Sunday, September 11, 2011

CONFIRM BERCINTA TAPI....


Yuna, Qi Belum Sedia Jadi Suami Isteri
Yuna sibuk dengan kerjaya nyayian dan belum rancang ke jinjang pelamin.
KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna belum merancang untuk membawa hubungan percintaannya dengan pelakon dan pengacara, Qusyairi atau Qi ke tahap yang lebih serius.
Yuna menjelaskan bahawa dia dan Qi masih belum merancang untuk bertunang walaupun mereka sudah berjumpa kedua-dua ibu bapa masing-masing.
"Saya dan Qi sibuk dengan kerjaya kami ketika ini dan kami mempunyai cita-cita masing-masing untuk dicapai, dan sebarang perancangan bertunang atau berkahwin masih tidak kami fikirkan," katanya.
Tambahnya, dia dan Qi tidak mahu tergesa-gesa dalam perhubungan mereka dan hanya menyerahkannya kepada takdir.
Menurut Yuna lagi, dia ada berkunjung ke rumah Qi untuk berhari raya pada awal Syawal lalu dan begitu juga dengan Qi namun tiada sebarang perancangan mengenai hubungan mereka dibuat oleh kedua-dua belah pihak.
Qi
Ditanya bagaimana dia berhubung dengan Qi apabila berjauhan terutamanya semasa Yuna di Amerika Syarikat (AS) merakamkan album, Yuna memberitahu bahawa dia banyak menggunakan Internet untuk berkomunikasi.
"Seperti pasangan lain, kami berhubung menggunakan Internet dan selalu menggunakan perkhidmatan video Skype untuk berhubung apabila saya di AS," kata Yuna yang ditemui pada majlis pelancaran produk jenama Canon di sini, Khamis lalu. - mStar

Related Posts:

  • JOM PAKAT MASAK SENDIRI!!Juadah popular semakin mahal SEORANG peniaga, Yusof Mahdom sibuk membakar ayam dan ikan untuk dijual sepanjang Ramadan di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA KUALA LUMPUR 2 Ogos - Beberapa peniaga di bazar… Read More
  • FARID KAMIL DAPAT TAHU INDIVIDU LAKUKAN UGUTANOleh KEMALIA OTHMANFarid KamilPETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil mengakui dapat mengesyaki beberapa pihak terlibat melakukan ugutan agar dia menjauhkan diri dan tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan pelakon jelita, D… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 1 OGOS 2011 PM ajak rakyat imarahkan RamadanKUALA LUMPUR 31 Julai - Ramadan adalah peluang terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui keunikan yang terdapat di negara ini kerana mempunyai pelbagai kaum da… Read More
  • USAH HINA ASHRAF HAFIZ - ALFATIHAHOleh Faiza Zainudin, Shaarani Ismail dan Nadia Hamidbminggu@bharian.com.my2011/07/30 MAK Yah (kiri), ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (kanan) ketika menunggu jenazah di luar Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahir… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 3 OGOSPos Malaysia tawar kadar rata bagi kad ucapan KUALA LUMPUR - Pada kadar promosi 50 sen sahaja, rakyat Malaysia boleh menghantar kad ucapan perayaan pelbagai saiz dengan berat tidak melebihi 50 gram ke seluruh destinasi di Mal… Read More

0 comments:

Post a Comment