JAKARTA: Semua pelajar Malaysia di Aceh dan Medan selamat daripada bencana gempa bumi pada magnitud 6.7 yang melanda wilayah Pantai Barat, Selatan Aceh, awal hari ini.
Sehingga jam 1.30 tengah hari ini, pihak berkuasa melaporkan bahawa 10 mangsa meninggal dunia dalam kejadian gempa pada jam 12.55 pagi waktu tempatan itu.
Atase Pendidikan, Pelajaran Malaysia (sebelum ini dikenali Jabatan Penuntut Malaysia) di Indonesia, Ludinata Misnun, berkata gempa itu tidak dirasakan pelajar Malaysia di Aceh kerana kawasan penempatan mereka berada jauh di bahagian Utara Aceh.Bagaimanapun, pelajar Malaysia di Medan, Sumatera Utara dapat merasakan gegaran kuat kerana kedudukan pusat gempa yang lebih hampir dengan kawasan Kota Medan.
"Semua pelajar Malaysia seramai 176 orang di Aceh dan 612 orang pelajar Malaysia di Medan berada dalam keadaan selamat," katanya dalam kenyataan di sini.
Ludinata berkata, pihaknya mengingatkan pelajar terbabit supaya sentiasa menyiapkan diri dengan kemungkinan terpaksa dipindahkan jika berlaku gempa susulan yang lebih besar kemudian.
Mereka juga diminta sentiasa mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa tempatan dan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan dan segera keluar rumah ke kawasan lapang jika berlaku lagi gempa bumi kerana kejadian itu boleh mengakibatkan bangunan runtuh.
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia, berkata gempa bumi awal hari ini itu berpusat di darat di kedudukan 59 kilometer Timur Laut Singkil Baru, Aceh, di kedalaman 78 kilometer.
Ia tidak berpotensi tsunami, namun gegarannya dapat dirasakan hingga ke Kota Medan dan Pantai Barat Semenanjung Malaysia. - BERNAMA
Tuesday, September 6, 2011
Home »
klip berita
» GEMPA BUMI: PELAJAR MALAYSIA DI ACHEH SELAMAT
GEMPA BUMI: PELAJAR MALAYSIA DI ACHEH SELAMAT
Related Posts:
MACAM ORANG TUA TUA DULU Ashraf Muslim-Dayana Bercinta Selepas KahwinOleh SITI AZIRA ABD AZIZAshraf dan Dayana sewaktu majlis persandingan di pihak perempuan di Villa Bestari, Kampung Sungai Pusu, Gombak.GOMBAK: Pelakon Ashraf Muslim, 30, akui … Read More
NANA BERTUDUNG BUKAN KERANA FESYEN SEPANJANG bergelar anak seni, kisah mengenai penyanyi Siti Nordiana Alias sering kali menjadi perhatian. Biarpun namanya tidak terlalu gah berbanding beberapa penyanyi yang lain, namun dia mempunyai peminat tersendiri dan… Read More
TAHNIAH! AZAD DAN EIRA KINI BERGELAR SUAMI ISTERISelamat nikah malam tadi PASANGAN BAHAGIA...Azad dan Eira pada majlis pernikahan mereka, malam tadi.PUTRAJAYA: Lebih tiga tahun menyemai cinta, pasangan dramatis dan pelakon popular, Eira Syazira, 27, bersama Azad Jazmin, 3… Read More
KLIP BERITA SANA SINI 14 SEPT 2011 PENYAMUN RESTORAN MAMAK DIBERKAS SHAH ALAM – Polis memberkas lapan lelaki termasuk dua pelajar tingkatan lima dan dua pengawal keselamatan dipercayai terlibat dalam kegiatan samun bersenjata di dua restoran 24 jam di Shah Al… Read More
ORANG MINYAK KENA ROGOL 99 GADIS? Nurlidah Hassan bercerita sambil menunjukkan lokasi 'orang minyak' (gambar kecil) bersilat di Flat Taman Pinggiran Batu Caves, Kuala Lumpur, semalam.KUALA LUMPUR 18 Sept. - Penuntut ilmu hitam orang minyak dipercayai perlu… Read More
demi menjimatkan duit rakyat, kerajaan malaysia perlu kaji lanskap geografi sesebuah negara sebelum menghantar pelajar ke sana. dah beberapa kali terjadi masih hantar lagi...takkan tak buat postmortem!lizabassam
ReplyDeleteSaya rasa kerajaan dan mana - amna syarikat gergasi tidak perlulah menghantar pelajar - pelajar ke luar negara. Sebab membazir, kedua pelajar mula hilang pedoman, jantan kahwin dengan jantan
ReplyDelete