Sunday, October 16, 2011

SOTONG GORENG PEDAS VS KUCHAI GORENG TELOR


Hari tu memang dah rancang nak buat Penang Fried Kwayteow hari ni. Nadia nak jamu mak sedaranya. Tapi dek kerana mak sedaranya tergocoh2 nak balik Melaka, akhirnya Nadia macam dah tak ada mood nak buat. Apapun, Nadia kata tak apalah dia masak untuk mama kalau mama nak makan. 

Tengah hari tadi, Kjee keluarkan kerang dari peti ais. Hati Kjee macam tak sedap tengok kerang tu sebab beli semalam. Semalam masa beli semua tersengih. Hari ni dah tak sengih lagi. Maklumlah, Nadia kan baru baik dari food poisoning. So, Kjee buat keputusan buang saja.

Dan untuk makan tengah hari tadi, Kjee masak simple2 jer. Goreng ikan bawal hitam, ayam dan sotong rex goreng pedas. Pastu kuchai yang sepatutnya buat Penanag Fried Kwayteow digoreng dengan telor jer. Hari ni makan kering2 jer. Tapi boleh tahanlah jugak berselera.

Jom intai resipi untuk sotong dalam tin masaka pedas. 

BAHAN2

1 tin kecik sotong (Kjee guna jenama Rex)
1 labu bawang besar
5 biji cili api (ikut suka)
minyak untuk menumis

CARA

Sotong dikeluarkan dari tin dan dicarik2. Jangan buang airnya. Bawang dipotong bulat2 dan cili ditumbuk kasar2. Panaskan kuali dan tumis bawang hingga layu. Kemudian masukkan cili dan goreng hingga garing. Masukkan air sotong bersama sotong sekali. Masak selama kira-kira 7 hingga 8 minit. Padamkan api.

Untuk resipi kuchai goreng telur, klik sini.




4 comments:

  1. salam... auntie *takpe ke panggil auntie? kalau tak boleh bagitahu ek*
    gambar makanan auntie semua cantik-cantik. daripada tak lapar terus jadi lapar. hehe :)

    ReplyDelete
  2. salam dilla. memang layak dipanggil aunty pun. gambar2 biasa jer. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Jee. Pensyarah Cina saya beritahu dulu, elakkan makan kuchai ni, sebab kuchai ni membawa angin. Dia suruh ganti dengan daun bawang. Sejak tu saya dah lama sangat tak makan kuchai.

    Z.

    ReplyDelete
  4. Kadang2 makan kering2 nie pun boleh jadi berselera juga Kak Jee. Tapi syaratnya kena ada yang bersambal cili api la. Kalau dah combination mcm Kak Jee masak nie, memang perfect la kiranya.
    Note : Kak Jee, terima kasih banyak2 kerana sudi masuk blog saya dan follow...

    ReplyDelete