Jenazah Allahyarham Faizul Tiba Di Pangkalan Udara TUDM
SUBANG: Jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pukul 10.05 pagi Ahad.
Keranda yang membawa jenazah Allahyarham yang terkorban selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi bantuan kemanusiaan tiba dengan pesawat TUDM C-130 dari Mogadishu, Somalia.
Turut sama ialah rombongan media yang turut membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia.
Suasana pilu menyelubungi pangkalan udara sejurus keranda jenazah dibawa turun dari pesawat.
Menyambut ketibaan rombongan berkenaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Noramfaizul, 39, telah berkhidmat di BernamaTV sembilan tahun lalu merupakan kakitangan yang kerap membuat liputan misi kemanusiaan di beberapa buah negara.
Turut cedera dalam insiden berkenaan ialah jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.
Jenazah akan dibawa dan disembahyangkan di Masjid TUDM sebelum ke Masjid Al-Islah dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang sebelum Zohor. -mStar
nad pon sedih dan menangis..Al-Fatihah..
ReplyDeletenew entry :: pemergian wartawan malaysia di somalia
al-fatihah ..
ReplyDeleteSalam Raya kak jee.Kita pilu melihat kesedihan anak 8 tahun yang kehilangan ayah dikala usia muda dan pada hari raya pula tu.Peristiwa yang pasti dikenangnya sepanjang hayat kan k.jee. Al-fatihah untuk arwah.
ReplyDeleteSedih betul bila ada orang nak menolong kesusahan mereka ni, di balas dengan cara begini...
ReplyDeletememang rakyat Somalia ni tak da hati perut langsung..langsung tak boleh di percayai...
berbaloi kah bantuan yang kita beri pada mereka ni ..
pada saya dan suami...kesusahan mereka macam man made saja...wallah hu wak lam..
Al Fatihah
ReplyDeleteSelamat Hari Raya kak Jee
Jom masuk blog kita http://batulesung.blogspot.com