Saturday, September 3, 2011

JURUKAMERA BERNAMA TV DITEMBAK DI SOMALIA

Allahyarham Noramfaizul 

KUALA LUMPUR: Jurukamera Bernama TV Noramfaizul Mohd Nor, 41, meninggal dunia selepas terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia, malam ini. 
Wartawan BernamaTV, Khairulanuar Yahaya, yang turut serta dalam misi itu berkata, dalam kejadian 10.30 malam waktu Malaysia itu, Noramfaizul bersama rakan media elektronik menaiki trak ke sebuah pusat komersial untuk menghantar berita apabila beliau terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi paru-parunya.

"Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada 11.07 malam waktu Malaysia," katanya.
Waktu Malaysia lima jam lebih awal daripada Mogadishu.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media membuat liputan berita tetapi tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap. 

Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini. - BERNAMA 

4 comments:

  1. Malang tak berbau...sedih baca berita macam ni..orang tak tak berdosa jadi mangsa..
    Alfatihah buat arwah.

    Kepada Kjee sekeluarga,
    Selamat Hari Raya Maaf zahir batin dari saya dan keluarga.

    ReplyDelete
  2. takziah, sedih menonton berita tadi; moga dicucuri rahmat ke ats rohnya. alfatihah

    ReplyDelete
  3. Niat baiknya menyertai misi untuk membuat kebajikan kepada yang memerlukan hanya Allah yg akan menganugerahkan ganjarannya, sudah pasti akan memayungi arwah ke syurga-Nya. InsyaAllah..alfatihah

    ReplyDelete