Saturday, October 15, 2011

KALAU SUKA, PELUK CIUM WARTAWAN....

Kawan baik Kjee, Noor Hasilah Ismail, yang sama2 dengan Kjee 'menggoncang industri hiburan' dengan tulisan2 yang pedas dan telus era 80-an dulu, dah menulis balik pasal cerita2 yang berlaku dalam dunia hiburan. I Like!!

Walaupun sekarang ni Sheila bekerja dengan Agendadaily.com dan penulisan berkisar story2 politik, namun dia juga cukup versatil. Boleh juga menulis mengenai sukan. Apa yang ditulis dalam blognya Asam Pedas  mengenai sebilangan pengarah/produser filem yang senang2 menunding jari menyalahkan wartawan apabila merasakan diri mereka sudah tersepit, banyak kebenarannya.

Dari sejak azali lagi, wartawan sering dijadikan kambing hitam. Artis pun sama. apabila sudah merasakan dirinya mereka tersepit dan takut berhadapan dengan kenyataan, mereka segera menfikan apa yang pernah dikata, Sampai bila wartawan sahaja harus dipersalahkan?

Korang bacalah tulisan Sheila dibawah ni. Kjee mohon zin copy paste ya Sheila. Selebihnya korang baca di blog Sheila, Asam Pedas.


Penerbit Filem Jangan Lupa Jasa Media!



 

Hari ini saya terbaca dalam ruangan HIP akhbar Berita Harian yang melaporkan bahawa Persatuan Penerbit Filem Malaysia (PFM) menyalahkan media kerana memberikan publisiti keterlaluan kepada filem seram berbanding filem biasa yang mengakibatkan ia menjadi isu yang tidak disenangi di kalangan orang ramai dan pemimpin masyarakat.

Ewah-ewah. Sedapnya mereka berkata. Itulah sikap sesetengah pemimpin industri hiburan! Sebab nak selindung kesalahan sendiri atau terkedu tak reti nak jawab, boleh tuding jari ke orang lain pula.

Bolehlah pula mereka menyalahkan akibat publisiti terlebih-lebih yang diberikan media, orang ramai dan pemimpin dok asyik kecam penerbit filem kerana terbitkan filem genre sebegitu banyak sehingga melambak di pasaran?


Saya menyokong pendapat wartawan berkenaan (syabas Serimah!) yang mengatakan tujuan media berikan publisiti kerana nak tolong kerana ramai penerbit yang pandai terbit filem tetapi tak menyediakan peruntukan cukup untuk A & P (advertising and promotion).

Saya teringat semasa jadi wartawan hiburan satu ketika dulu, ada penerbit filem yang terhegeh-hegeh dan merayu-rayu minta kita tulis pasal filem mereka. Ada yang siap pesan, "tulis yang baik-baik aja ya," boleh gitu? Apabila dipuji, bukan main, nampak kita, siap peluk cium pipi dan ucap terima kasih sampai berbuih air liur.

Tetapi apabila dikritik, dia tengok muka kita "macam nak makan". Ada juga yang bercakap perkara yang tak baik di belakang kita untuk melepaskan geram. Ada pula yang langsung tak mahu pandang atau berkawan dengan kita selepas itu.

Satu ketika dulu saya pernah dipelawa menghadiri previu media sebuah filem komedi. 10 minit berlalu, panggung begitu senyap. Dah masuk 15 minit masih tak dengar orang tergelak. Hanya terdengar bunyi orang kunyah popcorn dan orang berbisik.

Masuk minit ke-30 saya ketawa terbahak-bahak. Seorang rakan wartawan bertanya, mengapa saya ketawa sedangkan cerita itu tak kelakar langsung. Saya jawab, "itulah sebabnya. Penerbit ini keluarkan duit beratus ribu nak buat orang ketawa, tapi tak ada orang ketawa. Itulah yang paling kelakar."

 

Pengalaman tengok filem seram ada juga yang tak dapat dilupa. Ada filem yang betul-betul buat saya terkejut dan menjerit. Tetapi bila keluar wayang, perasaan itu hilanglah. Ada juga filem seram yang macam hampeh, tak seram dan tak berkualiti. Maka apabila keluar wayang, saya menyumpah-menyumpah menyesal beli tiket.

Berbalik kepada PFM yang menuduh media itu...Saya kesal sebab dakwaan itu datang daripada seorang yang saya hormati, iaitu presidennya sendiri, Datin Paduka Shuhaimi Baba. Dia dilaporkan berkata demikian dalam satu forum diskusi filem yang diadakan di FINAS baru-baru ini.

Barangkali kesibukan kerja dan usia yang semakin meningkat membuat Shuhaimi terlupa beberapa perkara, seperti bagaimana rakan-rakan wartawan hiburannya bersungguh-sungguh membantu mempromosi Pontianak Harum Sundal Malam dan beberapa filem lagi sehinggalah dia dapat beberapa anugerah. 

Selepas baca, klik sini pulak tau.


3 comments:

  1. Kesimpulannya kak lbh baik jgn menunding jari antara satu sama lain kn.. Itukn jln terbaik.. Saya nk trgelak baca pasal yg kwn akak tu gelak sbb cite lawak tu x lawak langsung.. Hik3!!!

    ReplyDelete
  2. Yang heran nye mereka bising2 setelah Tun M yang bersuara sebum ni Ada banyak juga yang bersuara tapi penerbit2 film buat endah tak endah je. Sokong
    kata2 Norhasilah tu.

    ReplyDelete
  3. K.jee saya memang bosan dengan cerita hantu yang tak habis2 disemua stesyen televisyen.Sampaikan anak-anak yang berumur 5 dan 6 tahun kat tadika pun datang skolah crita pasal crita hantu yang dia tengok kat TV.Kadang2 naik hantu saya dibuatnya sebab sedeh..macam tak ada crita lain yang boleh didedahkan pada mereka.

    ReplyDelete