Wednesday, September 21, 2011

NAK TUJUKAN PADA SIAPA ADUAN INI?!!!

Bulan ni tak payah bayar bil letrik! Patutnya Kjee sukalah kan? Tetapi kenapa Kjee tak suka? Kenapa tak bersyukur? Sebab Kjee tak faham sistem baru yang diperkenalkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) ni. Bukanlah baru. Kalau tak silap sejak awal tahun ini.

Mula2 dulu Kjee pelik jugak. Kekadang bil datang melalui pos, kekadang depa datang sendiri baca meter. Pastu ada kawan Facebook kata, itulah sistem baru. Diselangselikan.

Ini bererti, sebulan bil yang betul dan sebulan bil anggaran. Pastu pada bulan berikutnya bila dia orang datang cek meter barulah buat pelarasan pada kegunaan dalam bil baru. Ewah. Kenapa pulak buat macam itu?

Bulan lepas Kjee terlebih bayar RM69.10. Dan apabila dia orang datang baca meter tadi, pada bil tertera tolak/minus RM69.10. Maknanya TNB berhutang dengan Kjee sebanyak itu.

Nadia kata okaylah bulan ni tak payah bayar. What do you mean tak payah bayar!! Kita dah terlebih bayar!! Terkebil2 Nadia.

Kenapa mesti nak menyusahkan pengguna! Udahlah tarif letrik dah naik, pastu dibuat bil anggaran selang sebulan. Misalnya, kegunaan Ahmad hanya RM80 tetapi dalam bil anggaran jadi RM160. Maknanya dia terlebih bayar RM80. Bulan seterusnya tak payah bayar. Tapi buatnya masa tu Ahmad tak ada duit. Anak berderet2 sekolah. Takke nanti menyusahkan dia?

Tolonglah TNB. Buatlah kerja elok2. Bagilah infomasi tepat kepada pengguna apa yang sedang berlaku sekarang!! Kembalilah ke zaman dulu2 apabila pembaca meter datang setiap bulan cek meter?

Apakah dengan cara selangseli bil (dengan pos dan baca sendiri) akan menjimatkan kos TNB? Kalau betul2 boleh jimat kos, tolonglah jangan kaup keuntungan tu sendiri2. Kongsilah dengan pengguna!!

13 comments:

  1. salam...k.jee,saya pn dh terkna mcm tu...bil bln 5 rm140...bil bln 6 rm480,dtg bil bln 7 rm148 llast bil bln 8 mendadak naik kna rm582...bkn sekali k.jee saya kna mcm ni dr awl thn....bila komplen diorg ckp dh mmg kegunaan saya...cbu bayangkan saya dan suami bekerja sebelah siang...klu 6 bru on lampu,kipas,air-con,tv,periuk nasi elektrik...sesekali gna microwave...air-cond tutup kul10 mlm...apa pendapat k.jee....

    ReplyDelete
  2. betul tu mmg mengelirukan dan susah.. ada yg kata pada sy TNB x nk rugi.. kan ke kalo bwh rm20 x pyh byr bil.. jd dia dtg 2 bln sekali.. hmm tak tau lah..

    ReplyDelete
  3. Betul tu K.Jee. Mak saya kat kampung selalu mengeluh. Beratus anggarannya. Menggigil jugak bila nak bukak surat chenta TNB ni.

    ReplyDelete
  4. Ingatkan saya satu family saja facing dilema ni. Siap bulan 9 ni off heater air, off aircond sbb bil normally 100+ shj. Bil bulan July RM400+. Pengsan nengok figure tu. . .mmm kalau adu kat TNB pon bukan dorang nak layan. Ni ruginya bila dominasi berlaku :(

    ReplyDelete
  5. Sy pun penah gak kena..bla pegi tanya tnb sndiri derang ckp bayaran lbih tu utk cagaran..siap tunjuk cara baca bil tu lg..

    ReplyDelete
  6. sistem baru ni, kalau bulan ni diorang datang tengok meter kat rumah, bulan depan dia buat anggaran jer... (tembak dari ofis ler..tak payah pegi rumah ke rumah).. kengkonon nk jimat tenaga kerja laaa...

    ReplyDelete
  7. betul kak jee... bulan lps kami kene byr extra RM80... bila suami call TNB dorg ckp itu sebagai bayaran tambahan cagaran...sedangkn cagaran dah bayar RM120.00... cagaran apa lg... memula tak mo bayar tp suami ckp kalau tak bayar karang dorg potong pulak letrik atau dorg charge bunga tiap2 bulan tk bayar tu...endup terpaksa la bayar jugak... kes mcm kak jee ni dh selalu sangat kami kene... mcm ada bende'fishy' pun yea gak... mcm mana kalau dorg tak pulangkn...kita pun tak tau yg kita terlebih bayar...patutla TNB tu kaya-raya ...tp nk buat mcm mana dorg je supply letrik...nak tak nak rakyat kene tindas pun terpaksa bayar...

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum k.jee...

    E-na sependapat dgn k.jee, kesian org yg memerlukan duit pd bulan kena terlebih bayar...

    ReplyDelete
  9. as-salam Kjee...tah berapa ribu org yg terlebih byr camni...senang2 je TNB wat untungkan!!

    ReplyDelete
  10. kjee bagus isian blok kjee tentang isu ni taklah kita terkena je dengan bil yang main agak2 ni.....sokong tulisan kjee TNB tolong prihatin...nor

    ReplyDelete
  11. Wo, barulah saya sedar. Jika benar, saya akan tulis surat komplen ke TNB s.k ke Kementerian Tanaga, dan Perdana Menteri. Ini hak pengguna!

    ReplyDelete
  12. Ram pun going through masalah yang sama. Tindakan TNB membuat bil anggaran agak keterlaluan. Purata bil semasa Ram always around RM200 jer setiap bulan.Tiba-tiba bulan ni I dapat bil sebanyak RM478 which is really over. Sakit hati jer I tengok. Takkan la sampai buat macam ni. Really appreciate if someone highlight this the concern parties. Really frust kak jee. Terima kasih semua for the info sharing.

    ReplyDelete
  13. Mohon dimajukan kepada https://www.facebook.com/TNBCareline
    terima kasih..

    ReplyDelete