Saturday, October 8, 2011
KARI DAGING DENGAN SAMBAL PETAI TEMPOYAK..KENA KER?
Ala kita yang buat dia kan? Kena ke tidak, kalau dah tekak kita teringin sangat nak makan, hujan ribut ker, banjir ker, tsunami ker, tetap kita redah.
Hari tu, lebih tepat hari Selasa, masa Nadia mula2 kena keracunan, Kjee balik dari seminar Ziarah kat Flamingo, sepanjang jalan teringin nak makan kari daging. Home made punya. Tak mau yang beli.
Sampai rumah Nadia kata dia tak sihat. Tapi dek kerana nak sangat makan, Kjee terus ke dapur sorang diri dan masak. Sebelum balik Kjee dah suruh Nadia keluarkan daging batang pinang.
Godek punya godek kat dapur, tak sedar Nadia rupa2nya serius sakit. Tapi dek kerana dia diam, ingatkan sakit biasalah. Tapi itu bab lainlah.
So Kjee pun masaklah kari daging. Pastu nampak pulak petai yang Unclepali beli kat Simpang Renggam. Hmm sempat Kjee projek buat masak tempoyak.
Bila dah masak, Kjee makan punyalah berselera. Resipi kari daging ni dah selalu Kjee buat. Cuma kali ni Kjee tambah serbuk lada kering nak bagi lebih pedas. Hari tu Kjee masak guna daging tetel (sini). Tapi maklumlah daging tetel sebenarnya tak berapa sihat. Sekali sekali bolehlah kan. Kalau nak resipi, tengok jer kat situ yer. Resipi sambal tempoyak kalau korang teringin, tengok sini.
Masa Kjee meniaga dulu, Kjee buat kari daging bersama roti jala. Ramai tanya camner Kjee buat kari daging jadi pekat. Isyhhh kalau nak pekat, janganlah kedekut bubuh rempah. Pastu, pastikan rempah tu betul2 garing atau masak dengan sempurna. Ada orang buat dia tumis rempah tu sikit lebih kurang jer.
Dulu masa mula2 belajar buat kari, Kjee pun buat begitu. Tumis rempah dia sikit lebih kurang pastu, campakkan semua bahan2 lain. Satu hari Kjee tengah makan kat satu gerai bawah pokok kat Cheras. Ada satu pakcik ni, ala2 orang Pakistan pun ada. Dia asyik cerita pasal masak nasi kandar. Kjee pasang telinga. Bukan main kuat lagi dia bercerita sampai semua orang pasang telinga masa tu.
Kata pakcik tu, orang KL tak tahu rahsia masak kari ala Penang yang sedap tu. Rahsia dia, rempahnya mestilah dimasak sampai betul2 cukup masak. Itulah rahsia sebenar masak kari!
Sejak itu, Kjee follow tips yang diberi oleh pakcik tadi. Dan alhamdullilah, ramai kata kari yang Kjee buat memang sedap. Thanks to the pakcik.
So, kalau korang ada cara sendiri buat kari, gunakanlah tip pakcik tadi. Mesti masak rempah tu sampai sempurna baru masukkan bahan2 yer. Yang lain ikut lah cara korang.
Aunty, saya tgk tempoyak tu teringat saya buat nak tanya Aunty. Saya buat tempoyak ikut resepi aunty, tapi dah 3 hari tak masam2. Kenapa yer Aunty? Sebab saya beli durian frozen ke? Atau kawasan sejuk tempoyak lambat masam. Ada apa2 idea tak Aunty cam mana nak bagi tempoyak saya acepat masam. Saya tak sabar nak makan tempoyak.
ReplyDeletebetul tu kak...
ReplyDeletemasak kari,kurma, asam pedas..
memang kene tumis bahan2 tu dengan api sederhana sampai pecah minyak dan garing....
baru sedappp...
mas kalau masak sambal pun gitu juga...
bila sambal tu dah pecah minyak dan garing...
baru tambah air panas klu nak sambal tu berkuah....
hihihi...ya ker...lain kali boleh buat...Sebab Cik hubby kita suka makan kari...boleh cuba nie hihihi....
ReplyDeletesalam FMT. Terkejut aunty bila dengar awak buat tempoyak guna durian frozen. Tak pernah dengar orang buat. Kalau nak bagi tempoyak masam, guna durian segar, pastu biarkan di suhu bilik (room temp) iaitu bukan dalam peti ais sekurang2nya dua tau 3 hari. Bila dah rasa masam tahap yang dikehendaki, baru masukkan ke dalam fridge.
ReplyDeleteKat tempat saya tak ada durian segar. Tapi tekak teringin sangat nak makan tempoyak mentah + cili bilis. Sebab tu saya beli jer durian frozen tu and google cara buat tempoyak, sampailah ke blog aunty yang best ni. Anyway, thanks auty sebab reply cepat. Kalau esok tak masam jugak, akan ke cik tong la tempoyak saya tu.
ReplyDeleteJust give it a try. manalah tahu menjadi kan? Good luck. Thnx for following my blog FMT.
ReplyDeleteFMT: U can also get me on Facebook ...Fauziah Abd Samad
ReplyDeleteuwaaaaa menyelerakan sungguh kari daging tu...tak kisahlah KJee, kalau dah teringin...masak apa je tetap sedap dan maunya bertambah nasi dan lauk...kena pulak sambal petai tempoyak....wowwwww..maunya tak bangunnnn..kekenyangan menyandar..hehehehe..
ReplyDeleteayooo terliur jugak tengok hidangan nie apa lagi lum makan sekarang nie.... tak kisah camne pun sebab dalam perut semanya bercampur gak
ReplyDeleteSalam. Kak jee. kari kak jee nampak kurang berminyak. kalau beli kt kedai. minyak byk gile. Kalau nak tumis garing kena pakai minyak yang banyak ke? atau macam mana? mohon kongsikan..
ReplyDeletezara
Nak kata sikit taklah jugak, banyak taklah jugak. ewah. anyway, kalau menumis, minyaknya sikit, memanglah hasilnya nanti tak sedap. Kjee main ikut sedap hati jer. Kalau dah siap masak nanti minyak dia banyak, Kjee kaup buang. senang citer kan?
ReplyDelete