Monday, October 24, 2011

DATO SERI NAJIB - A TRUE AND FINE GENTLEMAN!





Kena usik sikit dengan Kjee, merah padam muka Dato Seri!!
 Apa yang kita dapat bayangkan kalau pandang wajah Dato Seri Najib di TV, gambar atau surat khabar? Mesti korang kata kulit putih melepak, bibir merah yang sentiasa menguntumkan senyuman. Itu jer ker?







Well, selama 45 minit Kjee duduk berdepan dengan Malaysia's Nombor One ni, macam2 Kjee nampak. Macam2 yang berlegar dalam otak Kjee. Jarak usia Kjee dengan PM kita ni taklah jauh sangat...alamak kalau aku tulis berapa tahun nanti korang dapat agak usia aku. Beliau lahir dalam bulan yang sama dengan Kjee. Tapi tahun lain sikit jer. Kahkahkah

Beliau pada kaca mata Kjee, adalah A True and Fine Gentleman. Kalau di translate ke bahasa kita, seorang lelaki yang berhemah tinggi. Selalunya, orang macam beliau ni tergolong dalam golongan Bangsawan! Eh serius ni. Bukan Kjee nak mengampu lah. PM tak kuasa nak layan tukang ampu tau.

Melihat cara Dato Seri Najib carry himself, terbayang Kjee wajah dan gaya bonda beliau, Tun Hajah Rahah. Seorang yang sopan dan berbudi bahasa tinggi. Malah, dulu2 masa Kjee interview beliau , susah nak dengar suara yang terbit dari mulut Tun Rahah Mohmad Noah itu.

Tetapi Dato Seri Najib taklah sebiji cam tu. Suara beliau kuat jugak kedengaran. Cuma beliau seorang yang cukup malu. Apabila Kjee mengusiknya semalam, beliau senyum sambil tunduk. Maaf yer Datin Seri Rosmah. But You're so lucky to be his wife!! 

Semalam Kjee beritahu Dato Seri, kali pertama Kjee ternampak beliau ialah ketika beliau berdiri so composed beside his mum and brothers  masa jenazah Allahyarham Tun dibawak ke bangunan Parlimen untuk penghormatan terakhir setelah meninggal dunia di London. Masa tu, Dato Seri cukup muda dan handsome giler!!

Beliau senyum, tunduk dan kata...Ya tahun 1976! Merah padam muka Dato Seri!!

Pada Kjee, Dato Seri Najib telah melalui fasa pembesaran yang cukup tertib. Tun Hajah Rahah pernah diinterview sebagai berkata, Najib adalah seorang anak yang cukup baik. Tidak susah membesarkannya!

Dan Kjee terfikir, kenapa orang sebaik Dato Seri Najib sering menjadi sasaran pemfitnah dan pengkhianat negara. Jawapan Unclepali (my asben) ringkas. "Mereka (orang atasan pembangkang) tahu Najib tu seorang manusia yang amat baik. Tetapi apa kan daya. Mereka terpaksa melakukannya (memfitnah dan sebagainya) demi agenda politik mereka yang rakus!! Semua kerana kuasa dan mahu menakluki Putrajaya tanpa memikirkan akibat dan kemudharatan kepada rakyat!!

Semalam Kjee berbual dengan Cik Umi Hani, salah seorang pegawai yang cukup rapat dengan Dato Seri. Kata Umi, seboleh mungkin, kami di pejabat beliau, cuba memberi beliau seberapa banyak ruang untuk beliau 'bernafas". Kami rela dimaki hamun oleh mereka yang datang tetapi tidak berpeluang menemuinya. Kerana kami tidak mahu serabutkan fikiran PM. 

Beliau amat suka majlis2 yang santai sebab masa itu, beliau boleh relax tanpa gangguan. Umi cakap begitu setelah Kjee kata, kenapa in person, Dato Seri nampak lebih muda!

"Apabila beliau relax, ketenangan jelas terpacar di wajah beliau..." tambah Umi.

Dalam perjalanan balik dari Seri Perdana malam tadi, Kjee tak dapat padamkan wajah2 PM yang Kjee tatap sepanjang 45 minit itu. Ketika beliau senyum, ketika beliau serius menaip di handfon (mungkin sedang tweet), ketika beliau terkejut apabila MC masukkan gol pertama, ketika beliau mengelamun (agaknya terfikir agenda malam itu. Beliau terus berlepas ke Kuantan selepas majlis malam tadi). Dan banyak lagi ekspresi muka PM yang kita cintai yang tak dapat Kjee rakamkan sebab kamera tidak ada pada Kjee masa itu.

