Sejak Kjee sakit dah dekat dua minggu ni, hanya tv jadi peneman Kjee. Orang sakitlah katakan, so Kjee dapat layanan macam Raja. Makan minum semuanya depan TV. Maklumlah nak bangun pun tak larat.
Best jugak bila sakit. Dapatlah Kjee puas2 tengok TV setelah berbulan2 lupa apa rancangan yang disiarkan di TV selama ini.
Kjee sekarang ni sedang seronok sangat tonton rancangan2 evergreen yang disiarkan melalui Hypp TV. Jangan terkejut. Hypp TV adalah siaran TV yang dibekalkan oleh Unifi.
Masa mula2 Kjee pasang Unifi dulu, kami tak tahu pun apa rancangan yang boleh diperolehi secara percuma. Maklumlah bulan pertama semua rancangan diberikan secara percuma untuk membolehkan kita buat pilihan untuk melanggan.
Kjee pun terpautlah pada saluran Emas sebab mana dapat peluang nak tonton rancangan2 yang pernah Kjee saksikan 20 atau 25 tahun lalu! Macam2 ada. Semuanya mengimbau kembali kenangan pahit manis `masa Kjee muda2, masa Nadia kecik dan sebagainya.
Rata2 banyak rancangan TV3 diputar semula (kitar semula). Nak apa, semua ada dari masakan ke drama dan rancangan2 hiburan dan komedi. Seronok jugaklah tengok semula dan ketawakan serta bandingkan kreativiti orang dulu dan sekarang.
Jangan ingat Kjee yang dah usia emas ni jer suka tengok saluran Emas ini, Nadia pun suka. Terbahak2 kami ketawa melihat Pi Mai Tang Tu, Senario, Nona, Melodi (yang dihoskan Ogy),Wanita Hari Ini, Sekapur Sireh ataupun rancangan2 hiburan yang pernah dihasilkan TV3 sejak 25 tahun yang lampau!
Kjee boleh ketawa guling2 tengok lawak Senario ketika ia mula2 muncul dulu. Sekarang ni? Kalau Kjee tekan remote dan rancangan Senario versi baru muncul, terus Kjee tukar ke channel lain. Begitulah mualnya lawak Senario sekarang!
Tetapi apabila tonton kembali Senario yang pertama kali muncul berbelas tahun lalu, barulah Kjee sedar betapa hebatnya mereka satu ketika dulu. Dan sepatutnya TV3 tak payahlah buat lagi slot rancangan Senario sekarang sebab dia orang dah tak lawak dah! Dah habis kreativiti mereka diperah. Dia orang dah tak jadi kelakar lagi!
Tadi dalam Kjee antara tidur dengan tidak sebab telan banyak sangat ubat batuk, Kjee tontonlah rancangan Sekapur Sireh yang dihoskan oleh Rosli Dahamin dan Christine Ling. Tahun bila Kjee tak ingat tapi Kjee pasti ia dibuat di awal 80-an dulu. Mana pergi mereka berdua ni sekarang agaknya? Kali terakhir Kjee bertemu Christine (kalau tak silap 15 tahun lalu). dia kata dia kembali menjadi pensyarah di UKM.
Walaupun set, mekap, fesyen dan cara mereka menggunakan bahasa baku tidak lagi relevan sekarang tetapi sekurang2nya kita dapat juga menyaksikan satu transformasi bidang penyiaran yang hebat dari TV3. Tahniah. Sayang sekali audio sesetengah rancangan yang disiarkan dalam saluran emas ini ada kalanya tenggelam timbul.
Apapun, walaupun terdapat banyak cacat celanya rancangan dulu berbanding sekarang, tiada salahnya sekali sekala kita melayannya. Tanpa dulu, tiada sekarang. Samalah macam pelbagai sejarah yang dilakar di negara kita sejak kita dilahirkan hingga sekarang.
