Friday, September 2, 2011

PLAIN BUTTER CAKE



Kjee sebenarnya kurang gemar kek yang canggih2. Tekak orang dolu2 yang suka plain butter cake. Kek ni Kjee buat malam Raya hari tu. Oleh kerana semput, tak sempat nak masukkan resipi. Tapi Better Late Than Never! Kalau ada sesapa nak try buat silakan.

Nadia baru jer siap buat sebiji lagi untuk esok. Tapi dia tokok tambah. Dia bubuh parutan kulit oren dan jugak juice dari sebiji oren.

Kjee kurangkan gulanya dari 200gms ke 150gms jer sebab manis sangat untuk tekak Kjee. Tapi mereka yang suka manis bolehlah ikut resipi asal.

Hari ni Kjee masih tak sihat. Kepala dah toinggg sebab Nadia asyik sogok ubat batuk, ubat demam dan ubat sinseh pahit yang arwah mak panggil ubat simpang. Nak turunkan panas badan! Kalau panas tak turun lagi, gamaknya turun 6 kaki bawah tanah! Isyhh simpang malaikat 44!

Hmm bau semerbak kek Nadia dalam oven. Jom kita tengok resipi. Kjee tak larat nak bebel banyak2.

BAHAN2

1 ketul butter (Kjee guna Anchor)
200 gms gula castor (Kjee guna 150gms)
4 biji telor
200 gms SR Flour (tepung kek)
1 sudu kecik esen vanilla
4 tabsp evap milk (susu cair dalam tin)

CARA:

Letak butter pada suhu bilik. Sediakan acuan. Kjee guna acuan empat segi 7x7. Sepatutnya acuan bulat tapi acuan 4 segi lebih senang nak potong. Sapukan marjerin di sebelah dalam tin dan ayakkan sikit tepung. Nak bubuh kertas minyak pun boleh.

Kjee guna hand mixer untuk pukul butter dengan gula sampai kembang. Pastu masukkan telor sebiji demi sebiji dan terus dipukul hingga kembang. Masukkan susu cair dan kacau sampai sebati.

Kemudian masukkan vanilla. Kalau nak masukkan parutan kulit oren dan jus dari sebji oren pun boleh ketika ini. Pastu dikacau perlahan2 guna spatula sampai sebati.

Ini yang Kjee buat
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kaup campur perlahan2 sehingga tepung dan bahan2 basah tadi sebati. Kacau guna spatula hingga semua tepung sudah sekata. Kemudian tuang ke dalam acuan. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170 darjah selama 50 minit.

Oleh kerana kek naik tinggi dan merekah sedikit, Kjee telah terbalikkan kek itu ada redai lima minit selepas keluar dari oven, supaya bahagian atas menjadi leper sikit.

Lain kali Kjee nak buat guna butter SCS atau Tutura. Mesti sedap dan lemak berkerim. Tapi Anchor pun okay jugaklah.

Ini baru keluar dari oven. Air tangan Nadia

3 comments:

  1. As-Salam Kjee,...saya dah buat kek nie utk birthday anak kecil...tapi tak moist le...camner nak bagi dia moist...hubby ckp kek nie sedap cuma dia "kering" (nak tercekik)...saya pakai oven api atas bawah...

    ~ Gjan Meow Meow ~

    ReplyDelete
  2. salam,

    tak tau nak kata. Kjee buat okay jer. lama sangat maska ker? oven terlalu panas? kekadang, oven kita tak serupa. pepandailah adjust.

    ReplyDelete
  3. okkkk...nak buat sampai jadi.....bior anak2 n hubby dok melantak kek je tiap2 hari...hahaha....

    ReplyDelete