Wednesday, September 21, 2011

MAMAT BUAT LAWAK KER?


Mamat (Sepah) Mengaku Salah 'Dedah' Rambut Fida
Mamat dan Fida kini sedang hangat bercinta.
PETALING JAYA: Bekas anggota kumpulan Sepah, Mohd Noor Murad atau Mamat telah melakukan kesilapan apabila secara tidak sengaja memuat naik gambar kekasihnya, pelakon Fida Ibrahim yang menampakkan sebahagian rambut ke akaun Facebook miliknya.
Mamat berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar.
"Saya mengakui itu adalah salah saya tetapi sejujurnya saya tidak berniat untuk mengaibkan nama baik Fida pada mata masyarakat. Dia adalah seorang gadis yang baik," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.
Mamat diminta mengulas mengenai penyebaran gambar kekasih tanpa tudung sebaliknya tetapi menampakkan sebahagian rambutnya dengan memakai topi di laman-laman blog hiburan tempatan.
Menjelaskan lebih lanjut mengenai kejadian itu, Mamat berkata gambar tersebut diambil ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di sebuah destinasi yang turut disertai oleh Fida dan beberapa rakan lain.
Gambar Fida menampakkan sebahagian rambutnya yang tersebar luas di laman-laman blog hiburan di Internet.
Menurutnya, semasa gambar tersebut diambil, dia tidak perasan sebahagian rambut kekasihnya itu terdedah kerana tidak memakai cermin mata ketika itu.
"Semasa kejadian Fida di dalam kereta dan secara spontan saya mengambil gambar tersebut tanpa menyedari sebahagian rambutnya terdedah tambahan pula saya tidak memakai cermin mata.
"Tanpa berfikir panjang saya terus memuat naik gambar tersebut di laman Facebook milik saya," jelasnya.
Rasa bersalah mengenai kejadian tersebut, Mamat berkata dia berharap masyarakat tidak membuat tohmahan buruk kepada Fida kerana gadis itu tidak bersalah dalam hal tersebut.
"Saya sangat berharap perkara ini tidak melarat kerana takut orang akan mengatakan saya telah mengubah Fida melakukan perkara tidak baik sejak berkawan dengan saya.
Ditanya adakah dia ada berbincang dengan Fida mengenai perkara berkenaan, Mamat memberitahu Fida tidak mengetahui dia memuat naik gambar tersebut.
"Sebab itu saya kata Fida tidak bersalah dalam hal ini kerana semasa anda menemu bual saya ini, dia sendiri masih tidak mengetahui mengenai apa yang sedang terjadi. Saya belum bercakap dengannya tentang hal itu," katanya. - mStar

15 comments:

  1. nak gelak ke idak nih??

    ReplyDelete
  2. makin lama jawapan kepada kesengalan kedua-dua makin menunjukkan pekung sendiri...macam ini minta masyarakat faham??

    ReplyDelete
  3. mcm2 la kan diorg ni.tp tu la bila dh keluar gmbr mcmni, mesti persepsi org pun mcm2 kn.hmmm...

    ReplyDelete
  4. so, maksudnya, si makwe tu bukanlah pakai tudung betul-betul. Iyelah, kalau dah pergi bercuti bersama, pastu bukak tudung, siap ambil gambar lagi, apakah maknanya...kompius

    ReplyDelete
  5. makin lama makin nyampah dgn kisah diorang ni

    ReplyDelete
  6. ehehehhe mmg lawakkk , rasa nak nangis baca lawak dia ekekke.

    apa-apa lah cik mamat parang kontot .

    ReplyDelete
  7. x bersalahlah pulak pompuan tu, bis tu yg dia x pakai tudung tu hape? erm maknanya selama ni bertudung tu krn apa je ek... sama je poyo dua2

    ReplyDelete
  8. memetik statement nie.. :-

    "Mamat berkata, dia kesal dengan kesilapannya itu kerana perbuatan tersebut telah menyebabkan nama baik Fida yang tidak pernah mendedahkan rambutnya di khalayak tercalar"...

    kiranya Fida jga nama baiknya dgn tdk mendedahkan rambutnya di khalayak.. abes, depan mamat boleh pulak!! lg stu, dh dia pegi brcuti pkai cenggitu, takkan dia xkluar kete langsung & xjumpa khalayak spnjang prcutian tu..

    fikir dulu sebelum cakap!! ~

    ReplyDelete
  9. pki tudung depan camera je kot.klu x ada camera x pki tudung mcm tu pun ada.dunia akhir zaman.

    ReplyDelete
  10. ................. memang dua2 sengal

    ReplyDelete
  11. hehee..pakai tudung pakai tudung jugak.
    kalau berlakon pegang2 jugak..
    cis! menjatuhkan martabat tudung jerzz~
    zZzZzzzz..

    ReplyDelete
  12. cuba la bg statement yg cerdik sikit....jgn la bg statement yg menunjukkan kebodohan diri sendiri. ingat org tak boleh fikir ke?

    ReplyDelete
  13. mamat tu pun bkn mahram fida so kenapa dia buka tudung dpn mamat..???

    ReplyDelete
  14. kan...salah kat dunia blh minta maaf tp salah akhirat siapa yg tahu????tak guna gak kalu pakai tudung hanya nk menunjuk solehah...tp realiti...kalu dpt mamat n family dia blh tunjuk,lbh baik dia tunjuk kat semua org....tak payah nk hipokrit la...dlm citer tv3 bulan pose aritu,selamber je iqram tu peluk dia..mmg berlakon tp mencalarkan maruah perempuan bertudung...tak baik tau jd org hipokrit...ALLAH TAK SUKA....

    ReplyDelete