Sebulan selepas Kjee dihiburkan dengan rancangan2 lama di saluran Emas, tetiba satu pagi Kjee dikejutkan dengan notis yang Kjee kena bayar kalau mahu tonton saluran itu. Terkejut jugaklah kami sekeluarga. Isyh isyh isyh kenapa mesti bayar? Tak boleh ke dimasukkan dalam pakej percuma?
Nadia kata tak payahlah langgan. Bukannya rancangan baru pun. Berlambak lagi rancangan2 baru yang disiarkan menerusi TV percuma. Oklah.
Maka sepanjang Raya, Kjee pun layanlah TV3, RTM dan semua rancangan free yang disediakan oleh TV percuma. Namun jauh di sudut hati Kjee, terasa kekosongan yang amat sangat. Kjee suruh Unclepali pergi tengok berapa harga untuk melanggan Saluran Emas.
Unclepali pun masukklah internet walhal bende tu boleh cek kat TV jer sambil tekan pada remote yang disediakan Unifi. Korang tau tak berapa hengget? RM3 sebulan sahaja. Jatuh 10 sen sehari!!!
Terjerit Kjee. Jam tu jugak kami langgan. Unclepali tekan sana tekan sini, dan 10 minit kemudian, Kjee dah relax balik di sofa empok depan TV sambil menonton rancangan lama yang sudah sebati dengan jiwa Kjee selama ini. Unclepali pulak langgan channel RED yang menyiarkan banyak filem2 serta drama menarik Thai, Korea, Jepun dan Cina. Memang besat saluran Red tu. Cuma RM9 sebulan. Jatuh 30 sen sehari!!
Dan seperkara lagi, kalau guna Unifi tak perlu risau tiada siaran ketika hujan! Tapi sesekali ada jugaklah hang. Macam kita layar internet gak. tapi tak ada masalah besarlah jika nak dibandingkan dengan keadaan kita tengah seronok tengok TV, tiba2 tiada siaran sebab hujan.
So kalau korang tengok Kjee senyap jer, selain daripada Kjee berehat kerana tak sihat, korang tahulah apa Kjee buat kan? Unclepali kata entry ni promo Unifi ker? Isyh Isyh Isyh tak baik tau! Kjee tulis ni ikhlas jer. Tapi kalau dah seronok tengok Hypp TV, ada kemungkinan besar Kjee bersara dari alam blogging! Isyh Isyh Isyhhhhhhh.
wah!ni baru betul2 entri promo unifi.
ReplyDeletepasni astro ada saingan la.saya mmg belum abis sakit ati dgn astro ni..tapi x pasti la unifi ni ada tak kat area rumah kami..maklum la jauh dari bandar
unifi ni cam best je kak. tp jgn la sampi dah xblog lg..sunyi la kami nanti...:)
ReplyDeletewah! k.jee dah ada minat terbaru-tonton hypp tv.
ReplyDeletelama2 layan hypp tv tu akan bosan juga, dah menulis jadi darah daging k.jee,pastinya berblogging takkan k.jee pinggirkan demi hypp tv unifi tu.betul tak k.jee? kesianlah peminat2 setia k.jee ni....lizabassam
saspen ajeee baca tajuk entry. ingatkan kakjee betul2 nak tinggalkan alam blogging hihihi. jangan laaaaaa ;p
ReplyDeletemacam best la unifi tu. nak survey jugak la. thanks fr de info kakjee
kak gee..camana ngan bill unifi ok ke? kita tengok pakage dia macam mahal je..
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteterkejut sekejap tengok tittle post kak Jee ni...Memang banyak da dengar positive feedback pasal unifi ni..especially bila download something..laju jer...diorang katerla..hehehe.
kak jee jgn la cam tu plak..rindu ngan celoteh kak jee yg sentiasa mencuit hati.sehari tak keluar n3 rindunya..please..
ReplyDeleteSalam KakJee, K1 doakan mudahan-mudahan kesihatan KakJee bertambah baik, mula2 berblog mmg rasa sronok tpi tiba masanya kena berhenti gak..
ReplyDeleteas salam kak jee selamat hari raya maaf zahir dan bathin,harap kak jee n famili sihat ya.
