Thursday, September 29, 2011

SUDI2LAH BANTU DAMIA FARZMIL DAN IBUNYA FIJA. TANGAN YANG MEMBERI LEBIH BAIK DARIPADA MENERIMA

Berbuka puasa di kaki lima luar wad
Keadaan Fija ketika menjalani rawatan kimoterapi


Fija bersama Damia dan staff Hospital
Assalamualaikum semua. Berat hati Kjee nak buat entry ini. Tetapi Kjee telah mendapatkan pandangan daripada beberapa sahabat Kjee yang mengenali Fija. Kjee sarankan agar kita semua melakukan sesuatu untuk membantu adik Damia Farzmil dan jugak Fija.

Buat pengetahuan semua, Fija adalah sahabat lama Kjee ketika Kjee jadi wartawan dulu. Sudah lebih 25 tahun mungkin kami tidak bertemu. Facebook menemukan Kjee dengan beliau. Ketika dia add Kjee, Kjee terpinga2 cuba mengingati siapa Fija.

Setelah melihat gambar2, dan direfresh dengan memori ketika kami jadi wartawan, barulah Kjee teringat siapa dia. Selepas menjadi wartawan Kumpulan Karangkraf, Fija menjadi Pegawai Perhubungan Awam sebuah syarikat rekod. Kemudian dia berhenti dan menjadi guru.

Banjir dalam rumah Fija
Tersentak Kjee apabila Fija memberitahu Kjee dia pesakit kanser payudara tahap 4. Kjee cuba menahan sebak setiap kali berkomunikasi baik di FB atau telefon dengan beliau. Mungkin semua tahu ketika itu, adik bongsu Kjee juga sedang berperang dengan penyakit yang sama, juga di tahap sama. Kini sudah 3 bulan adik Kjee pulang ke rahmatullah.

Fija begitu cekal melalui setiap pahit getir yang dilaluinya. Mempunyai empat orang anak yang masih di alam persekolahan, Fija mendidik mereka seboleh mungkin untuk berdikari sekiranya dia 'dijemput Illahi'. Seringkali apabila Kjee tengok dia tiada di FB, Kjee risau. Rupa2nya ingatan Fija kekadang hilang dan kekadang kembali!

Tingginya air banjir dalam dapur!
Begitulah penangan sakit yang dihadapinya. Kemudian awal tahun ini, Fija dan suaminya bertuah menjadi tetamu Allah. Mereka mengerjakan Umrah bersama. Doa Fija yang utama, memohon Allah swt memberinya peluang lebih lama untuk hidup bersama anak2nya!

Dua kali Fija call Kjee dari Mekah. Dua2 kali Kjee menangis mendengar Fija kata dia telah berdoa di depan Hijr Ismail dan depan Kaabah  agar Kjee sihat dan boleh berjalan semula! Ketika itu Kjee memang sakit dan dua tahun mengharapkan bantuan kerusi roda. Apabila Fija kembali dari Mekah, Alhamdullilah syukur, Kjee sudah boleh berjalan. Apakah itu bererti doa Fija untuk Kjee telah dimakbulkan Allah? Doa seorang yang sedang sakit demi seorang sahabat yang juga sakit?

Beberapa bulan sekembalinya Fija dari Tanah Suci, dia mula mengesan anak keduanya Damia Farzmil sudah menampakkan tanda2 yang tidak menyenangkan. Damia selalu sesak nafas dan keletihan. Kerunsingannya menjadi nyata. Doktor pakar di Hospital Sultanah Aminah, JB,  mendapati injap2 jantung Damia mengalami kerosakan dan perlu dibedah segera.

Damia takut dibedah. Fija call Kjee. Kjee berbual dengan Damia dan memujuknyaa. Kjee kata, kalau Damia sayang Mummy, Damia kena bedah sebab siapa nak jaga Mummy kalau Mummy sakit? Tak lama kemudian Kjee mendapat tahu Damia telah setuju.

Kul 8.30 pagi semalam (28/9) Damia dibedah. Kul 4 petang baru keluar bilik bedah. Kul 8.30 malam dikejarkan semula ke bilik bedah dan operate sekali lagi sebab ada pendarahan dalaman. Kul 1.30 pagi baru dia keluar.

Ular sawa yang menyusup masuk ke rumah Fija
Itulah rentetan kisah Fija dan Damia. Kjee siarkan gambar2 yang Kjee ambil dari album Fija untuk tatapan anda semua. Untuk mengenali kehidupan Fija dan keluarganya di Kangkar Tebrau, Johor Baru. Rumahnya seringkali ditenggelami air kalau banjir. Begitu juga seringkali dimasuki binatang berbisa seperti ular dan sebagainya.

