Thursday, September 15, 2011

PAK MAT TEMPEH!!


Dua hari sebelum Raya Hari , Kjee gelabah cari tempe nak buat lodeh. Banyak kedai dah out of stock. Kjee tak ingat kat mana Unclepali beli. Kemudian apabila ke pasaraya Hero, Nadia kata ada tempe jenama Pak Mat Tempeh!

Hah jenama Pak Mat Tempeh? Kenapa tak beli, kata Kjee. Nadia kata kan Mama dah beli tempe. Buat apa bazir. Aisey blur betullah budak ni. Kan ada klip Pak Mat Tempe dari filem Seniman Bujang Lapuk yang boleh dimuat turun di handfon ataupun youtube! Femes giler klip tu. Tengok 10 kali pun boleh ketawa.

Tadi Kjee pergi pasar Keramat. Hajat nak beli daun selasaih jer. Habis tu makcik yang jual daun selasih tu tanya, tempe tak nak ke? Satu peket RM1. Tiga peket, bagi je lah RM2! Kjee pun ambiklah tiga peket. Dalam kepala belum terfikir nak masak apa. Ah goreng pun sodap!

Dalam kereta Unclepali ternampak peket2 tempe tu. Kemudian dia ambil. Dia kata wah orang buat tempe pun dah pandai bagi jenama. Kjee pandang dan terus ketawa. Unclepali heran.

Balik rumah Kjee bukak youtube dan tunjuk klip video femes Pak Mat Tempe. Tiba2 Unclepali ketawa berdekah2.

Wah cerdik betul Pak Mat Tempeh ni bagi nama komersial kat tempeh keluaran dia. Kjee pasti mesti laku kan? Hehehe. Korang tengoklah klip Pak Mat tempe yang fofular ni.

Related Posts:

  • SAUNA PERCUMA! MANA ADA? JANGAN GORMAL YER... Ini home sauna - semua foto Kjee google Isyhh mana ada bende2 percuma lagi sekarang ini! Semuanya kena bayar. Masuk tandas awam pun sekarang dah 50 sen! Ada tempat sampai singgit. Kalau nak barang free, adalah..air hujan.… Read More
  • Sebelas sebelah sebelas...hari yang yang dinanti semua. Selamat Hari Lahir kepada semua yang menyambut ulangtahun kelahiran mereka di hari yang cukup cantik ini. Apatah pulak jatuh pada hari Jumaat, penghulu segala hari! in… Read More
  • UNCLEPALI DAN NADIA PALING HAPPY KJEE DAH OFF FB!! Masih ada lagi orang miss Kjee sebab tak merapu kat Facebook. Well, buat apa nak tipu. Kjee pun miss you all. Tapi kerana nila lima enam titik, habis rosak susu sebelanga, Tapi I like the life I'm leading now. Stressles… Read More
  • MULAKAN HARI DENGAN LONTONG! VERY THE TAK SIHAT, HEHEHE Pagi tadi lepas Subuh, Kjee tak tidur balik. Selalu sambung membuta sampai kira2 kul 9. Adik Kjee yang dari Melaka tu nak balik. Tergocoh2 dia nak balik. Rindu kat suami kot. Tapi tak mengaku hehehe. Maklumlah baru j… Read More
  • DAPAT RASA KERETA KENA 'CLAMP'! Dah banyak kali kami ke sana baik siang atau malam untuk makan. Kekadang ke restoran Hiyaki dan minggu lepas ke Flaming Steamboat Restaurant di Platinum Walk, Danau Kota. Parking biasa jer, secara double parking. Kalau ad… Read More

3 comments:

  1. aah setuju kjee...1st time jumpa jenama pat mat tempeh ni, terus teringat dialog pak sudin pasal pak mat tempe eksiden tu ehehe

    ReplyDelete
  2. As salam Kak Jee.
    Selamat Hari Raya ye..
    Moga Kak Jee sihat..
    Menjenguk jengah dapur Kak Jee.. ketinggalan Oh Oeya ni..

    Cayalah kt pengusaha tempe tu.. moga terus berjaya :)

    ReplyDelete