Friday, September 30, 2011

USAHLAH MALU MENGAKU STATUS

Selamat Pengantin Baru, Moga kekal ke nafas akhir! Insya Allah

 Apabila seorang wanita itu membuat keputusan untuk berkahwin, doanya hanya satu. Allah swt berikan dia seorang suami yang baik, bertanggungjawab dan mencintainya hingga ke akhir hayat. Tiada yang berdoa mahu kekal hanya ke anak cucu.

Tak releven lagi kita ucapkan "Selamat Pengantin Baru, Moga bahagia ke anak cucu'. Berdesing telinga Kjee kalau dengar orang mengucapkan begitu kepada pasangan pengantin baru. Bayangkan, dalam majlis perkahwinan kalau ada jemputan 1,000 orang. Semua doa yang sama seperti tadi. Takkan dalam 1,000 orang tu,  tak ada yang dimakbulkan?

Berbalik kepada status seorang wanita setelah bergelar janda. Masyarakat, sejak azali lagi sudah mengecop janda itu jahat. Itu lah stigma yang terlekat hingga ke hari ini. Tidak ada pulak kata2 nesta yang Duda tu jahat! Wah kalau jahat, kalau tak baik semuanya dilemparkan kepada wanita.
Like sangat Farah!

Kjee pernah lalui trauma hidup sebagai janda dua kali!! Dan Kjee serik hendak berkahwin kali ketiga tetapi Allah swt telah menemukan Kjee dengan seorang insan, walaupun jauh lebih muda dari Kjee, untuk membimbing Kjee ke jalanNya. Itulah doa Kjee setiap kali solat. Mahu seorang lelaki yang boleh bawa kita ke jalan Allah.

Apakah apabila menjadi Janda, kita harus dilabelkan sebagai jahat? Seekor kerbau membawa lumpur, janganlah pulak nak dipalitkan lumpur kepada semua janda!

Apatah lagi kalau janda itu, janda yang ada gelaran. Gelaran artis. Maka semua isteri yang punya 'husband yang mengeletis' mula risau. Siang malam jaga langkah suami, especially yang ada duit dan 'kaki rambu'.

Artis adalah insan biasa. Artis Janda juga sama. Cuma mereka mendapat lebih perhatian kerana mereka artis. Ada jugak yang 'mengeletis'. Boleh kira dengan jari!! Ada yang sengaja gunakan status mereka sebagai artis dan janda untuk mendapat lebih 'mileage' dalam karier mereka.

Selamat Pengantin Terbaru"  - foto2 album cik google
Maka sebab itulah, ada artis yang menjadi janda sebelum menjadi artis, takut hendak berterus terang. Nyorok bagai nak rak walaupun tahu 'bangkai gajah tak boleh disorokkan bawah nyiru'.

Tetapi, orang Media jangan diperlekehkan. Sebahagian besar daripada mereka cukup amanah. Suka kalau artis berterus terang. Malah, lebih suka kalau artis bagi tahu lepas tu mohon, sekali itu sajalah dibangkit kisah2 mengapa dia jadi janda. Wartawan semua, Kjee percaya akan hormati. Kjee pun dulu wartawan kan?

Tetapi kalau wartawan kena tipu sekali, habislah, mereka akan cuba buka pekung didada. Sampai ke lubang cacing.

So diharapkan, selepas kes Ana Dahlia yang enggan mulanya mengaku dia janda tetapi akhrinya terpaksa melakukannya demi masa depannya, tiada artis lain yang buat perkara sama.

Tak siapa tahu mengapa seseorang itu terpaksa mengakhiri sebuah perkahwinan dengan perceraian. Masing2 ada sebab tersendiri. Dan tiada siapa mahu kisah2 pahit dalam hidup mereka dijaja. Tetapi berterus terang lah. Insya Allah ramai akan menghormati. Dan setelah itu, jagalah setiap langkah. Berpada2lah dalam setiap perbuatan.

Ala tak semua artis janda tu jahat. Yang anak dara (hmmm Kjee tak suka guna perkataan ini untuk artis belum berkahwin), pun ramai yang kaki 'mengeletis'. Kekadang lebih keqwat (over) daripada yang janda!!

6 comments:

  1. menjadi seorang gadis, perempuan & wanita memang tak mudah. Lambat kawen jd bahan cerita, jadi janda pun jadi bahan cerita, membujang lama pun jd bahan cerita.. tp yg bercerita kaum wanita jugak. kan??

    ReplyDelete
  2. salam kenal ye k.jee.. nice blog..

    ReplyDelete
  3. nak sgt saya membaca komen kak jee tentang perkahwinan tajaan norman dan memey ..

    ReplyDelete
  4. tak mau komen pasal pasangan itu sebab tak suka, tak pernah minat dan tak nak cari dosa. nama2 mereka tiada dalam senarai saya!!!

    ReplyDelete
  5. tabik spring kt kak jee sbb xnk komen psl psgn tu... cayalah....

    ReplyDelete
  6. saya tak suka kalau org kasi ucapan untuk pengantin 'selamat pengantin baru dan semoga berbahagia hingga ke anak cucu' kalau bole biarlah mendoakan mereka supaya berbahagia hingga keakhir hayat.. lagi elok mcm tuu :)

    ReplyDelete