Sebahagian besar kita pasti tidak perlu menjalani hidup seperti Fija dan Damia serta keluarga mereka. Kjee memohon agar kita semua yang lebih bertuah, bertindak segera untuk meringankan beban Fija dan Damia. Sudi2kanlah. Tiada paksaan cuma Kjee harap kita semua harus rasa bertuah kerana tidak mengalami nasib sedemikian.

Tangan yang memberi lebih baik daripada menerima. Lagipun, Fija yang sakit kini tidak lagi bekerja dan hanya bergantung harap pada suami. Hanya Allah Swt sahaja yang dapat membalas jasa kalian. Mohon diwar2kan dan linkkan story Fija ini di blog anda.

SEMUA SUMBANGAN BOLEHLAH DIBANK IN TERUS KE SINI:

CIMB 01220015745524
NOR FARIZAH BT MD NOR
HP: 0167070124

Assalamualaikum.

TERKINI:
Damia baru sedar setelah menjalani dua pembedahan semalam (28/9/11). Yang pertama untuk membetulkan injap2 yang rosak dan yang kedua untuk menghentikan pendarahan dalaman.

Baru dapat call dari Fija. Dia kata, dia akan terus berjuang untuk Damia sehingga "Allah swt mengambilnya dari tangan saya..."


Fija bersama suaminya Zamil di Tanah Suci

Anak2 Fija di pusara datuk mereka


Beginilah keadaan rumah Fija di Kangkar Tebrau apabila banjir melanda

14 comments:

  1. semoga mereka cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian Allah.

    Salam kenal kak jee

    ReplyDelete
  2. w3moga tabah menghadapi ujian yang maha Esa....

    ReplyDelete
  3. sALAM SEMUA,SAYA AMAT BERSIMPATI DENGAN KEADAAN PN FIJA DAN ADIK DAMIA.BERAT MATA MEMANDANG ,BERAT LAGI YANG MENANGGUNGNYA.SAYA INGIN BERKONGSI DENGAN SEMUA..ISTERI KAWAN SAYA JUGA MEMPUNYAI SAKIT YG SAMA..CANCER.BELIAU MENGAMBIL CORDY JUICE SEBAGAI UBATAN TAMBAHAN..ALHAMDULILLAH HARI INI BELIAU TELAH SEMBUH..WALAUPUN X SEPENUHNYA TAPI IA DAPAT BERGERAK SAPERTI INSAN BIASA,DAPAT BEKERJA DAN MENGURUSKAN RUMAHTANGGANYA..INSYAALLAH

    ReplyDelete
  4. semoga kak fija dan keluarga tabah menghadapi ujian ini dan semua urusan dipermudahkan...moga cepat sembuh...amin.

    ReplyDelete
  5. salam Kjee..

    bole mintak izin share di facebook?... kalau link di blog rasanya semua dah bc dari blog Kjee...

    ReplyDelete
  6. salam..sedih saya membaca kisah mereka. sayu dan tersentuh hati kecil ini. semoga mereka terus tabah mengharungi ujian dan liku-liku hidup ini. insyaallah. amin.

    ReplyDelete
  7. salam kakjee...terharu mama membaca n3 ni dan mama dah buat satu n3 pada blog mama semoga kekawan mama dpt membantu serba sedikit pada Pn.Fija dan anaknya ini....

    semoga Pn.Fija tabah dgn dugaan ini yer...:(

    http://maszull.blogspot.com/2011/09/memberi-lebih-baik-dari-menerima.html

    ReplyDelete
  8. Semoga sahabat puan dan anaknya cepat sembuh..amin

    ReplyDelete
  9. Salam KJee....
    Terima kasih berkongsi cerita & berita terkini Fija seorang yg dilahirkan sebagai anak tunggal merantau ke Johor & melalui pelbagai onak & duri.
    Insan ini amat amatlah unik dimataku...

    ReplyDelete
  10. fija saya tau anda seorg yg kuat dan tabah,berpegang teguhlah sentiasa kpd Allah yg Maha Mendengar lagi Maha Agung smuga anda stiasa dberkati dan drahmati.

    ReplyDelete
  11. Hello Kjee, I came acrossed this post from Mat Gebu food blog. And I will help to spread the words on my Monday post.
    Wishing Puan Fija all the best and take care.
    Blessings, Kristy

    ReplyDelete
  12. i just came over from kristy's blog. Will make a little donation.

    ReplyDelete
  13. Terima kasih semua...saya sangat menghargai & terharu atas segala harapan...doa & sumbangan yang telah saya terima...insyaallah akan saya pergunakan segala bentuk sumbangan .....dengan sebaik mungkin terutama untuk rawatan susulan anakku Damia Farzmil....HANYA ALLAH SWT SAHAJA DAPAT MEMBALAS & MEMBERKATINYA...UNTUK ANDA SEMUA..AMINNN

    ReplyDelete