|
album google |
Pagi ini Kjee tersenyum sinis apabila baca akhbar online mStar dan terbaca berita hiburan mengenai aktor Que Haidar dan isterinya Linda Jasmin begitu teruja apabila doktor memberitahu kandungan Linda, 95 peratus anak perempuan! Insya Allah.
Kjee ada cerita jugak tau...hmmm serius ni. Ini bukan cerita poyo. Dan bukan terjadi pada orang lain tetapi diri Kjee sendiri.
Masa tu Kjee mengandungkan Nadia. Maklumlah, selepas ada anak lelaki, Kjee teringin sangat nak anak perempuan. Dan Kjee pun amalkanlah petua orang Jawa yang mak mertua Kjee ajar. Pasti korang ingat lagi kan petua yang Kjee ajar dulu. Tetapi maaf sebab Kjee dah padam entry tu sebab ada seorang pompuan yang belum berkahwin menipu Kjee kata dia dah kahwin dan minta petua itu. Sedangkan Kjee dah kata siapa yang nak tahu, private mesej Kjee dan Kjee akan bagitau. Syaratnya dia mesti sudah berkahwin. Tak apalah itu kisah lama.
Well, berbalik kepada kisah Kjee tadi. Ketika itu mengandung kali kedua. Kalau tak silap Kjee, apabila masuk kandungan ke usia 6 bulan, Kjee pun pergilah scan. Doktor kata bayi yang Kjee kandung anak lelaki. Siap dia tunjukkan 'telor' bayi yang Kjee sedang kandung tu dalam monitor scanner tu.
Ketika itu, Kjee betul2 kecewa. Sebenarnya, kita tidak seharusnya kecewa sebab segala yang berlaku itu atas kehendak Allah swt. Tetapi sebagai insan Allah yang kerdil dan jahil, Kjee tidak boleh mengelak daripada mempunyai sifat2 seperti itu.
Baby yang Kjee kandung jugak lasak. Posisinya tiap kali berubah. Dan Kjee pun pergilah ke seorang makcik yang pandai untuk kembalikan baby dalam posisi sepatutnya supaya Kjee tidak kesakitan. Makcik tu pegang perut Kjee dia kata anak Kjee ni Hero. Seorang lagi kata anak lelaki, kata Kjee dalam hati.
Akhirnya Kjee pasrah dan redho. Kjee memang sudah sediakan nama Farah Nadia sejak Kjee bernikah dengan abah Nadia. Tup tup keluar anak lelaki. So terpendamlah hasrat itu. Kemudian apabila mengandung kali kedua, Kjee terlupa nama Farah Nadia yang Kjee dah prepare dulu. Lalu Kjee kata kali ini kalau anak perempuan nak namakan dia Siti Khadijah.
Bagaimanapun, apabila doktor dan mak bidan kata anak lelaki, Kjee dah macam tak kisah nak sediakan nama untuk anak lelaki. Kjee beritahu suami Kjee, kalau anak lelaki, biarlah dia saja yang namakan.
And Then, tiba hari melahirkan anak kedua Kjee. Masa mengandung kali pertama, Kjee lahirkan anak Kjee secara induce dan guna forceps. Kali kedua, doktor Kjee kata dia nak Kjee rasa melahirkan secara normal. Kjee tak tahu apa nak expect tetapi proses melahirkan anak kedua cukup teruk. Orang tua2 kata bersalin kembar darah. Omputih kata placenta previa ( betul ke tidak ejaan). Maknanya pendarahan yang teruk ketika bersalin dan Kjee hampir2 mati kerana terlalu banyak darah keluar.
Anyway, selamatlah Kjee melahirkan dalam keadaan kesakitan yang amat2. Masa tu terlalu lemah untuk mengetahui keadaan dan jantina baby. Kemudian doktor menjerit ucap tahniah kata baby Kjee perempuan! Kjee dah longlai. "Janganlah main2 doktor. Saya sakit ni!!"
Kemudian doktor bawak anak yang baru lahir kepada Kjee. Terkejut besar Kjee melihat bayi yang montel tu...sah perempuan!!! Kjee terus menjerit sekuat2nya nama FARAH NADIA!!! Dan selepas itu, terus Kjee keluar darah tanpa henti. Lahirkan Nadia pada jam 5.30 petang dan pukul 12 malam masih di atas katil besi dalam bilik bersalin kerana tumpah darah!! Darah tak henti2 keluar!! Setiap sejam Kjee diberi suntikan di peha untuk hentikan darah.
Ahhh tumpah darah tu kisah lain. TETAPI apa yang Kjee ingin paparkan di sini ialah, kita harus mempercayai kuasa Allah swt!! SEPANDAI2 MANUSIA DAN SECANGGIH2 PERALATAN, KUASA ALLAH SWT MELEBIH SEGALA2NYA!! Dah scan dah dan nampak 'telor'. Bidan dah pegang dah perut, kata Hero!
Begitulah kisah anak yang Kjee kandung bernama Farah Nadia! Kjee rancang nak bagi nama Siti Khadijah. Nama Farah Nadia dirancang sebelum itu kalau anak yang sulung dilahirkan perempuan. Tetapi rupa2nya, kita hanya mampu merancang. Allah swt memang sudah sediakan nama Farah Nadia untuk Nadia walaupun Kjee cuba menukarkannya kepada nama Siti Khadijah. Wallahualam.