Sunday, September 4, 2011

AL FATIHAH BUAT ALLAHYARHAM NORAMFAIZUL


Jenazah Allahyarham Faizul Tiba Di Pangkalan Udara TUDM
Balu Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, Norazrina Jaafar bersama dua anaknya, Mohd Naufal, 3, dan Mohd Irfan, 8 sedang menanti ketibaan jenazah di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, Ahad. - Foto MSTAR Oleh HAIRULAZIM MAHMUD
SUBANG: Jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pukul 10.05 pagi Ahad.
Keranda yang membawa jenazah Allahyarham yang terkorban selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan misi bantuan kemanusiaan tiba dengan pesawat TUDM C-130 dari Mogadishu, Somalia.
Turut sama ialah rombongan media yang turut membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia.
Keranda yang membawa jenazah Allahyarham Noramfaizul Mohd. Nor tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di sini pukul 10.05 pagi Ahad diusung sebelum dibawa ke Masjid TUDM untuk disembahyangkan di Subang, Ahad.
Suasana pilu menyelubungi pangkalan udara sejurus keranda jenazah dibawa turun dari pesawat.
Menyambut ketibaan rombongan berkenaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Noramfaizul, 39, telah berkhidmat di BernamaTV sembilan tahun lalu merupakan kakitangan yang kerap membuat liputan misi kemanusiaan di beberapa buah negara.
Turut cedera dalam insiden berkenaan ialah jurukamera TV3, Aji Saregar Mazlan.
Jenazah akan dibawa dan disembahyangkan di Masjid TUDM sebelum ke Masjid Al-Islah dekat sini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang sebelum Zohor. -mStar

Related Posts:

  • RESTOREN GUNA SOS ADA DNA BABI!Oleh SYED AHMAD ZULKARNAIN SYED ALI zulkarnain.ali@kosmo.com.my SALAH sebuah restoran makanan yang disamak oleh JHEAINS selepas didapati menggunakan sos yang mengandungi DNA babi di Seremban. SEREMBAN – Sebanyak 15 premis mak… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 14 SEPT 2011 PENYAMUN RESTORAN MAMAK DIBERKAS SHAH ALAM – Polis memberkas lapan lelaki termasuk dua pelajar tingkatan lima dan dua pengawal keselamatan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjata di dua restoran 24 jam di Shah Al… Read More
  • BICARA NAFKAH ANAK AC MIZAL 'Nafkah RM1,600 Sebulan Tak Cukup' - Bekas Mertua A.C MizalOleh SALWA SHA'ARIKAJANG: Bekas ibu mertua kepada pelakon, A.C Mizal mendakwa, wang berjumlah RM1,600 sebagai nafkah bulanan untuk seorang anak remaja adalah ti… Read More
  • ORANG MINYAK KENA ROGOL 99 GADIS? Nurlidah Hassan bercerita sambil menunjukkan lokasi 'orang minyak' (gambar kecil) bersilat di Flat Taman Pinggiran Batu Caves, Kuala Lumpur, semalam.KUALA LUMPUR 18 Sept. - Penuntut ilmu hitam orang minyak dipercayai perlu… Read More
  • TAHNIAH! AZAD DAN EIRA KINI BERGELAR SUAMI ISTERISelamat nikah malam tadi PASANGAN BAHAGIA...Azad dan Eira pada majlis pernikahan mereka, malam tadi.PUTRAJAYA: Lebih tiga tahun menyemai cinta, pasangan dramatis dan pelakon popular, Eira Syazira, 27, bersama Azad Jazmin, 3… Read More

5 comments:

  1. Salam Raya kak jee.Kita pilu melihat kesedihan anak 8 tahun yang kehilangan ayah dikala usia muda dan pada hari raya pula tu.Peristiwa yang pasti dikenangnya sepanjang hayat kan k.jee. Al-fatihah untuk arwah.

    ReplyDelete
  2. Sedih betul bila ada orang nak menolong kesusahan mereka ni, di balas dengan cara begini...
    memang rakyat Somalia ni tak da hati perut langsung..langsung tak boleh di percayai...
    berbaloi kah bantuan yang kita beri pada mereka ni ..
    pada saya dan suami...kesusahan mereka macam man made saja...wallah hu wak lam..

    ReplyDelete
  3. Al Fatihah

    Selamat Hari Raya kak Jee

    Jom masuk blog kita http://batulesung.blogspot.com

    ReplyDelete