ReplyDeletesaya ingatkan saya jer yg minat saluran 104 emas rupanya kak jee pun sama...wpun kena langgan RM3 tapi puas hati lah tengok rancangan2 lama lagipun saya minat barang2 lama jugak hehehe. anak saya pun akan tergelak besar tengok org dulu2 hehehehe...tengok tak rupa chef wan yg kurus lagi hensem dlm rancangan kuali.
tak yah lah berhenti berblog kak...akak ni ramai peminat setia..sentiasa saya tertunggu2 hasil tulisan akak walau pun keratan berita dari paper...Please please please...
ReplyDeleteLaaaaa, igt kjee mmg da xdaya sgt nak berblogging, mmg nak pencen bebetul sbb sakit, upe2nya sbb tv ek?
ReplyDeleteHehehehe....sama la saya 1 ketika dulu pon mmg tv addicted sampai kakak ajak jalan pon xnak sbb da melekat kat tv...sampai kakak soh gantung je tv tu kat leher, hahahaha....
Apa2 pon kjee rajin2 makan obat, semoga kjee akan trus berblogging...
Salam Kjee.Masih tak sihat ya.Ros doakan Kjee cepat sembuh.Nak brenti blogging kadang2 jadi penyakit semua blogger,tapi susah nak buat la kjee.Kita tunggu Kjee active semula ya.
ReplyDeleteunifi ne cam lagi stylo je kak... heh.. 24 jam ar mengadap tv ne je ye kak... apa2 pon jgn lupa pada member2 blog ye kak.. n jgn lupa mkn ubat :)
ReplyDeleteSalam Kak Jee....
ReplyDeleteSemoga cepat sembuh...jgnlah berhenti blogging Kak...wpun seronok layan TV tu..hehehe...
nak tunggu unifi sampai kat bentong dan nak potong astro
ReplyDeletelaa...td terkejut den...ingatkan kenapa kakjee dah mahu berhenti blogging...ini rupanya....mcm best pulak kakjee cerita ttg unifi ni....
ReplyDeleteJangan la diucap selamat tinggal dunia blogging Kjee. Tak ceria kami nanti.
ReplyDeleteNew posting >> http://detaipingconamor.blogspot.com/2011/09/bedah-jantung-tak-sampai-1-minit.html
Wah2! Kakjee nak bersara dr dunia blogging..hihi..habisla klu mcm tu..tak dapatlah nak tengok berita2 yang terkini...huhu..
ReplyDeletebaguskan bila ada saingan astro? heeee....
ReplyDeletenie promo habis-habisan hehehehe.....saya pun dah pakai UNIFI.....jom kita kempen supaya ramai orang pakai UNIFI.....SAY NO TO ASTRO....
ReplyDeleteeloklah kjee bagitau...macam saya tak tahu langsung pasal unifi...ingat universiti mana tadi...he he he...sekarang boleh taulah,kalau lama kjee tak berblog mesti duk depan tv..kan..
ReplyDeleteAssallamualaikum kak Jee..
ReplyDeleteSemoga kak Jee lekas baik dan sihat semula ye..
kak Jee citer2 lama cam Rumah Kedai, Naik tangga turun tangga, Santan Berlada, Hikayat Hang Setia tu semua ada tak? kalau channel Jepun ada tak cerita Moero Attack? I miss those citer2 lama lahhh... -Sheila-
ReplyDeletesaya pun mula ingat2 nak langgan unifi tapi bila call depa kata area rumah saya diorang tak cover lagi....tak pasang mende lagi tah...padahal saya tinggal kat keramat kat main road tu (jln enggang)....takpe bersabar je skang ni....mmg nyampah kat astro....yuran dah naik lak tu....musim2 ujan ni lg la tak dpt tgk tv
ReplyDeletenabila
susah2 pasang saja parabola, free lagi sekali bayar seumur hidup, padan muka astro dahlah mahal, siaran pula ketika hujan tiada gambar..
ReplyDelete