Kjee dah tak der modal. Jemput2 pisang pun nak tayang kat sini. Ya ker? Memang betullah. Hehehe dah kehabisan modal. Nak buat camner. Hantam sajalah labu!
Ini jemput2 yang dibuat guna pisang emas. Sedap sangat. Selalu Kjee guna pisang berangan. Tapi hari tu Kjee lalu dekat satu gerai jual pisang emas longgok. Longgok sebab pisang tu dah terlalu masak. Selalu orang beli buat lepat, jemput2 ataupun kuih2 pisang lain.
Tapi, bukan semua orang boleh makan jemput2 pisang emas kan? Betul ker? Betulllll atau betul betul betul kata Upin dan Ipin. Isyhhhh kenapa pulak?
Jeng jeng jeng, Kjee nak story sama korang. Ini berlaku banyak banyak tahun lalu ketika Kjee masih membuat kerja2 di belakang tabir drama. Jadi Pengurus Produksi. So tugas Pengurus Produksi dulu2 (atau dia orang panggil PM atau Production Manager), kenalah pergi jemput artis ke lokasi. Sekarang ni pengurus produksi dah ada dua atau tiga pembantu. Dulu semua PM kena buat sendiri!
Oleh kerana call time pukul 8 pagi, pukul 5 pagi Kjee dah bangun siapkan anak pergi sekolah. Selalunya Kjee akan buat breakfast untuk Nadia. Lebihnya Kjee bawak bekal dalam van nak pergi amik artis. Pagi tu Kjee buatlah jemput2 pisang. Bubuh dalam bekas dan bawaklah bersama dalam van pergi hangkut artis. Dalam van sambil memandu sambil makan jemput2 pisang emas.
Kjee kena pergi jemput seorang pelakon yang anggap diri dia primadona...masa tulah. Eh sekarang pun dia perasan dia masih lagi primadona filem Melayu. Siapa korang tak payah tahulah.
Inilah pisang emas bagi yang tak kenal. ehsan cik google |
"Kau makan apa tu Jee?" tanya dia. Kjee kata jemput2 pisang. "Eee sedapnya...nak sikit." Kemudian dia tanya. "Kau guna pisang apa?". Apabila dia dengar Kjee sebut pisang emas terus senyap. Kjee hulur. Dia tak sambut. Kenapa? "I tak makan pisang emas!"
Kjee senyum. Korang faham ker? Tak faham? Isyhhh artis tu dia pakai susuk lah. Ada orang pakai susuk pantang makan pisang emas!!
Tapi sekarang orang dah educated. Dia orang tak pakai susuk lagi. Dia orang pakai botox. So selamatlah makan pisang emas. Termasuklah artis yang pernah satu ketika dulu primadona filem Melayu tu. Opppssss!!!
Isyh Isyhh Isyhhh..nak tulis pasal jemput2 pisang emas, tersasar ke susuk emas. Ala tak apa kan? Korang dah tahu camner nak buat jemput2 pisang kan? So tak payah lah Kjee bagi resipi kan! Betul Betul Betul!!! Hehehe
OOoooo..baru tahu ni kjee..org pakai susuk pantang mkn pisang emas ghupanyer.tq for sharing..
ReplyDeleteTapi kat sini pisang emas ada yg konfius dgn pisang yg satu lg..ada 2 jenis..yg kitorg panggil sini pisang kertas/pisang hotel..kat sana(semenanjung)panggil pisang emas..kalo kat sini pisang emas yang hujungnya kemetot tu..sama x kjee?kalo sama x la konfius..maklum la lain tempat ni biasanya lain nama kalau buah2an / makanan dan sebagainya ni kan..
P/s:rajin jer menyemak blog org masa tenet laju nih..
sedapnya kak jee... saya tgh mengandung sekrg.. baik baby kali ni mengidam jemput2 pisang je...kalau bole nk makan tiap2 hari...
ReplyDeletenampak sedap jer cekodok pisang tuu.. menyelerokan boto..
ReplyDelete