Kalaulah ini kali terakhir Kjee dapat duduk berapa inci sahaja dari beliau, Kjee sudah rasa cukup puas. Momen ini akan terus terpahat dalam kotak memori Kjee hingga ke akhir hayat. Insya Allah.

Baca sini.


Yang tengah tu Special Officer PM, Encik Hawari (begitulah nama yang Kjee dengar)

12 comments:

  1. sy amat2 respect kt PM kata ni, cara beliau menangani & menangkis fitnah & tomahan dr pembangkang, cukup matang & bijak, sesuai dgn jawatan beliau sbgai pemimpin no1 negara. bkn dgn cara mengelak, & memburuk-burukkan kembali pihak brkenaan.. tp, yg sy heran tu, pembangkang2 ni, x pernah ckup, & x pernah brsyukur dgn apa yg PM & kerajaan buat kt Malaysia ni.. Bg mrka, semuanya salah, semuanya x betul... hmm.. apa lg yg x kena pn x tau la... buat Dato' Seri, teruskn perjuangan, kami sentiasa menyokong Dato'... kpd kak Jee pulak, tahniah le, sbb bleh duduk semeja dgn PM... jeles lak ni.. sy setakat bleh tgk dr jauh jer.. huhuhu...

    ReplyDelete
  2. kak jee...tumpang seronok baca kisah jumpa PM ni..hehehe

    ReplyDelete
  3. Kak Jee... untungnya dapat menatap wajah handsome nya tu.. saya ingin sangat nak tenguk secara live wajahnya dan tentu bibir merahnya.. hehehe..
    sebab dari zaman sekolah lagi memang perasan bibirnya sentaisa merah... sejuk mata mandang kan..Moga beliau sentiasa sihat dan sentiasa dalam kerahmatan Allah. Amin.

    ReplyDelete
  4. Bergetar jantung ku bila bertentang dengan mu...ah.ah...best giler kalau saya jadi kak jee.

    ReplyDelete
  5. Seronok tengok gambar2 yang diupload, beruntung kau dapat duduk semeja dengan DS Najib.

    ReplyDelete
  6. betul tu kak jee...saya jumpa dia sekali a few mths back masa perjumpaan dgn rakan FB...nampak dia sgt sopan.bercakap pun sgt clear & confident.suka dengar.cuma hari tu saya secara peribadi kesian tgk dia sb masa tu dia sakit lutut & it was a one day function...jadual padat sampai ke malam.masa tengok dia terdengkot2 daki tangga kapal terbang....rasa kesian sgt.
    bila baca komen member2 FB yg suka dok kutuk PM saya rasa sakit hati..bukan sebab parti tapi sebab kemanusiaan..
    moga Allah beri yang terbaik buat PM kita ni.

    ReplyDelete
  7. seronoknyer..dpt semeja ngan PM huhuh :)

    ReplyDelete
  8. saya punya jemputan gak kena reject huhuhuhu......

    ReplyDelete
  9. kjee,ini lah namanya tuah ayam nampak di kaki tuah manusia tiada siapa yg tahu...bestnyaaaaa...tahniah buat kjee,unclepali dan nadia.bukan senang nak semeja dgn PM tu...:))))

    ReplyDelete
  10. Bertuah k.jee terpilih antara 300 org dpt lepak Tgk bola ngan PM...
    OMG pic k.jee ngan PM Ada Dlm fb beliau taw ...bertambah pemes la k.jee gituew

    ReplyDelete
  11. Salam, kali pertama saya berkunjung ke blog kak jee. Saya suka sangat tengok kemesraan PM dengan kak jee dan rakan-rakan Facebook yang lain. Bertuah kak jee dapat bersama beliau dalam program tersebut. Kak jee minat MU jugak ke? hehehe.

    ReplyDelete
  12. Salam, Kak Jee. Saya dah berpeluang bertentang mata & berdiri bergambar bersama sbelah PM, masa tu beliau masih lagi TPM, semua yg Kak Jee ceritakan tu ada, satu jer Kak Jee tak tulis.. PM sangat wangi... :-)))

    ReplyDelete