Salam. Tadi, seorang kakak angkat yang Kjee kenali hanya melalui FaceBook, Puan Hawa Lerno, private message Kjee (bubuh pm nanti orang ingat perdana menteri hehehe). Kak Hawa terkilan ada seorang fren Kjee di FB yang memberi komen mengenai tubuh Kjee di open wall. Kata Kak Hawa, beliau pun in the same boat cam Kjee (sama kapal lah tu).
Well, kekadang Kjee berdesing gak telinga apabila dapat komen2 camtu kat open wall. Kjee sedar Kjee ni gemuk dan tak cantik macam sebilangan besar orang lain. Kjee tidak pernah mintak dilahirkan begini. TETAPI Kjee bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana memberi Kjee ganjaran dalam bentuk lain. Alhamdullilah.
Tika orang lain menghadapi masalah rumahtangga, anak yang tak dengar kata atau gagal dalam pelajaran, kesusahan mendapat sesuap nasi atau menghadapi sakit kronik, Kjee telah diselamatkan daripada itu semua. Alhamdullilah syukur!
Walaupun Kjee berkerusi roda dan kadangkala semput (tak selalu), tetapi dalam benak fikiran Kjee, sentiasa berdoa, kalau aku banyak duit, aku sihat, akan kukongsi segala-galanya dengan mereka yang memerlukan. Kalau aku banyak duit, akan ku bina sebuah rumah khas untuk kucing2 yang orang buang. Akan aku gajikan seorang doktor untuk merawat kucing2 yang kurap dan sakit.
Tetapi hingga kini, doa Kjee belum kesampaian. Tetapi itu tidak bererti tanpa wang Kjee tidak boleh menolong orang lain. Kjee cuba sedaya upaya memberi nasihat dan pertolongan sekadar Kjee mampu. Kjee tak pernah ajak kengkawan ke rumah Kjee sebab rumah Kjee penuh dengan kucing. Baik kucing sendiri atau kucing luar yang tumpang makan dan tidur. Keluar masuk tanpa beri salam. Lepas makan hilang, lapar datang lagi. Rumah Kjee bau kucing. Malu nak terima tetamu yang tak suka bau kucing!
Kjee menulis entry ini pagi ini bukan nak mohon simpati atau ehsan dari korang semua. Cukuplah sekadar doa untuk kesihatan Kjee. Itu sudah memadai. Tak payah ingatkan Kjee supaya kuruskan badan. Kjee dah usaha. Dah berlapar hingga nak pengsan tapi Allah swt tak mahu kot bagi Kjee kurus sebab kalau Kjee kurus dan cantik, Kjee 'mungkin jadi manusia yang tak berhati perut...!'
Ramai yang jumpa atau terserampak dengan Kjee terkejut kerana Kjee nampak sihat. Jadi kenapa naik kerusi roda? Isyhh ada ke orang yang sihat nak naik kerusi roda? Malunya hanya Allah sahaja yang tahu. Tapi apakan daya. Kalau tak naik kerusi roda, maka terperaplah Kjee di rumah sepanjang masa.
Bersyukurlah apa yang kita ada. Jangan pandang rendah kepada orang lain. Ini hari dia, esok lusa mungkin hari kita!! Ada harta yang lebih kita agih2. Ada ilmu yang lebih kita kongsi2kan. Insya Allah, kita akan sentiasa menerima keberkatanNya. Itu lebih penting daripada segala2nya. Ameeen.
sedih plk saya baca... apa pon kak jee biarlah org nk kata apa, nk pikir apa pasal kita.. cuma kita doakan yg terbaik untuk mereka...
ReplyDeletesabar lah kak jee...adat hidup atas dunia ini...
ReplyDeletebg mereka kita ni x sempurna..., sblknya diri mereka cukup segalanya...ada kala mereka terlepas pandang akan kekurangan pada diri sendiri...walaubagaimana pon tanggapan org lain pada kak jee..., saya tetap akan sokong & doakan yg terbaik, buat kak jee & keluarga...
