Molly dan Chef MJ |
Harga dah naik tetapi portionnya lebih banyak dari dulu. Okaylah tu kan? |
Dan hari ni kena tunaikan janji. Sedang elok pulak tu sebab setiap Khamis, Jumaat dan Sabtu ada ribs. Ribs Mustafa Jones memang out of this world! Kjee dah beberapa kali try kat Tony Romas sebelum menemui MJ. Ramai kata ribs TR sedap
Apa yang sedap sangat? Well, Kjee suka homemade barbeque sos mereka. Kat tempat lain, ada bau semacam punya 'tengik'. Tapi resipi MJ sedap sangat. Molly isteri MJ, seorang akauntan bertauliah graduan dari University Little Rock, Arkansas, Amerika, kata sos itu adalah resipi rahsia keluarga suaminya. Hmm nasib baik awal2 lagi Molly dah kata rahsia, kalau tidak, mau jugak mokcik mengendeng. Hehehe gurau jer Molly.
Hari ini, first time kami bertiga sekali gus memilih ribs. Kena order sebelum pergi. Kalau tidak, berjangkut menunggu sebab ramai orang.
Oleh kerana lapar sangat tadi, masa makan senyap jer. Malehlah nak citer macam mana sedapnya. Tanyalah mereka yang dah pernah makan. Oleh kerana bahan mentah semakin mahal dan sukar diperolehi, harga ribs MJ sudah menjadi RM25 sepinggan. Apapun, jauh lebih murah kalau makan kat TR.
Nak tahu kat mana Restoran MJ sekarang, klik sini.
Makan senyap2 tak sampai 15 minit, ini hasilnya!! Nasib baik kau keras tulang... |
Saya masih belum berkesempatan makan disini, suami sibuk memanjang.
ReplyDeletedah tak berani nak makan western di luar sb byk bhn disenaraikan haram...
ReplyDeletebaru minggu lepeh g makan kt situ. order burger bakar aje. Pastu tapau lauk2 kampung utk brsahur. nnti la, nk jgak try BBQ Ribs ni.
ReplyDelete