Status Ana Dahlia, Chef Riz Diarah Kunci Mulut
PETALING JAYA: Mohd. Nadzri Redzuawan ,30, atau Chef Riz mengambil pendekatan untuk “mengunci mulut” selepas tersebar gosip kekasihnya iaitu pelakon Ana Dahlia,28, kononnya sudah bergelar janda.
Chef Riz yang juga pengacara MasterChef Malaysia, memberitahu, bapanya iaitu Datuk Chef Wan tidak membenarkan Riz memberikan apa-apa kenyataan tentang kisah cintanya dengan Ana melainkan sekiranya mahu menyentuh soal kerjaya.
“Saya tak boleh jawab apa-apa soalan tentang Ana atas nasihat bapa saya. Lagipun kami sedang berkawan baik dan tidak mahu sekiranya jawapan yang saya berikan nanti melukakan hati mana-mana pihak.
“Saya bimbang jika komen saya nanti akan menimbulkan pergaduhan di antara kami kemudian hari,” kata Riz ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Ahad lalu sebuah akhbar mingguan melaporkan Ana Dahlia yang berasal dari Taiping, Perak sebenarnya berstatus janda dan pernah dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum menyertai AirAsia sebagai pramugari.
Jelas Riz, dia sekarang ini sedang sibuk dengan penglibatannya sebagai salah seorang juri tetap dan hos MasterChef Malaysia yang dijangka akan menemui penonton tidak lama lagi di Astro Ria (saluran 104).
“Saya akan mula menjalani penggambaran MasterChef Malaysia pada Selasa yang turut melibatkan empat chef lain selaku juri.
“Saya agak bertuah kerana merupakan chef termuda di kalangan chef lain yang menjadi juri dalam program yang dirakamkan selama 66 episod itu.
Memang banyak cerita zakiah dengar artis-artis popular ni telah banyak mengalami kisah kelam di masa silam..
ReplyDeletesalam K Jee, macam mana nak contact k Jee eh? Ade email?
ReplyDeleteribbon clown: ada di profil kjee. fauziah.samad@gmail.com
ReplyDeleteSMTI
ReplyDeleteStatus fb Chef Wan:
ReplyDeleteMy mother called tadi and asked bila kita nak pi rumah GF my son tu masuk meminang.Mak dengar cerita dia tu pernah kawin janda tak ada anak betul ke.I said ya la Mak she told me sudah.So as far as i am concerned janda ke anak dara ke Si Nadzri tu dah mabuk bercinta and he is 29 and feeel that this girl is her right jodoh then as parent we must be happy for him lah mak.Benda yg halal nak diri kan masjid buat apa kita nak mempertikai kan kisah yg lalu?