I am so touched after reading this particular post Aunty. I am always grateful if I am blessed with good health, worry- free life, and a group of friends & family who love me for who I am. I can be successful with what I have, this body figure and this looks, I CAN! Thanks for all the indirect motivations Aunt. Those who are clueless about the basic essence of life, will never understand the fact that looks, and body figure will fade away with time.
ReplyDelete-Satthiya Kandi-
Sabar lah kak jie. Mulut manusia mana mampu kita tutup...sy mendoakan kak jie sihat mnjalani kehidupan.. dan impian kak jie tercapai ... saya suka sgt kucing tp hubby tk bg bela sb sy ada asma, dpt kongsi tgk kucing kak jie best sgt.. comel... rasa nk peluk jer...
ReplyDeleteSabar lah kak jie.. Mulut manusia ni kdg mmg menyakitkan hati...dan kita tk mampu buat apa kan. sy doakan yg terbaik utk kak jie.. semoga sihat dan impian kak jie tercapai.. sy suka sgt tgk kucing2 tuh rasa nk peluk jer comel sgt, tp tk dpt sb hubby tk bg bela sb sy ada asma.. dpt kongsi tgk gambar kak jie pun jadi lah...
ReplyDeleteMULUT MANUSIA TAK LEH TUTUP.TAKPELAH KAK JEE.
ReplyDeletePEJAM MATA JE DGN MULUT LONGKANG NI..
(CAKAP SENANGLA..SAYA SENDIRI SEMINGGU DOWN SBB ORG KATA SAYA GEMUK..PDHAL BERAT BELUM CECAH ANGKA 70 KG PUN)..HUHU
Salamz..kjee..jgan dilayan orang macam ni..coz yg sebenarnya dorang yang sakit..
ReplyDeletesabarlah kakjee..org2 saiz mcm kita mmg selalu jd buah mulut org...saya tk peduli apa org nk kata janji suami dan keluarga kita syg dan tau diri kita camana alhamdulillah.....
ReplyDeletekjee,nak hati senang,pedulikan apa org nak kata.
ReplyDeletebuat je apa yg kita rasa betul asalkan tak ambil hak yg tak sepatutnya. please yourself first,love yourself before please and love others. bunyi mmg nampak selfish tapi ini yg terbaik utk diri kita sendiri..
to me,walaupun tak pernah bersemuka dgn kjee,tapi thru fb and phone,saya rasa dekat dgn kjee sbb saya nampak keikhlasan kjee. psg
saya pun dalam kapal yang sama ngan kak jee..kadang kadang malu la kak bila ada mulut yang tempelak kita depan orang ramai...macam lah kita ni teruk sangat..
ReplyDeleteada masa nya saya diam jer tapi kalau tak tahan gak, saya sembur balik..tu saja...
Kalau ada orang nak kawan dengan kita ni, biar lah terima kita seada nya..rumah saya pun dah macam rumah kebajikan kucing je kak...entah mana mana datang nya saya pun tak tau..tapi kami sekeluarga tak pernah lak kelaparan sebab bagi kucing makan pun..ada orang rumah nya wangi dan bersih tapi duit selalu putus jer..camner lak tu..hahahah
tu la kak jee... saya pun sihat serta comel dan kitu miut jugak....tapi tu la.. biar lantak..ada ke je kesedaran nak kurus...tapi determination tu takde...adoiyai.... okay2.. banyak kucing tu..suka dengar kucing berkeroh..hahahah
ReplyDeleteAs salam Kak Jee. Semoga Kak Jee sihat sejahtera sekeluarga, Amin.
ReplyDeletesindiran manusia sukar dielak kak jee, tapi yang menilai kita adalah ALLAH. banyak2 bersabar ye... suka tengok kucing2 tu..
ReplyDeletesalam kak jee .. saya suka baca coretan kak jee .Dapat rasakan ada ketelusan dan keikhlasan.Dlm dunia ni kdg2 bukan duit jadi ukuran tapi kaseh sayang sesama insan sungguh pun dari org yg kita tidak kenali .Coretan kak jee banyak menyedarkan .. terasa diri di sayangi .. hehehe ..
