Saturday, September 24, 2011

CIAN KAN, KJEE DEMAM LAGI...


Kjee demam lagi dan batuk non-stop malam tadi sampai sakit2 badan. Gelombang kedua demam ni lebih dasyat daripada yang Kjee kena malam Raya hari tu. Ketika itu dua minggu Kjee demam. Kemudian rehat seminggu dan ia kembali menyerang.

Mujurlah Kjee tak sesak nafas dan semput macam kena bulan Puasa lalu. Masa tu Unclepali dan Nadia kejarkan Kjee dua kali ke hospital kerana kesukaran untuk bernafas.

Apapun, Kjee redha sebab di usia lebih separuh abad ini, Alhamdullilah syukur Kjee tiada penyakit kronik yang biasa menyerang orang seusia Kjee. Kalau setakat demam panas dan batuk tu, biasa kan? Banyak rehat dan telan antibiotik, boleh okay, dengan izinNya.

Hari ini Kjee dah janji kepada ibu mertua akan pulang ke kampung. Dan Kjee dah janji pada diri sendiri Kjee akan tetap pulang walaupun dalam keadaan apa sekalipun. Doakan kami sekeluarga selamat pulang ke Kampung Ulu Jempul, Pahang. Kami kembali ke Kuala Lumpur esok.

Bagi mereka yang telah menghantar undangan rumah terbuka, Kjee memohon maaf kerana tidak dapat hadir. Bukan sahaja hari ini tetapi sejak minggu lalu. Dan buat adik Kjee, Faridah, Happy Birthday Sis. Me Love You!


semua gambar dari album cik google

Related Posts:

  • TANDA2 APA NI HAH? Salam. Dari pagi tadi, sebaik sahaja bangun Kjee rasa mata ni berat sangat macam nak tutup balik. Jarang2 sekali kalau Kjee set jam alarm, bila jam bunyi Kjee padam dan terus tidur. Kjee cukup disiplin hal2 macam ni, Makluml… Read More
  • LUAHAN HATI SEORANG IBU gambar terbaru masa jadi facilitator di UniRazak minggu lepas Pagi ini hati Kjee hancur lulur apabila anak kesayangan Kjee bersiap2 untuk keluar berjumpa kawan2 dia. Malam tadi dia mintak izin untuk ke KLCC jumpa kawan. … Read More
  • ALHAMDULLILAH...ADIKKU SELAMAT BERSEMADI Nadia bersama sepupunya Amira (terlindung) mendengar imam menyampaikan talqin sejurus selepas pengkebumia Hj Amir menyiram air mawar di pusara isterinya sambil diperhatikan anak bongsunya Aizran  Lepas Zohor tadi, ad… Read More
  • ADIK2 KJEE SEPUSAT SEPUSING - MAK LAIN, BAPAK ASING2 Masa ni Deena tengah pregnant. Sekarang dah kembali slim cam anak dara. Masa muda2 dulu Kjee selalu dengar kawan2 cakap macam itu. Especially kalau ada yang tanya, eh dia tu adik/kakak you ker? Sepusat sepusing, mak lain ba… Read More
  • wartawan, pelakon, tukang masak dan kini kaunselor?sejak akhir2 ni kerap lak frens FB dan blog hantar private mesej luahkan perasaan dan kedukaan yang dipendam selama ini. teringat kjee masa meniaga dulu. ada saja customer yang datang mintak nasihat dan luahkan isi hati. pasa… Read More

7 comments:

  1. Salam Kjee,demam lagi ya.Tapi batuk tu memang musim.Kak rumah ni hubby dan anak-anak pun batuk.tak tidur malam dibuatnya.Semuga Kjee cepat sembuh dan perjalanan pun selamat ya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum KJee,
    Jaga diri dan kesihatan ya, moga akak cepat sembuh dan pulih spt sediakala..Yatie doakan moga akak sekeluarga selamat sampai ke kampung utk menziarahi insan2 tersayang..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Semoga cepat sembuh, amalkan makan madu dan Habbatus Sauda, cari yang ori, InsyaAllah tertepis semua penyakit. Nak rekomen madu Mu'jeza edaran Saffron Integrated Marketing ....Mujarab..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. - cepat sembuh ye k.jeee...ciannnn dia...

    ReplyDelete