Tuesday, October 18, 2011

SALAH ATAU BETUL?

Dah lama Kjee nak bangkitkan isu ini tetapi seringkali tak berani. Bimbang disalahertikan. Tetapi malam ini, hati Kjee begitu nekad. Tak nak coret banyak2 mengenai hal ini, korang tengok gambar dibawah ini dan renung2kanlah.

Kjee hanya panjangkan dan share gambar ini dari FB Haslinda Alias. Kalau Kjee salah, pohon maaf.





foto ehsan mStar

foto ehsan google

19 comments:

  1. ni sekrg fesyen ikutan ramai-hoodie.... yg part ct tu dah lama org kata fesyen tudung dia lebih kpd cara yahudi

    ReplyDelete
  2. Jee, walaupun aku tak bertudung, aku berani cakap tudung menyerupai nun ni memang salah sama juga dengan tudung yang menyerupai bonggol unta. Diakhir akhir zaman ini orang menutup aurat dah tak mengikut huuku hakam lagi yang sedih lagi ada yang memakai semata mata kerana fesyen.

    Aku berani bercakap sebab adik ipar arwah abah aku adalah seorang imam yang sangat dihormati dah tokoh agama dari Johor Bahru. Dia pun ada menegur aku supaya bertudung tetapi dengan cara yang sangat berhemah aku pun menjawab secara berhemah juga iaitu " insyaallah satu hari nanti doa doa kan lah". Selepas itu bila dia jumpa aku lagi dia tak pernah tanya sehinggalah dia meninggal pada hujung tahun lepas.

    ReplyDelete
  3. Saya dah perasan lama, itulah dah terlampau berfesyen.... sampai terikut macam tu sekali. pada yg suka berfesyen gini... udahlah tu, tukar je fesyen lain...

    ReplyDelete
  4. Ha ah lah K.Jee. Baru saya perasan. Tapi kan hati dan keimanan kita sebagai Islam berbeza walau pun bentuk pemakaian tudung macam sama. But then, bukankah Allah melarang kita berpakaian menyerupai mereka yang kafir. Harap adalah yang sedar sebab bukan susah pun nak ubah penampilan tu agar tak menyerupai, bukannya suruh ubang hidung atau mulut ke, kan. Tak gitu, K.Jee.

    ReplyDelete
  5. mcm k'jee jugak...tak berani nak komen.....

    ReplyDelete
  6. banyak fesyen bertudung lain, tak usahlah kita pakai menyerupai rahib tu. biarlah kita menjadi ikutan bukan mereka yang kita ikuti.

    aini

    ReplyDelete
  7. peminat Blog Kak JeeOctober 19, 2011 at 9:26 AM

    Assalamualikum Kak Jee.... entah lah kak Jee tak tahu nak kata betul ke salah ke... yang penting niat si pemakai tu menutup aurat kerana Allah demi Islam...kalau nak ikut ikut lah kita kaum perempuan ni pakai seluar panjang/pants tu tutup aurat juga tapi ada juga yang kata salah.. kalau pakai tudung tetapi pakai tights atau legging yang menampakkan bentuk badan tu tak tahulah nak kata betul ke salah...
    Terima kasih Kak Jee for sharing...

    ReplyDelete
  8. Tak berani nak komen kak jee. Tapi senang jer bg saya lah..pakai tudung dgn cara yang sepatutnya..fesyen2 ni kadang2...macam gambar yang kak jee letak tu la...

    ReplyDelete
  9. itulah... kalau manusia meletakkan bertudung sbg fesyen melebihi dr tuntutan agama... wallahualam kak jee.. fahaman dan selera masing2 kan

    ReplyDelete
  10. Sebenarnya ramai dari kita kaum Muslimah ni ... tidak memahami atau buat-buat tak reti bahasa, mengenai cara menutup aurat yang sebenarnya. Sudah diperjelaskan secara lisan dan bergambar, tapi ramai yang tak ambil kisah. Para fesyen designer khususnya fesyen tudung pun ambil kesempatan mereka dan menonjol rekaan mereka yang ' ntah-apa-apa' !! Tudung makin pendek dan jarang. Harganya mak oi .. ratusan ringgit pula tu. Datang pula si Yuna, dengan fesyen ' tudung kelambu' .. berserabut je. tak tau lah saya .. kat mana elok dan santunnya. Ada pula yang ikut stail wanita NEgro .. ber TURBAN. Aduhhhhh .. leher yang terdedah tu bukan aurat ke ?? ALlah swt tidak menyusahkan hambanya tetapi kita, hambanya yang sering menyusahkan diri. Setuju dengan Aini .. sepatutnya tingkahlaku dan fesyen kita jadi ikutan bukan kita yang mengikut mereka.

