Saturday, September 24, 2011

TNB DAH MAI DAH!



Asalamualaikum...assalamualaikum...asssalamualaikum. Tiga kali. Ingatkan ditujukan kepada rumah sebelah. Tapi apabila berterusan, Kjee terus jawab Walaikumsalam dari dalam rumah.  Isyhh sapa pulak  tu yang datang pepagi buta ni. Orang nak beraya ker? Nadia pergi intai sebab Kjee masih dalam uniform tidur. Orang TNB lah mama, jerit Nadia dari pintu depan.

Alamak apasal dia orang datang? Bil api Kjee dah bayar semua. Belum pernah ada tertunggak. Malah TNB berhutang dengan Kjee sebanyak RM69.10 lihat sini dan sini.

Unclepali tanya ada apa hal bang? Kata pekerja TNB tu, sila padamkan semua alat letrik dalam rumah. Nadia pun bergegas lari ke dalam bilik tutup computer. Kjee masih terkial2. Unclepali padamkan komputer Kjee. Kemudian aliran elektrik dalam rumah dimatikan.

Pekerja TNB tukar meter baru. Kenapa tukar encik, tanya Unclepali persis polis pencen, eh bukan...dia wartawan pencen.

"Tukang baca meter ada buat laporan meter rosak," jawab dia ringkas. Oh ya ker? Pada mata kasar Kjee, memang sejak Kjee tinggal kat rumah ni, meter tu senget sikit. Mungkin sebab tu agaknya bil letrik Kjee melambung2 mahalnya. Kekadang hampir RM300.

Apapun, Unclepali pandang sinis kat Kjee. Kerja awaklah tu tulis dalam blog. Nadia pun mencelah. Oh ya ke? Hmm apa hal lah anak sendiri pun tak baca blog mama dia.

Yang herannya, Kjee tak pun komplen pasal meter tu senget ke, tegak ker? Hanya Kjee ingin kepastian kenapa kekadang bil Kjee diselitkan di postbox merah yang Unclepali bubuh kat pagar. Kekadang bil datang melalui pos. Itu jer.  (Tak perlah, mereka rajin dah nak tukaq. okaylah tu.)

Kjee bukan keseorangan menghadapi masalah bil yang satu bulan dibuat secara anggaran dan satu bulan lagi secara pelarasan. Ramai kengkawan turut menceritakan masalah sama.

Apapun, Kjee nak tunggu surat pelasaran bil seperti yang dikatakan TNB akan hantar kepada Kjee dalam masa terdekat. Itu menurut surat pekeliling yang diberikan oleh TNB tadi. Lihat foto atas.

5 comments:

  1. xsaba nak tau result!

    salam kenalan kjee

    ReplyDelete
  2. sama la kak jee... umah liza pun mcm 2... bg liza ssh sikit bila ada bil anggaran ni.... ermmm...

    ReplyDelete
  3. Slm.
    From my observation dr berita2 yg keluar Surat khabar, normally bila depa tukaq meter, alamat naiklah bil. Apapun, we will anxiously wait to see the outcome.

    ReplyDelete
  4. kak jee eda dah selalu kene mcm ni..eda pki alatan eletrik sikit jer tp bil spi rm 700..tp yg selalu nyer dtg anggaran.... yg lebih sakit hati by pos...lepas tu mintak cagaran tambahan..klu dah suka hati tulis bil mau tak nyer terlebih deposit..susah.... komen tak komen kita pengguna yang kene....

    ReplyDelete
  5. Malas dah nak komplen, selalunya kalau dah lebih bayar bulan yang seterusnya aku tengok bil dah diselaraskan.

    ReplyDelete