Monday, September 5, 2011
Home »
kisah2 close to my heart
» DEMAM TAK KEBAH KEBAH
DEMAM TAK KEBAH KEBAH
Sejak malam raya Kjee dah terasa kurang sihat. Ingatkan sebab keletihan maklumlah terkejar2 masa nak siap segala2nya sebelum pagi Raya. Masa ini jugaklah ada je yang tak kena. Kalau nasib tak baik, tengah rebus ketupat dan nasi impit gas pulak habis dan kedai2 semua dah tutup!
Apapun, nasib Kjee baik sebab tak terjadi perkara2 macam itu. Oleh kerana tak berapa sihat, Unclepali balik kampungnya seorang diri. Lagipun, kalau terjadi apa2, senang nak kejarkan Kjee ke spital. Petang Raya dia dah kembali ke sini.
Seminggu sebelum Aidilfitri, Kjee dikejarkan dua kali ke Unit Kecemasan Hospital Selayang kerana sesak nafas. Setelah diberi rawatan nubilzer, dah elok. Dan Kjee pun di bekalkan doktor ubat2an kalau sesak nafas lagi.
Dan malam Raya Kjee semput balik tetapi setelah Nadia bagi ubat, reda sikit. Tapi bila reda semput, tetiba demam pulak.
Pagi2 setelah siapakan juadah di meja dan menjamah sikit lebih kurang, kami dua beranak ke pusara Bonda di Jalan Ampang. Oleh kerana Kjee tak berapa sihat, hanya Nadia seorang turun menziarah pusara neneknya. Masa nak balik, terserempak pulak Kjee dengan abang Kjee - Ahmad Fauzee dan isteri serta anak2nya.
Kmudian kami ke pusara adik bongsu Kjee di Bukit Kiara. Tak dapat singgah sebab terlalu sesak dengan kereta. Esoknya Unclepali bawa kami ziarahi pusara adik Kjee.
Hari Raya tahun ini Kjee tak kemana2. Cuma tidur baring dengan TV.
Dua hari lepas Kjee dalam keadaan tak sihat, sempat juga menyediakan sedikit juadah buat abang Fauzee yang datang bersama keluarganya ke rumah Kjee. Malamnya, Kjee gagahkan diri berkunjung pula ke rumah abang Fauzee di Bukit Antarabangsa,
Semalam Nadia yang tiba2 demam dan batuk2, tolong Kjee masak untuk kawan2nya dari Uni. Walaupun tak jemput ramai kawan2nya, namun persiapannya cukup meletihkan.
Itu jer. Tak ada aktiviti menarik Kjee di Hari Lebaran. Yang baru online, Kjee menyusun 10 jari memohon maaf atas apa jua yang tidak menyenangkan anda semua selama ini. Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
cian nye die. ne msti badan tu kena kejutan budaya makan macam2 jenis makanan kn... :) jgn lupa makan ubat ye kak :)
ReplyDeletemoga kjee beransur sihat hendak nya, jgn mis makan ubat dan banyak kan rehat dirumah...
ReplyDeleteselamat raya... memuga cepatlah kebah.....
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Kjee...
ReplyDeleteKjee ni overworked yourself ke? Take it easy Kjee. Have enough rest. Kalau demam tak kebah-kebah, kena pergi hospital lagi sekali for blood test ye. Selalunya kalau demam, kalau tak elok in three days, itulah yang doktor pesan. Tu sebab kita pesan kat Kjee pulak. Anyway, kita doakan Kjee cepat sembuh ye..amin.
Semoga kak jee cepat sembuh ya...
ReplyDelete