Lontong Singapura paling sedap yang kjee makan adalah air tangan ibu kepada wartawan utusan (sekarang dia Editor Hiburan UM) Muzlina Abu Bakar. Lontong bonda dia best in the world. Tapi susah sangat nak pergi makan kat gerai dia orang kat Petaling Jaya. Dahlah jauh, kalau pergi hari minggu, kena beratur panjang macam nak beli tiket wayang!
Lontong Jawa yang kjee buat ni, Kjee bagi nama baru iaitu Lontong Semarang. Terima kasih Mbak Sri. Ia mesti dibuat pedas kalau tidak kurang umpphh. Kalau tak nak bubuh daging, boleh bubuh tulang ayam yang ada isi sikit2. Dipotonglah tulang tu kecik2 yer.
Sayur2 yang digunakan untuk buat Lontong Semarang ni agak pelik. Ada Terung, Petola (atau Jawa panggil Kambes), Kobis, nangka muda dan juga daung belinjau. Tapi biasanya Kjee buat hanya guna kobis, petola, terung dan kadang2 tempe.
Jom kita tengok bahan2 untuk buat Lontong Semarang.
BAHAN2
Nasi impit (kjee beli jenama adabi dan rebus 2 jam)
2 labu bawang besar
4 ulas bawang putih
2 inci belacan
4 biji buah keras
2 inci kunyit hidup (boleh guna 1 sudu kunyit serbuk)
cili api (ikut kepedasan)
2 biji cili merah
terung
petola
daun belinjau
kobis
nangka (dipotong kecik2 dan rebus. kjee tak makan)
2 cawan santan pekat
daging atau tulang ayam
CARANYA:
Nasi impit yang telah direbus disejukkan sekurangnya 5 jam.
Kisar atau tumbuk bawang merah, bawang putih, cili api, kunyit hidup, belacan dan buah keras hingga menjadi paste. Daging dipotong kecik2. Kalau guna ayam, potong sama jugak. Pastu, panaskan periuk dan tumis bahan kisar hingga naik wangi. Masukkan daging atau ayam dan kacau seketika atau hingga dagingnya kecut. Masukkan serai yang telah diketuk. Kemudian masukkan sedikit air dan biarlah daging empuk atau ayam cukup masak.
Masukkan sayur bermula dengan yang keras iaitu terung. terung dan juga petola dipotong kasar2. Daun belinjau di petik dan kobis juga dipetik dan dikoyakkan. Masukkan semua sayur lain setelah terung empuk.
Kemudian masukkan pula 2 cawan santan, kacau hingga rata dan biarkan mendidih. Bila sudah mendidih, pelahankan api dan reneh seketika. Bubuhlah garam dan sedikit serbuk perasa kalau suka. Kalau tidak bubuhlah sedikit gula.Kemudian taburkan cili merah yang telah dihiris halus, kacau dan angkat.
Susun nasi impit diatas pinggan dan tuangkan kuah lontong.
Itu sahaja. Tidak ada lauk lain sampingan. Kjee pernah buat Lontong Singapura dan Lontong Semarang untuk open house hari raya satu ketika dulu. Lontong Semarang habis dulu! Semua kata rasanya lain dan cukup sedap.
INI SEMUA GAMBAR2 LAMA. GAMBAR BARU HARI TU TAK SEMPAT AMBIK SEBAB TAK SIHAT!
INI SEMUA GAMBAR2 LAMA. GAMBAR BARU HARI TU TAK SEMPAT AMBIK SEBAB TAK SIHAT!
lontong=raya.... memana pegi orang buat lontong... pelbagai anika rasa... nampak lontong Kjee nie menyelerakann dok pelawa awok2 jeragang ker
ReplyDeleteselamat hari raya kjee. speedy recovery kjee & family. maaf zahir batin. ampun maaf atas keterlanjuran selama kita bersahabat di alam maya. moga Allah memberkati kehidupan kjee & family. amin
ReplyDeleteWowww lapar terus rasanya. Saya paling suka makan lontong dengan sambal ikan bilis. pergghhh memang best.
ReplyDeleteSalam, nak tanya, resipi ni untuk berapa orang makan ye? saya plan nak buat banyak (dalam 100 org)
ReplyDeleteMaaf Nuraida/ Kjee tak tahu. Selalu mask untuk lima enam orang jer.
ReplyDelete