ReplyDeletekak jee, cuma doa dari saya semoga kak jee dan keluarga sentiasa di rahmati ALLAH. amin
ReplyDeleteSalam Kak jee,
ReplyDeleteBanyak bersabar dengan kerenah manusia yg sebegini..... biar ape org nak cakap yang penting kita REDHA.yang penting hati kita gembira dan senang tak tentu kurus tu menjamin kebahagiaan. biar kita buruk dimata mereka tp yang penting kita cantik dimata pencipta kita. saya pun penah dihina kerana kulit tak berapa cerah....(dlm erti kata lain hinaan yang tahap paling gabanlah). Tapi saya senyum dan terima saja...(dlm hati berdoa allah akan buktikan sesuatu) alhamdulliallah, allah kurniakan saya seorang anak lelaki yang cerah kulitnya. Allah maha kuasa...
Ada bagus juga berbadan besar Kak Jee.....kurang dosa kita. Kak jee perasan tak sekarang, dlm iklan di suratkhabar....bila berbadan besar pakai baju sopan, bila dah kurus, mulalah nampak sana sini.....nak tayang kat semua org..
Yang penting Kak Jee pedulikan cakap org....SENYUM SELALU....
salam kak jee , pedulikanlah kata orang tue kak jee, yang the very important kita nie tak kacau orang dan lagi satu Allah S.W.T tahu apa dalam hati kita....jahatnya orang tue...sian kak jeeku yang comel nie...akak nanti saya send pada akak keratan akhbar utusan pm dengan rakan2 blog tempohari...akak kuar front page tau heheheh comel akak.....sehari tak baca blog akak tak sah tau macam hilang bantal masa tido hehheheeh
ReplyDeletesalam kak jee..
ReplyDeletemaaf ya sebab memang selalu saya masuk 'rumah' kak jee ni.. tapi hari ni baru sy perasaan kak jee sakit kena pakai wilcha.. dan agak tersentuh ngan n3 kak jee kali ni.. bkn xsuka tapi selalunya n3 akak nampak ceria bagai akak tengah tersenyum.. sy xsangka la..
apapun harap akak terus tabah..
sy pun pernah terpikir "ada hikmah Allah jadikan kita camni.. kalau kita cantik & kaya mungkin kita gelap hati lupa padaNya.. baiklah camni kan.. dekat ja dengan DIA
kak jee,
ReplyDeletesaya selalu singgah sini.. silent reader jer..
bukan apa, bila nampak blog kak jee, terus follow.. sbb saya suka @ teringat lakonan kakjee dedulu..
btw, saya tak tau pun akak berkerusi roda until n3 nih...
anyway, wish u hepi2 selalu kak..
akak..sabar byk2 ye.. semoga akak dikurniakan kesihatan yang baik..aminnn...
ReplyDeleteSabar ye kak Jee...Sabar separuh daripada Iman...moga kak Jee cepat sembuh.amin
ReplyDeleteAlah Jee pekak kan telinga je, aku kenal kau siapa seorang yang sangat baik hati, pantang dengar orang sakit, mati, kesusahan dan berbagai lagi lah cepat je kau datang menjengok. Masa aku kena rompak bulan april kau lah orang pertama yang datang rumah aku walaupun kau sendiri pun tak sihat.
ReplyDeleteterima kasih Shidah aka mak pengantin. hehehe
ReplyDeletebetul tu kak jee, kalau Allah nak bagi kita kurus dah lama dah kurus sebab kita dah usaha bermacam. saya pun pernah cakap pada suami kalau saya kurus, susah awak, nanti org mengorat saya, hehehe. memang betollah, masa kurus semua orang cantik2 kan. **Wink**
ReplyDeletezany
Salam Kak Jee. Insya Allah, budi baik akan dibalas baik. Kesihatan ini pinjaman Allah, Insya Allah semoga Kak Jee akan sembuh semula. Salam buat keluarga Kak Jee.
ReplyDeleteZ.
ASSALAMUALAIKUM PN FAUZIAH,SAYA RASA SEKARANG PUAN SUDAH PUN PULIH...DAN SAYA RASA GEMBIRA DAN BERSYUKUR...SAYA NAK BERTANYA DENGAN PUAN RESEPI KEK KUKUS PUAN FAUZIAH ADA KE..TERIMA KASIH..
ReplyDelete