Tuesday, October 18, 2011

KARI SARDIN PERIUK TANAH VS SAMBAL IKAN PARI KERING. MELETOPSSS!!

Hari ni masak yang tekak Kjee teringin sangat nak makan kari sardin. Kenapalah kat kedai orang tak jual kari sardin. Kalau tidak, beli jer kan? Tapi adakah sama nanti dengan yang gue masak? Itu soalan cepumas. Sedap tak sedap kita masak, ade aku kesah.



Hah layan je lah yer. Resipi kari sardin sini dan sambal ikan pari kering sini. Bukan malas nak salin balik tapi kurang rajin. Hehehe.

Tapi kali ni Kjee masak kari pakai terung. Kalau bubuh kentang pun sodap!! Seperti biasa, Kjee masak kari guna periuk tanah. Sedap beb dari periuk biasa.! Kjee beli periuk tanah kat kedai India.
































Related Posts:

  • KARI KEPALA IKAN      ALHAMDULILLAH syukur. Semalam Kjee dapat rezeki banyak ikan segar yang Insya Allah cukup untuk dua minggu. Sarat barat freezer. Antaranya Ikan Jenahak, Siakap, Cencaru. Terima kasih Cikgu Noor … Read More
  • PINDANG SERANI LAUK ini macam legend dalam famili Kjee. Sejak kecik bonda selalu masak. Macam-macam ikan dia guna untuk masak. Antaranya, Tenggiri, Parang, Cencaru dan jugak Ikan Gelama.     Arini Kjee masak guna … Read More
  • ASAM REBUS IKAN SIAKAP      Kjee punyalah plan nak masak Kengsom Ikan Siakap hari ini kerana konfiden bahan-bahan semua ada. Termasuk Nanas. Kangkung petik aje kat laman.     Seminggu dua kali UnclePali aka… Read More
  • PAN FRIED SALMON      Yes I know, ramai tak tertelan ikan Salmon. Bau hanyir kuat. Tapi I like! Kalau ke restoran Jepun, mesti order Sashimi atau ikan Salmon mentah. 👍    Kjee sebenarnya plan nak grill aj… Read More
  • NASI HUJAN PANAS AIR TANGAN NADIA Ini first attempt Nadia buat Nasi Hujan Panas. Pagi tadi dia tanya Kjee apa itu Nasi Hujan Panas? Kenapa mesti nama Hujan Panas? Isyhhh banyak soal lak budak ni. So, nak tutup mulut dia… Read More

9 comments:

  1. Salam perkenalan kak jee sebelum ni saya silent reader kat blog kak jee baru ari ni ade kesempatan nak komen bila tengok kari ikan sardin n sambal ikan pari petang2 ni terliur lak air liur....tetiba lapar lak perut ni dh la br lepas hujan makan ngn nasi panas memang best.....

    ReplyDelete
  2. Sedapnya sambal ikan pari kering tu
    Tingat lak dolu arwah abah ske makan lauk tu

    ReplyDelete
  3. terus terasa nak masak kari sardin + terung petang ni . kebetulan stok semua ada . adehhhhh laaa , kalau tgk k.jee tepek gmbr masakan ,semua nak cuba masak tau hehehe

    ReplyDelete
  4. first time tengok orang masak sambal ikan pari kering, interesting, nanti nak try...

    ReplyDelete
  5. Sedapnya KGee sambal pari kering tuuuu!! Nyum nyum.. sib baik saya ada gak buat sambal udang arini, klu tak.. nangis saya terliurkan sambal tu Kak.

    ReplyDelete
  6. kjee, macamana rupanya periok tanah tu, teringin nak beli untuk masak gulai...

    ReplyDelete
  7. kjee, terima kasih dengan gambar periok tanah tu.......

    ReplyDelete
  8. Kak Jee..saye dah lama tak merasa ikan pari kering sambal itu...sedap dimakan bersama nasi panas..:-)...

    ReplyDelete