bapa kepada pengantin perempuan Ayub Hassan.
Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin bernilai RM5,000 manakala wang hantaran sebanyak RM15,000.
Turut menyaksikan majlis tersebut adalah ibu dan keluarga kedua-dua pasangan pengantin.
Pihak perempuan menerima tujuh dulang hantaran seperti cincin, duit hantaran, sirih junjung, kasut, “playbook”, alat solek, pewangi dan dibalas sembilanhantaran iaitu coklat, kasut, “PlayStation 3”, I-pad, sejadah, cincin dan sirih junjung.
Pada majlis tersebut, Nazirah anggun mengayakan busana kurung moden rekaan Wazira Zainal.
Sementara majlis resepsi mereka akan diadakan serentak pada Ahad inidi I-City Shah alam berkonsepkan “fairy tale” dan persandingan dalamtaman.

Related Posts:

  • CEPATNYA DIANA DANIELLE PREGNANT! Pagi tadi sebelum pergi kuliah, Nadia tanya soalan cepumas ini. "Mama, kalau kahwin selepas 16 hari boleh mengandung ker?" Oppps tercekik Kjee nak berkata2. Kjee pandang dia semacam. Dia ketawa. "Nadia baca kat interne… Read More
  • LARRY HAGMAN aka JR EWING DAH MENINGGAL Larry bersama Linda Gray - 'isterinya' dlm Dallas Budak2 sekarang tak kenal dia ni. Tapi kalau mereka senagkatan Kjee mungkin menyampah dia ni sebagaimana Kjee dulu. Hehehe. Tapi Larry Hagman aka JR Ewing dah meninggal … Read More
  • KOMEN PEGAWAI FARMASI BUAT KJEE KELUAR PELUH JANTAN! Ini antara komen2 sebelum ini: 20 comments: Musliza Mohamad said... Eerrrrrr....trend skrg ni kalau dah pregnant kena paparkan alat ujian kehamilan utk tatapan satu dunia, ye!! Yg lain2 tak mau komen. Ye le … Read More
  • 20 ARTIS BANTU KUTIP DERMA UNTUK GAZA KUALA LUMPUR: Seramai 20 selebriti terkenal tanah air melakukan kegiatan amal dengan mengutip derma daripada orang ramai untuk mengumpul dana bagi membantu rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang teraniaya akibat … Read More
  • UPDATE GAZA 2 - 20/11/2012 ALHAMDULLILAH PETALING JAYA: Kira-kira 10 orang artis akan melakukan kerja amal untuk mengutip derma bagi membantu rakyat Palestin yang menderita akibat serangan tidak berperi kemanusiaan rejim Zionis terhadap … Read More

3 comments:

  1. haaaaaaaa...da ingat!!! kak jee ni pelakon kan????

    ReplyDelete
  2. Selamat pengantin baru Nabil & Nazirah...

    Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat

    ReplyDelete