ehsan album cik google |
Jangan terkejut. Korang tak kena block. Kjee block diri sendiri dalam Facebook. Hehehe..kenapa? Kjee dah mereng ker? Hah betul dah mereng akibat perbuatan satu dua fren FB yang Kjee salah add. Fren2 ini buat fikiran Kjee berserabut. Fren2 inilah yang kena berjawab dengan empat ribu lebih fren lain yang dah tak boleh bersenda gurau dengan Kjee di Facebook lagi!
Orang bagi betis nak peha, itu perumpamaan orang dulu2. Walaupun Kjee ni memang gemar bergurau tetapi janganlah sampai nak pijak kepala. Kekadang Kjee singgah jugak kat wall artis2 lain tapi kenapa korang tak buat artis2 tu macam korang buat Kjee? Suka hati jer nak cakap apa korang suka sampai hari2 menguris perasaan Kjee.
Misalnya, kalau Kjee nak off line sekejap kat Facebook, sebab nak ke dapur atau keluar, Kjee suka kata Tumpang Lalu. Itu kan budi bahasa namanya, Malah, kalau kita nak lalu depan orang tua2, kita akan tunduk dan kata Tumpang Lalu.
Itulah cara yang diajar oleh arwah Bonda sejak kecik lagi, kalau ada tamu datang dan Bonda nak bersembang. Kan tak baik budak2 dengar kalau orang tua2 tengah cakap. Kalau kami tak tunduk dan kata tumpang lalu, siap ko...balik orang tu, lebam2 lah peha.
Budaya ini yang cuba Kjee hidupkan kembali dan guna di FB. Tetapi ia telah digunakan oleh segelintir manusia (di FB) untuk buat Kjee terasa hati (to mock me). Antaranya...saya dah tepi ni, lalulah....eh baik ko tepi, Kjee tu tu gemuk, karang kena sondol sebab dia nak lalu! Mungkin itu lawak buat korang but not for me!
Kurang sambal betul. Kjee telah janji pada diri Kjee akan guna bahasa elok2 kalau layan FB atau blogging. Bahasa kita pasti akan jadi ikutan. Dan yang follow nanti mesti mereka dari semua golongan. Kalau nak ikutkan, ini blog peribadi Kjee. Sukatilah Kjee nak guna macam mana atau tulis macam mana. Tetapi sebagai seorang wartawan yang dilatih menggunakan bahasa2 yang elok, Kjee cuba sedaya upaya turunkan ilmu yang ada. Bukan budaya carut marut yang dipraktikkan sesetengah orang. Budi Bahasa menunjukkan bangsa!
Malah, ada kalanya hendak menggunakan aku atau engkau pun, Kjee cukup2 risau. Kjee tak nak orang ber' aku engkau' dengan Kjee melainkan, ada seorang dua yang cukup2 close dengan Kjee. Dah macam adik beradik.
Kjee menulis entry ini dengan niat nak bagitau korang semua yang akaun Facebook Kjee dah tutup dan bukan anda di block. 99% daripada korang tiada salah apa dengan Kjee. Hanya bagilah Kjee sedikit space (ruang) untuk diri sendiri. Melayan FB sejak dua tahun ni agak melalaikan.
Kalau orang tanya berapa jam sehari Kjee habiskan depan PC melayan FB, Kjee tiada jawapannya. Atau sebenarnya Kjee malu kerana (terlalu) bodoh menghabiskan banyak sangat masa emas yang sepatutnya digunakan untuk bende lain yang lebih membawa manafaat.
Tapi, Kjee tak akan henti blogging buat masa ini. Belum sampai setahun pun. Kalau dah setahun nanti, Wallahualam.
Terima kasih kerana terus follow.
asalkan kak jee tak stop blogging .. sbb saya suka masuk sini membaca n meniru resepi ehehe
ReplyDeleteKjee...
ReplyDeletekesian kjee. kjee nak tau tak? org yg suka bercakap tanpa fikir perasaan org lain ni...kalau ikutkan bidalan ayah saya 'orang mcm tu bercakap melalui perut, bukan berfikir dengan otak'...mulanya saya tak faham. Kenapa perut? Kata ayah, dalam perut ni ada mcm2 jenis benda esp makanan...mcm2 ada, semua bercampur aduk....bila keluar jadi lah *tutt*...sori lah kalau agak kasar perumpamaannya tapi itulah yg saya pelajari dari ayah .
Assalamualaikum akak Jee..
ReplyDeletesampai gitu ker gurauannya akak.. huhuu... x per akak.. sabar yer akak... yg penting blog akak nie masih ada lg... mmg selalu singgah kat cnie walaupun tak login... suka sgt baca entri akak..
takyah benti blogging kak jee.. lagipun memang la FB tu agak banyak kebaikkan tetapi kalau nak compare dengan keburukan... memang banyak la keburukan daripada kebaikkan. Lagipun, manusia ni lau cakap baik2 memang mudah lupa, btw, saya pun gemuk jugak kak jee.. tapi alhamdulillah, kawan-kawan treat saya baik. mungkin saya tidak berjumpa lagi dengan kawan-kawan semacam kak jee yang mulut longkang tu.. tetapi takpe kak jee.. kita tabahkan hati kita... kita bersabar. banyakkan berdoa semoga..hasrat kak jee untuk membaca bahasa sopan tercapai.. amin.
ReplyDeleteassalamualaikum kakjee - Mala ada perasan komen-komen tu. lebih-lebih pulak. buat orang meluat. take care kakjee.
ReplyDeleteAssalamualaikum K.Jee, eeemmm...kenapalah mereka ini ikut sedap mulut je nak bergurau, biarlah kena pada tempatnya, i mean tengok dulu la siapa org tu, close sgt ke, biasa2 je ke, jarang2 ke...suka2 hati jek, sume benda nak buat gurauan kan, x tengok umur, sapa org tu, biasa ke x...Kalau spt yg k.Jee tulis tu buat gurauan, itu dah melampau dan xda adab sopan lgsung namanya..diaorg ni x segan lgsung eh...Ummi pandang k.Jee ni seribu kali segan taaauu, K.Jee accept Ummi pun dah rasa seronok sgt, dpt bertegur sapa di alam maya ni pun rasa suka...ni k.Jee dah merajuk, susah kitaorg...huhuu. Sengal2 betul depa tu tauuu...Moga k.Jee tenang2 dulu yea...mmg kadang2 FB ni melalaikan, boleh ralit kita dibuatnya kalau x beringat....penyakit baru zaman skrg ni kan...k.Jee jgn lama2 mem"block"kan diri eh...
ReplyDeleteterima kasih semua sebab masih sudi follow Kjee di blog yang tak sempurna ini. Insya Allah, Kjee akan layan blog ini hingga jari jemari ni dah tak larat nak ketuk keyboard atau otak dah kering. hehehe.
ReplyDeleteThnx Ummi, Akmall, Mala, Jiejah, Oshanira serta Diana for the kind words and semangat.
betul kata kak Jee...kadang ryo pun block frenlist yg gurau melampau ni...maaf la kot2 ryo pun terbergurau lah ye.(ada ke?)..
ReplyDeletexpe kak jee...hukum karma,nanti diorang kena balik pada diri sendiri.baru dia rasa.itu pun kalau ada perasaan.hurm
:)
salam kak jee .. perkara pertama yg saya lakukan bila on pc ialah lepak kat blog akak .Saya ni mmg tak pandai masak dan agak malas sikit .. tapi bila saya sering mengikuti blog akak semenjak dua menjak nih saya rajin ke dapur dan suami pun hairan .Nama kak jee tak putus putus kat mulut saya .." kak jee ajar" .." kakje ajar" .. walhal kak jee pon tak kenal saya .. hehehe..
ReplyDeletesabar yer kak jie pasal FB tu .. Blog ni jgnlah ttp sy suke singgah tau..
ReplyDeletekak jie dgn saya samelah baru lg buat blog ni... tp.. sejak akhir² ni mmg ssh skit nak tgk blog kak jie tau.. sbb dah ramai berkunjung agaknya...
salam Masya. Kjee pelik awak kata susah nak tengok blog Kjee. sepatutnya tak susah walaupun seramai mana pengunjung. mungkin masalah internet slow. janganlah kena virus...risau gak. :)
ReplyDeleteSalam Kak Jee... Saya memang benci dengan org2 yg suka manaip tanpa otak di fb. Kita dah elok2 jaga etika, diorang plak nak melampau2. Sabar yer Kak Jee. And Kak Jee...nampak gaya, sekapal lah kita ekk..sebab saya pun tutup akaun fb saya dek kerana meluat dgn org2 yg mcm tu... Tak per K. jee...tanpa fb..kita masih ada blog...
ReplyDeleteDear Kjee, apa2pun I will follow you....tadi masuk fb tgk2 nama Kjee dah tak de..tertanye2 plak dengan diri sendiri..Kjee dah delete sy ke?..apa2pun Kjee, byk2 bersabar ye Kjee...be strong always..
ReplyDeletesalam kak jeee...releks lah kak, bersabar yeaa.... kata skandal(pernah jadi isu dikalangan blogger dulu pasal "skandal" ni) saya dan juga jiran blog "ben ashaari"...orang keji kejadian kita umpama dia menghina ciptaan Allah swt..biarkan jelah..mereka tu sapa nak hina2 kita...satu masa mereka pasti akan merasa apa yang mereka kata tu, ibarat meludah ke langit, akan jatuh ke muka sendiri juga....
ReplyDeleteCMG: hanya Jauhari sahaja yang kenal manikam. Lantaklah apa orang nak kata. Tetapi kekadang boleh stress walaupun kita cuba tolak tepi apa yang mulut2 longkang ni kata. Tapi...I have been through so much in life...actually nothing can shake me now. ya ker? easier said than done!! Hehehe
ReplyDeleteAs salam Kak Jee.
ReplyDeleteSabarlah ye.
Oh Oeya setia menanti post Kak Jee :)
salam aunty jee..huhu, sedihnye aunty dh xon fb lg..i x pernah pun tegur2 aunty dlm fb 2, bg komen kt blog ni pn xpernah..tp i slalu ikut perkembangan aunty..harap aunty sabarla, minat sgt dgn penulisan aunty..luv u
ReplyDeleteK Jee, kan dulu K Jee dah rehat sekejap dr FB sbb kekadang manusia ni ikut suka jari dia aje nak type apa... Apapun, stay blogging k.. Kang xde tempat saya nak baca & senyum @ gelak at the same time.. Not forgetting, ilmu memasak yg K Jee share dgn readers... Smile always & Always be happy with what u r doing...
ReplyDeleteDulu Kjee tak bukak FB jer tapi kali ni dah deactivate terus. Hehehe
ReplyDeletesalam kjee.....baru nor dapat jawapan kenapa kjee takde kat wall....esok lusa nor nak pi masa 2 bulan ni akan buat nor merindui kjee akan ku kenang dikau dalm doaku semuga kita d pertemukan allah suatu waktu nanti...nor
ReplyDeleteterasa kehilangan kjee d fb mujur lah dpt ziarah di blog.....pd saya kjee bkn setakat kwn tp byk memberi ilmu..yg penting kjee sgt menghargai org lain..i will miss u sis...saya nk update psal kjee dlm blog saya pas ni...
ReplyDeleteAssalamualaikum, Kak Jee... patut la sy dok cari2 kjee dlm fb x jmpak2, rupa2nya dh tutup. hmm.. nasib baik blog ni masih ada, kalu x rindu la sy kt kjee nnt... pe pn kjee, rmai lg yg masih setia dgn kjee... suka baca blog kjee ni, & sy pn dh byk belajar masak dr kjee, trima kasih byk2 sbb sudi kongsi mcm2 jenis resepi. x de fb pn x pe la, asalkn masih boleh jenguk2 kt blog ni....
ReplyDeletea'salam kjee, baru dpt on9 walau tgh lemau. xper la kjee abaikan jer kata2 dorang, kena tgk dan pikir dgn siapa kita nak bercakap dan bergurau, xkan xtau nak beza..
ReplyDeletesalam Nor. Kjee akan turut merindui Nor, salah seorang sahabat Kjee di FB. Kjee doakan Nor dan suami selamat pergi dan kembali. Seandainya kita tidak ditakdirkan bertemu, maaflah atas segala keterlanjuran Kjee selama kita berkenalan. Mudah2an Nor dapat Haji mabrur, Insya Allah.
ReplyDeleteDan kepada semua kengkawan Kjee, terima kasih sebab rajin jenguk Kjee di blog. Love you all sooo much!!
ReplyDeletesalam kjee...tak sangka pulak orang2 kat fb over friendly.sampai nak kutuk2 pulak.kita ni masih ada adab sopan kan..kena la ikut.sabar je la kak.syaomar
ReplyDeletePatutlah, aku tak nampak ko kat fb aku ingat aku dah kena block. Semalaman aku fikir apa yang aku dah cakap kau tersinggung.
ReplyDeletehi kjee. panik sekejap bila tengok kjee takde dlm fb friendlist. genap seminggu,dah kena delete? rupa2nya angkara sipolan2 kurang ajar atau perasan "terlebih mesra" yg bergurau tak tau batas.anyway syukur and happy sgt jumpa kjee di blog ni beberapa kali sehari,setiap hari.psg.
ReplyDeletekak jee..sy dh trfikir td sampai hati k.jee block sy,apa la salah sy..:(
ReplyDeleteBila bula blog baru tau rupanya k.jee dh deactive fb. smg k.jee sntiasa tabah & ceria wpun tanpa fb..
assalam kjee. Allah itu ada. DIA tak tidur. mgkn dugaan utk kjee. erm, tak dpt la sy nk mintak kaunseling dr kjee lg :) harap persahabatan kita terus terjalin ye kjee. moga keluarga kjee sentiasa diredhai Allah. take care kjee. wassalam
ReplyDeletejee,
ReplyDeleteterkejut juga bila buka facebook dan jenguk wall u tetiba tak dapat. saya faham tindakan jee. asalkan jangan berhenti blogging tau. saya seronok baca blog jee, rasa terhibur bila baca citer2 kelakar. take good care of yourself, nadia dan pali and all your lovely cats. salam ceria!
Salam rindu Kak Jee...patutla sunyi jer tak nampak kak Jee kat FB...jangan dilayan sgt org gitu kak..sabar jer la yer.semoga Kak Jee sekeluarga dirahmati Allah selalu..amin.
ReplyDeleteTak apalah Kak Jee..Saya masih boleh follow Kak Jee kat blog..
ReplyDeletekak jee... good on you
ReplyDeleteKak Jee,jangan merajuk tutup blog pula,saya nak baca kat mana cerita2 sensasi sambil cuci mata dengan resepi2 akak yang enak2 tu...pedulikan mereka yang kurang pandai berbahasa tu..nanti jumpalah mereka dengan buku dan ruas.Akak jangan merajuk ok..
ReplyDelete