Tuesday, September 20, 2011

TERBARU MENGENAI ISU KONTROVERSI ANA DAHLIA


Status Ana Dahlia, Chef Riz Diarah Kunci Mulut
Chef Riz dan Ana Dahlia.
PETALING JAYA: Mohd. Nadzri Redzuawan ,30, atau Chef Riz mengambil pendekatan untuk “mengunci mulut” selepas tersebar gosip kekasihnya iaitu pelakon Ana Dahlia,28, kononnya sudah bergelar janda.
Chef Riz yang juga pengacara MasterChef Malaysia, memberitahu, bapanya iaitu Datuk Chef Wan tidak membenarkan Riz memberikan apa-apa kenyataan tentang kisah cintanya dengan Ana melainkan sekiranya mahu menyentuh soal kerjaya.
“Saya tak boleh jawab apa-apa soalan tentang Ana atas nasihat bapa saya. Lagipun kami sedang berkawan baik dan tidak mahu sekiranya jawapan yang saya berikan nanti melukakan hati mana-mana pihak.
“Saya bimbang jika komen saya nanti akan menimbulkan pergaduhan di antara kami kemudian hari,” kata Riz ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.
Ahad lalu sebuah akhbar mingguan melaporkan Ana Dahlia yang berasal dari Taiping, Perak sebenarnya berstatus janda dan pernah dua kali gagal dalam perkahwinan sebelum menyertai AirAsia sebagai pramugari.
Jelas Riz, dia sekarang ini sedang sibuk dengan penglibatannya sebagai salah seorang juri tetap dan hos MasterChef Malaysia yang dijangka akan menemui penonton tidak lama lagi di Astro Ria (saluran 104).
“Saya akan mula menjalani penggambaran MasterChef Malaysia pada Selasa yang turut melibatkan empat chef lain selaku juri.
“Saya agak bertuah kerana merupakan chef termuda di kalangan chef lain yang menjadi juri dalam program yang dirakamkan selama 66 episod itu.
“Saya juga dipanggil untuk menjalani uji bakat oleh pihak Astro sebelum terpilih sebagai hos,” ujarnya lagi.

Cerita2 berkaitan sila klik sini dan sini dan juga di sini.

Related Posts:

  • USAH HINA ASHRAF HAFIZ - ALFATIHAHOleh Faiza Zainudin, Shaarani Ismail dan Nadia Hamidbminggu@bharian.com.my2011/07/30 MAK Yah (kiri), ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (kanan) ketika menunggu jenazah di luar Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahir… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 1 OGOS 2011 PM ajak rakyat imarahkan RamadanKUALA LUMPUR 31 Julai - Ramadan adalah peluang terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui keunikan yang terdapat di negara ini kerana mempunyai pelbagai kaum da… Read More
  • Wanita Islam Dilarang Bekerja Sebagai GRO Di Kuantan Mulai Tahun Depan KUANTAN: Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) akan menguatkuasakan larangan wanita Islam menjadi pelayan pelanggan atau GRO di semua pusat hiburan di bandar ini pada tahun depan.Yang Dipertua MPK Datuk Zulkifli Yaacob berka… Read More
  • MOHD ASHRAF HAFIZ MENINGGAL DUNIA ..AL FATIHAH Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, yang gagal dalam permohonan menukar namanya kepada Aleesha Farhana, meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi. Beliau dimasuk… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 29 JULAI 2011 Penjara 6 bulan jika tidak puasa GEORGE TOWN - Hukuman penjara enam bulan dan denda RM1,000 bakal dikenakan kepada umat Islam yang didapati makan di khalayak ramai termasuk pengusaha premis yang menghidangkan makanan kepada … Read More

5 comments:

  1. Memang banyak cerita zakiah dengar artis-artis popular ni telah banyak mengalami kisah kelam di masa silam..

    ReplyDelete
  2. salam K Jee, macam mana nak contact k Jee eh? Ade email?

    ReplyDelete
  3. ribbon clown: ada di profil kjee. fauziah.samad@gmail.com

    ReplyDelete
  4. Status fb Chef Wan:
    My mother called tadi and asked bila kita nak pi rumah GF my son tu masuk meminang.Mak dengar cerita dia tu pernah kawin janda tak ada anak betul ke.I said ya la Mak she told me sudah.So as far as i am concerned janda ke anak dara ke Si Nadzri tu dah mabuk bercinta and he is 29 and feeel that this girl is her right jodoh then as parent we must be happy for him lah mak.Benda yg halal nak diri kan masjid buat apa kita nak mempertikai kan kisah yg lalu?

    ReplyDelete