Wednesday, October 12, 2011

KJEE PALING TAKUT BANGUNAN CAHAYA SURIA. KENAPA?

Inilah bangunan Cahaya Suria


Ada lagi rupanya klinik gigi kat situ!! Takut!! - foto2 ehsan google
Masa kecik2 dulu, Kjee cukup takut kalau bapak bawak kita orang ke bandar dan bas berhenti kat Bangunan Cahaya Suria, kat tengah2 KL. Jalan apa tak ingat tapi kat Jalan Tun Tan Cheng Lock kot. Masa tu nama lain agaknya. Mungkin Mounbatten Road. Ahh, tak kesahlah.

Kat bangunan itu ada klinik gigi Kerajaan. Dan kami adik beradik ada pengalaman yang amat2 menakutkan apabila bapak bawak ke klinik gigi tu. Sekaranag ada lagi ker?

Ingat lagi masa tu kami tinggal di Quarters Kerajaan, Peel Road. Naik bas dari Peel Road akan berhenti  di Bangunan Cahaya Suria. Dari dalam bas, sebaik sahaja nampak bangunan tu, Kjee dah melalak. Bukan Kjee jer tau! Kami adik beradik termasuk Ahmad Fauzee. Punyalah kami takut.

Dulu2, jarum bius yang digunakan cukup panjang dan tebal. Kalau dicucuk kat gusi, mesti air mata mengalir punya! Bertuahnya budak2 zaman sekarang apabila pergi klinik bayar. Siap bubuh krim bius dulu kat gusi sebelum cucuk jarum.

Sekarang kalau Kjee lalu kat Bangunan Cahaya Suria, Kjee selalu tersenyum. Dan dah beribu kali agaknya Kjee  bagitau Nadia cerita yang sama. Sampaikan dia jawab: "tahu dah..dulu mama dah cerita". Begitulah takutnya Kjee masa kecik2 dulu apabila lalu depan bangunan tersebut.

Baru2 ni Unclepali sakit gigi. Kita orang usiklah dia sebab dia cakap besar. Katanya, masa kecik2 dulu dia cabut gigi guna playar (pliers) atau ranggum (bende samalah tu), cabut sendiri!! So kata Nadia, jom mama kita tengok papa jadi 'doktor gigi'. Tapi rupa2nya Unclepali cakap jer besar. Dia pergi klinik Kerajaan kat Keramat AU2.

Balik jer, Unclepali kata jangan sesekali awak ke klinik gigi kerajaan. Boleh mati tau. Kjee faham. Mesti sama macam Kjee kecik2 dulu. Jarum dia mesti besar dan panjang. Isyhhh tak bekenan bebenorlah teman!!

Anyway, Kjee merapu pasal cabut gigi ni sebab tengok satu cerita dalam Metro baru2 ni pasal 'doktor gigi' dari negara China yang berkeliaran di Kolumpo. Cabut gigit di kaki lima jalan. Adoiii...dia orang bagi bius dulu ker?

Hati2lah kalau jumpa manusia yang claim cabut gigi dia kaki lima murah. Kjee pernah dengar cerita orang mati sebab darah tak henti2 keluar lepas cabut gigi. Nauzubillah!!

Yang bawah ni Kjee copy paste dari Harian Metro


BERBAHAYA...‘doktor’ gigi warga China tidak mengamalkan ciri-ciri keselamatan ketika menjalankan proses rawatan.
BERBAHAYA...‘doktor’ gigi warga China tidak mengamalkan ciri-ciri keselamatan ketika menjalankan proses rawatan.
KUALA LUMPUR: Kerana yuran perkhidmatan yang murah, segelintir pengguna masih sanggup menggadaikan nyawa dengan mendapatkan rawatan pergigian daripada ‘doktor gigi’ tidak bertauliah di kaki lima Jalan Pasar Pudu, di sini.
Doktor gigi yang dipercayai berasal dari China itu memulakan perkhidmatan pergigiannya di kaki lima kawasan itu setiap hari bermula jam 9 pagi hingga 3 petang.
Mereka menawarkan perkhidmatan memasang gigi palsu dengan harga lebih murah daripada klinik swasta iaitu RM50 hingga RM80 satu gigi dan tempoh pemasangannya mengambil masa 20 minit.

Biarpun tidak tahu berbahasa Melayu, doktor terbabit mengupah jurubahasa yang bertindak sebagai pengantara untuk memaklumkan semua harga perkhidmatan.



Tinjauan Metroplus ke Jalan Pasar Pudu, baru-baru ini, mendapati empat doktor gigi warga China membuka klinik kaki lima di kawasan itu.


Berbekalkan peralatan pergigian, air, kerusi, carta dan sampel gigi palsu, mereka membuka klinik di tengah laluan itu tanpa memikirkan aspek keselamatan dan kebersihan.

Namun, masih ada segelintir pengunjung menggunakan perkhidmatan itu, biarpun tiada ciri-ciri keselamatan diamalkan.

Malah, doktor kaki lima terbabit mendakwa peralatan yang digunakan bersih dan selamat kerana semuanya sudah dicuci dengan ubat yang boleh membunuh kuman tanpa mensterilkan peralatan terlebih dulu.

Menurutnya, yuran perkhidmatan bergantung kepada jenis gigi yang digunakan, namun ia tahan sehingga tiga tahun, malah pelanggan boleh mendapat diskaun.

9 comments:

  1. ingat kjee, depan bangunan tu lah akan nor lalu setiap hari balik keje ..dulu opis nor dekat trapik light tu jln hang lekiu....selalu gak pegi klinik tu tapi belum pernah cabut gigi cuma tampal je....kjee kenapa tak nampak kjee kat wall dah...nor

    ReplyDelete
  2. saya dulu pon ada gak pengalaman ngeri cabut gg d klinik gomen.. takutnya sampai ekarang..hihi..

    ReplyDelete
  3. dentist yg paling di geruni. ada pengalaman jgk dgn dentist kerajaan masa kecik dulu. siap terajang misi!! hehehehe tak boleh lupa sampai sekarang.

    ReplyDelete
  4. Oh ya ker....kita tak pernah sampai..hihihi..

    ReplyDelete
  5. Cabut gigi kat kali lima macam tu? erkkk! Tak berani saya.. saya pilih klinik gigi laaa.. eiii serammm!

    ReplyDelete
  6. Aku selalu lalu situ pergi balik kerja sbb malas bawakereta masa kerja di menara haw par kl, lal situ sebab nak ke klang bustand, sekarang kalau lalu situ nak ke petaling street jalan kaki takut sebab ramai bangla, Nepal Dan Myanmar.

    ReplyDelete
  7. saya sampai sekarang fobia kalu nak cabut gigi...

    ReplyDelete
  8. Dah biasa cabut gigi di klinik kerajaan sjk sekolah rendah. Skrg ni bila ke klinik swasta,mcm tak caya bila doktor kata "Dah siap encik".. Mcm takde rasa apa-apa plk. Tapi bayarannya faham-faham la ye. Hehehe...

    ReplyDelete