Friday, October 28, 2011

DAGING MASAK KICAP SAMA WEDGES


 Ini lauk yang selalu arwah bonda buatkan masa Kjee kecik2. Daging masak kicap yang dibubuh kentang goreng wedges. Dan Kjee pulak selalu buat lauk ni kalau tiba hari kurang rajin. Sebab? Sebab mudah sangat nak buat.



Kjee selalu ada stok daging batang pinang kat dalam fridge. Tapi kalau tak ada, Kjee keluarkan pressure cooker dan rebuslah daging sampai lembut. Hmm sedap sangat kalau daging tu direbus lembut2 tau. Maklumlah gigi Kjee bukannya kuat sangat sekarang.

Tadi, Kjee suruh Nadia keluarkan daging. Adalah dalam 250 gms. Selalunya kalau beli daging batang pinang dalam sekilo, Kjee bagi tiga bahagian. Penghuni rumah Kjee bukannya ramai. Cukuplah sekali masa kan? Lauk kalau terlebih masuk freezer tapi kekadang bila dah keras cam kayu, jadi habuan Cik Tong. Selalu sangat tu.

Okaylah malaslah nak kelentong panjang2. Kita tengok bahan2nya.

BAHAN2

250 gms daging
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan kicap manis
cili api (ikut suka)
1 biji kentang
1 inci halia

CARA

Daging dipotong ikut suka dan rebus, airnya jangan dibuang (kalau daging bukan batang pinang). Pastu kentang dipotong wedges dan digoreng hingga golden. Tepikan.
Bawang besar dimayang, bawang putih diketuk,  sementara cili api jugak main ketuk2 jer. Kalau tak suka bubuh cili api, hiris2kan cili merah. Kalau anak2 tak makan pedas, tak payah bubuh cili langsung. Halia dimayang halus.
Panaskan periuk, bubuh minyak sikit dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai wangi. Pastu masukkan daging. Masak sampai daging kecut. (Kalau daging tu direbus dulu, airnya masukkan sekali).
Apabila daging sudah kecut, masukkan air (ikut banyak mana nak kuah. Tapi janganlah banjir sangat.) dan kicap serta cili.
Kalau suka bubuh garam dan terus didihkan sampai puas hati. Kemudian masukkan kentang wedges dan masak kira2 lima minit. Padam api.
Resipi sama boleh buat menggunakan ayam. Tapi ayam tu digoreng separuh masak. Kalau masak ayam, Kjee tumis semua bahan hirisan sampai layu, masukkan air dan kicap. Bila dah didih baru masukkan ayam dan kentang. 
Ada orang bubuh kulit kayu manis dan bunga lawang tapi Kjee tak bubuh sebab Nadia tak suka. Save budget sikit. Hehehe.

Selamat mencuba. Simple jer.


Related Posts:

  • NASI TOMATO SPECIAL LAGI HEHEHE Jeng jeng jeng...our lunch today. Nasi Tomato, Kurma Daging dan acar timun dan carrot. Ini kali kedua Kjee buat Nasi Tomato guna Tomato Soup. Sejak Kjee berjaya buat kali pertama hari tu, dah tak reti nak buat Nasi Tomato… Read More
  • SHEPHERD'S PIE ALA KJEE Khamis lalu, sewaktu gi office 4Life di Amcorp Mall, Kjee ternampak restoran Secret Recipe. Oleh kerana lambat lagi nak naik ke office, Kjee dan Nadia pun masuklah ke sana sementara Unclepali cari parking. innity_pub… Read More
  • ASAM PEDAS DAGING DENGAN KENTANG Angin rajin melanda. Dah mula memasak balik. Hehehe. Kalau semalam goreng ikan patin dan buat kicap cili api untuk cicah, hari ni, maju setapak lah. Ewah. Kjee buat asam pedas daging dengan kentang dan goreng sayur buncis.… Read More
  • NOT SO WORDLESS WEDNESDAY Hmm anak dara set meja...pinggan mangkuk carca marba hehehe My beef and cheese burger with mayo Ngapp sekali...sedap...guna Dara bif...dagingnya tak ada lemak! Ngapp kali kedua, tambah salad. innity_pub = "d1dc3… Read More
  • BEGEDIL KENTANG WITH DAGING BURGER Bergedil ke begedil? Hmm ntahlah. Hantam sajalah labu. Janji korang semua tahu ini makanan apa kan? Rasa2nya begedil ni makanan orang Jawa sebab dia orang bubuh begedil dalam soto. Tetapi tiap kali pergi ke kedai Minang, a… Read More

2 comments: