Friday, October 7, 2011

IKAN MASAK CINCUAN AKA PINDANG SERANI

 Kekadang arwah bonda panggil lauk ni masak Cincuan. Kekadang Pindang Serani. Ntah yang mana satu yang betul, Wallahualam. Tadi Kjee masak pertama kalinya sejak kahwin dengan Unclepali. Ntah kenapa tetiba teringat nak masak lauk ni.

Kjee tahu muka Unclepali berubah apabila Kjee kata nak masak Cincuan. Mungkin tak pernah dengar. Tapi bila dah siap, dia cuba, terus kata sedap. Okaylah tu kan? Kita ni kalau masak, tetiba tidak berkenan di tekak suami, frust nonggeng rasanya.

Apapun, Kjee ingat lagi arwah Bonda kata, ini lauk orang Melaka. Dan selalunya, lauk ini dimasak apabila ada berbaki ikan goreng hari sebelumnya. Ntahlah tak arwah Bonda pulak selalu tak pernah pulak buat lauk ini dari ikan goreng berbaki semalam.

Apa ikan pun boleh digunakan untuk masak lauk ini. Tapi yang betul2 sedaplah buat tekak Kjee ialah ikan parang. Ikannya mesti digoreng separuh masak.


Lauk ini ala singgang tapi lauk ini kena tumis sulu bahan2nya. Jom kita intai resipinya.

BAHAN2

3 ekor ikan cencaru
1 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 keping asam gelugor
½ sudu kecik serbuk kunyit
cili api (ikut suka)
1 inci lengkuas/serai

CARA

Ikan dibersihkan dan digoreng separuh masak. Tumis bawang hingga wangi. Masukkan cili api dan serbuk kunyit. Pastu masukkan air mengikut banyak mana kuah diperlukan. Tadi Kjee bubuh kira2 dua cawan. Masukkan juga asam gelugor serta lengkuas yang telah dihiris dan biarkan mendidih. Kemudian bubuh garam dan pak aji (jika guna). Apabila mendidih, masukkan ikan dan perlahankan api. Reneh dan balik2kan ikan. Siap.

Sedap dimakan dengan ulam2 dan sambal belacan. Rasa lauk ni masam2 sikit. Kalau suka bolehlah bubuh sedikit gula tapi tadi Kjee tak bubuh.

Related Posts:

  • IKAN BAWAL HITAM MASAK KICAP PEDAS Tadi masa pergi Hero Market, tetiba ternampak ikan Bawal Hitam. Selalunya Kjee masak kari favorite UnclePali ataupun Sweet Sour,  favorite Nadia. Tapi takkan nak layan tekak orang lain jer kan? Bawal hitam mas… Read More
  • KARI TUMIS (BUKAN DARAT) IKAN TALANG KERING Hari ini Kjee masak Kari Ikan Talang Kering setelah kesian tengok ikan talang tu duk termenung berbulan2 dalam fridge. Kjee beli ikan talang kering yang tak berapa besar ni masa pergi Lumut, Mac lalu. Naseb b… Read More
  • IKAN SIAKAP KUKUS MUDAH UNTUK SAHUR Ikan kukus baik Siakap ataupun Kerapu, adalah antara makanan yang agak mahal jika kita berkunjung ke restoran mahupun gerai2 Tomyam di sekitar Ibu Kota. Kekadang mencecah sampai RM30 seekor! Mujurlah Nadia jara… Read More
  • KJEE DIKATA BERDOSA KERANA TAYANG MAKANAN Rasa macam malas nak tepek menu yang Kjee sediakan untuk sahur mahupun berbuka puasa sebab tahun lepas, Kjee kena bantai kow2. Kononnya Kjee dah melakukan dosa besar kerana tayang makanan di blog ini k… Read More
  • IKAN KOMBUNG LOMAK PODEH NISMILAN Hari ini masak makanan yang cukup sinonim dengan orang Nismilan (Negeri Sembilan). Sebut jer Masak Lomak Cili Api atau Cabai Burung atau Cabai Melaka, omak2 dan abah2 pasti torsonyum. Kena buek pokat2 dan podeh2 baru… Read More

5 comments:

  1. eh, macam masak singgang.... cuma kami tak tumis dan tak pakai bawang besar, bahan lain, seropeee....

    ReplyDelete
  2. KJee,
    Cincuan....eh,,arwah mak akak pun suka masak lauk ini. Satu menu kesukaan budak-budak di rumah ini.Ada hirisan halia ganti serai/lengkuas.Letak hirisan bawang besar bantak-banyak, bestnya!

    ReplyDelete
  3. salam kak jee...
    yg ni kami panggil pindang, cincuan kering sikit, mcm kaler msk taucu.pakai asam jawa.hehe

    ReplyDelete
  4. keluarga saya panggil pindang serani, tp kitaorg punya ada letak belacan. org dalam pantang pun sesuai lauk ni cuma jgn letak cili api dan belacan. zaliza

    ReplyDelete
  5. saya panggil resepi orang sakit... kalau sy demam.. saya selera dengan aluk ni je. :)

    ReplyDelete