Oleh Shaarani Ismail
bhnews@bharian.com.my
2011/09/06
Bapa reda dengan kejadian, tidak persalahkan penganjur misi bantuan SRI KEMBANGAN: Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terkorban ketika mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan di Somalia anjuran Kelab Putra 1Malaysia dan Badan Kebajikan dan Amal Isteri Menteri (BAKTI) tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap penganjur misi itu.
“Ini bukan masa untuk menuding jari menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Saya reda dengan ketentuan dan tiada ada sesiapa pun yang patut dipersalahkan,” katanya yang ditemui di kediamannya di sini, semalam.
Beliau berkata, setakat ini semua perkara berkaitan pengurusan anaknya dari awal hingga akhir berjalan dengan baik dan lancar dan isu mengambil tindakan atau tidak terhadap penganjur tidak berbangkit langsung.
Ibu Allahyarham, Naemah Abdul Majid, 63, ketika menghadiri majlis tahlil di Masjid Al-Islah, malam kelmarin turut menegaskan perkara sama.
“Perkara itu sudah takdir dan kami tidak mengambil tindakan kepada penganjur. Jangan jadikan perkara ini sebagai isu,” katanya. - BERITA HARIAN ONLINE
alhamdulillah,keluarga allahyarham noramfaizul berfikiran rasional dan terbuka. kejadian yg menimpa adalah takdir dan penyertaannya bukan paksaan maka redalah...semoga allahyarham dicucuri rahmat.alfatihah.lizabassam
ReplyDeletealhamdullilah keluarga arwah berfikiran waras. tak macam sesetengah ahli politik yang cuba meracun fikiran mereka!!!
ReplyDelete