    ReplyDelete
  11. marila kita sama2 menutup aurat dgn cara yg betul.mana2 yg tersasar tu cepat2 kita berubah dan memohon keampunan krn DIA maha mngetahui dan maha pengampun.thanx kak jee kongsi info ni.

    ReplyDelete
  12. Ini pendapat saya yang baru berumur setahun jagung. Saya tinggal di bumi yang agama Kristian adalah agama rasmi negara. Namun begitu, disebabkan penghijrahan, negara ini mempunyai pelbagai bangsa dan agama. Di tempat saya, selain orang Islam, wanita beragama Yahudi antara yang memakai tudung kerana agama. Ikatan tudung mereka adalah lebih kurang cara ikatan tudung bawal kita di Malaysia. Selain daripada itu, yang bertudung kerana budaya adalah Orthodox Russian dan Orthodox Macedonia. Cara ikatan tudung wanita2 ini ada pelbagai cara. Kadang2 makcik2 di pasar, mmg selalu saya ingat Orang Islam sebab cara mereka bertudung seperti kita. Atau cara kita bertudung seperti mereka. Selain itu ada juga serpihan agama Kristian (Christian left) (di kawasan perumahan lama saya) yang menggalakkan umatnya bertudung disini. Ikatan tudung mereka pula seperti zaman fesyen tudung di zaman 70an di Malaysia. Ala, yang ikat2 kat belakang tu. Kesimpulannya, pendapat saya, perbetulkan lah niat semasa mengenakan seluar, baju, tudung dsbg. Kalau nak dikaji fesyen apa yang boleh, fesyen apa yang tak boleh, mungkin memerlukan kajian yang menyeluruh dan mengambil masa, kerana ramai wanita selain Islam juga bertudung di dunia ini.

    Ini pendapat saya sahaja. Saya tak kecik hati kalau ada yang nak hentam pun. Malah bagus kalau ada yang nak perbetulkan pendapat saya jika salah.

    Di negara yang pernah saya duduki dulu, jiran Kristian saya berjubah dan berserban ala2 arab setiap masa. Dia Kristian dari Iraq. So, pasni kita nak kaji pulak tak perihal lelaki berjubah?

    ReplyDelete
  13. Dah di beri garis panduan oleh Alquran dan hadis yang sahih, tapi orang melayu kita ni suka tiru cara orang bukan islam. Fikir fikir kan lah...
    Ada yang pakai tudung kemain mahal harga nya tapi bahagian dada terdedah!
    Betul lah kata ramai orang, pakai tudung macam berfesyen bukan nya kerana islam kot!

    ReplyDelete
  14. no komen lah kak jee tp pernah lah terbaca dan slalu ingtkan diri sendiri sblm nak tegur kita salah ke sape yg salah kan

    ReplyDelete
  15. kena tny yg lebih arif sb hadis tersirat (menyerupai kaum lain)...merangkumi byk aspek..
    skrg ramai orang suka2 letak gbr dgn hadis tanpa penerangan...

    ReplyDelete
  16. salam kak jee .. bukan bertudung saja jadi ikutan .. saya kdg2 juga keliru tentang penggunaan tasbih ,krn ugama lain juga menggunakannya .Pada zaman nabi dulu dikatakan nabi mengira zikirnya dgn penggunaan ruas jari dan bukannya tasbih ..

    ReplyDelete
  17. memang sekarang ramai yang bertudung tidak ikut syariat. bertudung tetapi singkat dan tidak tutup bahagian dada dan juga leher. tudung sekarang lebih keada fesyen.fikir-fikirkan lah

    ReplyDelete
  18. kjee.... ada sorang kawan saya share bende nih kat fb... macam2 dikatanya .... dan saya pon tegur... pemakaian skirt pendek dan baju tak berlengan nampak ketiak tuh...tak macam 'mereka' kah..? marah pulak dier..(sebab fesyen dier memang skirt/suar pendek ketat dan singlet/spaghetti..) sendir kena fikir la...

    ReplyDelete
  19. Walaupun macam dah ketingglan zaman, saya masih pakai tudung empat segi samada 45 atau 60, lipat dua, pin bawah dagu, pin dibahu kanan dan kiri, wedding kat hotel ke, gi pasar ke, gi buang sampahke, nilah tudung saya....he he he...
    Apa-apa yang kita buat tu mestilah kerana Allah...bukan kerana manusia....

    ReplyDelete