Wednesday, November 9, 2011

APA SUDAH TERJADI NABILA?!!

Isu Gambar Cium: Amy Search Nasihat Nabila Jaga Tingkah Laku


KUALA LUMPUR: Vokalis kumpulan Search, Suhaimi Abdul Rahman atau Amy berharap anaknya, Nabila Huda, 27, menjaga tingkah laku demi menjaga kerjayanya sebagai seorang pelakon.
Kata Amy, Nabila seharusnya lebih fokus dan jangan rosakkan apa yang telah dikecapinya hari ini dengan perkara-perkara yang boleh menjejaskan namanya dalam industri.
"Saya tidak tahu tentang gambar-gambar itu, tapi sebagai bapa saya berharap dia menjaga tingkah lakunya kerana dia seorang perempuan.
"Dia yang memilih untuk menjadi selebriti dan seharusnya dia menjaga kerjaya dan fokus dengan apa yang dia ada sekarang," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berjudul Simetri, di sini, Selasa.
Gambar Nabila yang dipetik daripada blog Ohbulan.
Amy diminta mengulas tentang laporan sebuah program hiburan yang menyiarkan beberapa keping gambar artis yang dipercayai milik Nabila Huda.
Gambar-gambar liar tersebut diambil ketika Nabila sedang berpesta di Pulau Tioman bersama seorang lelaki yang dikatakan teman lelakinya.
Bagaimanapun, Amy enggan mengulas lanjut perkara tersebut namun berharap Nabila sedar dan bertanggungjawab terhadap kesilapannya.
"Saya harap dia tidak melarikan diri daripada kesilapan yang telah dilakukan dan bertanggungjawab dengan apa yang telah berlaku," katanya. - mStar

10 comments:

  1. cuman cari sensasi aja biar terkenal

    ReplyDelete
  2. hmmm artis ni mcm2 je.. semoga Nabila ni akan lebih matang dan insaf.. sayangnya kalau kerjayanya terjejas sebab perkara2 mcm ni. Nabila ni one of my favourite artis jugak..suka tgk dia berlakon..

    ReplyDelete
  3. tak belajar dari kesilapan masa lalu dan jangan jadi contoh yang tak elok untuk anak...

    ReplyDelete
  4. entaler susah nak cakapkan... bukannyer kecik lagi dah dewasa sesangat...

    ReplyDelete
  5. Kadabg ada hikmahnya sesuatu itu berlaku cuma kita sebagai manusia tidak pernah nak ambik iktibar dgn apa yg berlaku.moga allah menunjukan jln yg benar pd mereka2 yg lalai(ingtkan pd diri sendiri juga)

    ReplyDelete
  6. Apa nak jadi dengan dia ni, bakat berlakun bagus dan pandaiq bergaya tapi perangai kena juga jaga Nabila ooi, kesian lah kat papa awak tu.

    ReplyDelete
  7. sama samalah berharap hidayah bertamu....

    ReplyDelete
  8. erm baru ni suami saya ada kursus scuba kat pulau tioman dalam masa sm jumpa dia ni dgn johan(botak)..dioarng ats kapal yg sm dgn suami sy skl suami sy xprasan lg tp bl kwn dia tegur br dia perasan suami sy kata dia selamba je bk baju dgn seluar dan hny pki baju dalam dan seluar dalam je kat situ..tp bl suami ajk gmbr dia terus sarungkn baju agknya dia dpt bc ada org akn ltk gmbr dia di fb..last day suami sy kat sn suami kata malam tu dia ada kat pub sn..sn lah tmpt artis2 sll pergi kat sn sbb jais xprgi sn..erm ntah la cm doakn dia berubah itu aja..

    ReplyDelete