Ehsan google |
Terkejut beruk Kjee tadi apabila terbaca berita kononnya album Inggeris Siti Nurhaliza berjudul All Your Love, dah terjual sebanyak 45-ribu unit. Dalam hati, ini mesti kes kelentong! Mustahil boleh jual sebanyak itu dalam masa 1 bulan!
Dah ramai sangat penyanyi yang kelentong selama ini. Dari zaman Kjee mula2 jadi wartawan sampai Kjee dah gantung buku nota dan pen! Kalau kat luar negara mungkin tak mustahil tapi kat Malaysia....hmmmm.
Rupa2nya mata Kjee yang salah. Kjee tersilap baca heading berita itu dalam mStar. Rupa2nya Siti menafikan cerita tersebut. Hehehe nampak sangat Kjee keletihan sampaikan nampak yang bukan2! Siti kata, hanya selepas 6 bulan baru boleh tahu berapa jualannya. Beliau hanya expect 10,000 unit!
Well, 10,000 unit di zaman sekarang pun agak susah hendak dicapai sebenarnya. Maklumlah di zaman sekarang ini, orang dah tak beli CD lagi. Download jer kat internet. Lanun cetak rompak pun sekarang dah susah cari makan tau!
Khabarnya, Siti kata dia nak buat macam2 projek tahun depan untuk promote All Your Love dan juga pelbagai promosi barangan Simplicity termasuk buat biografi ulangtahunnya.
Kjee harap Siti tak kata semua itu hadiah buat peminat setianya. Dah penat Kjee dengar penyanyi kita kata nak buat konsert dan macam2 lagi sebagai hadiah buat peminat. Persoalannya, kalau disebut hadiah, maknanya PERCUMA kan? Bukanlah buat album khas atau biografi tetapi peminat KENA BELI! Itu bukan hadiah dalam erti kata sebenarnya, setuju tak?
hehehe..kak jee ni...
ReplyDeletesetuju sangat dgn kak jee
ReplyDeletesesekali bagilah konsert free ker atau CD percuma kan? ni kata hadiah tapi kena bayar! hampeh lah!!!
ReplyDeletetul la kakjee, da kaya nak watpe jual2 album lgi x ckp ke???
ReplyDeleteMemang selalu macam tu lah peminat kena kelentong.
ReplyDeleteSETUJU KAK JE,..tu yang dikata TERBAIKKKK... :)
ReplyDeleteSekali sekala bagi percuma...murah rezeki...
LAGU AK BEST ..KAK JEE..NTAH DATO SITI PAHAM KE TAK DIA NYANYI TU...
ReplyDeleteKak Jee, masih jelas ingatan saya pada majlis perkahwinan beliau. Sungguh ramai peminat datang, ada makcik dari Johor bersusah payah naik bas, ramai lagi sedemikian. Dapatlah "hadiah" lagu saja, sepatutnya bagilah gula2, bukan mahal mana pon. Tak der akal langsung! Sekian lama peminat bagi sokongan, bagilah cenderahati sesekali, tak rugi punya!
ReplyDelete