Sunday, November 27, 2011

AYAM...BERMACAM AYAM...ADA AYAM KAMPUNG, AYAM GOSTAN, AYAM...


Anak ayam dan telor

Semua termangu dengar penerangan Dato Hafifi 

Dah dekat 2 minggu Kjee tak makan ayam. Semuanya sebab Dato Hafifi Hafidz kata dia dah lama tak makan ayam dan telor. Kononnya ayam kita makan bukan ayam dalam erti kata sebenarnya tetapi anak ayam. Dan telor yang kita makan juga bukan telor betul.

Hmm tak ada peluang makan ayam golek lagi. Huhuhu
Mesti korang kata kenapalah Kjee cakap or tulis berbelit2 ini. Janganlah nak bagi korang konfius kan? Hmm sebenarnya Kjee jugak konfius masa mula2 dengar Dato Hafifi cakap kira2 dua minggu lepas. Tetapi oleh kerana Nadia warning tak boleh makan ayam selepas dengar Dato Hafifi cakap hari tu, maka Kjee pun ikut jer.




Tetapi ada sekali dua tu Kjee bedal jugak tapi bukanlah banyak. Macam makan soto atau mihun sup. Kalau orang yang jual tu bubuh, Kjee buat2 tak nampak dan telan. Tetapi kalau macam makan chicken chop atau ayam goreng KFC, tu tidak lah.

Tadi masa Kjee pergi rumah downline Kjee, Eqin di Johan Setia, Banting, Dato Hafifi yang turut hadir cerita lagi pasal ayam. Semua yang hadir tercenggang termasuklah mokcik ni. Kali ni baru Kjee jelas sejelas jelasnya kenapa kita tak boleh makan ayam.

Kata Dato Hafifi, ayam yang kita makan adalah ayam segera. Maknanya anak ayam diberi makanan yang mengandungi pelbagai hormon, antibiotik dan kimia supaya membesar dalam masa 28 hari! Lebih lama dari usia itu, taukeh ladang ayam rugi besar. Jadi, anak ayam itu membesar dan montok dalam masa 28 hari. Selepas itu, disembelih dan kita pun beli dan bedal.

Sebab itulah sekarang ini kita dengar pelbagai penyakit. Tiba2 ada jer jiran mati kena kanser, sepupu kita mati kena kanser dan guru besar sekolah kita punya anak pun kita diberitahu mati kena kanser. Dah jadi macam suatu kebiasaan pulak!

Kecurnya tetapi tidakkkkk!!
Kemudian kata Dato Hafifi, orang Melayu suka sangat makan ayam pencen atau ayam gostan atau ayam tua. Korang tahu tak asal usul ayam berkenaan? Ayam2 ini adalah ayam telor. Ayam yang bertelor tanpa bantuan ayam jantan. Mungkinkah ini ayam dara hingga mati? Yalah kalau ayam tu tak kahwin, kenalah namakan dia ayam andartu! Sorry ya. Bukan niat nak kenen sesiapa.

Ayam tersebut disuntik siang dan malam supaya bertelor. Dan telornya bukan telor proses biasa. Dan kita pun makan. Dan lepas tu apa? Hah korang kena kira2 sendiri lah kan?

So bila ayam andartu ni dah pencen dari bertelor, dia dimasukkan dalam kategori ayam pencen atau ayam gostan kenapa nama dia gostan korang tahu tak? Dan orang Melayu suka pulak makan ayam gostan buat rendang dan sop. Dia orang kata sedap sebab ayam tu keras dan liat macam ayam kampung. Camner dia jadi keras dan liat? Habis tu kalau dah siang malam kena suntik, camner tak jadi liat!

Sebab itulah Kjee dan Nadia dah tak nak makan ayam. Kalau ayam kampung okay. Tetapi apabila memilih ayam kampung pun kita kena hati2. Kalau ayam kampung tu asalnya dari Kampung Pandan atau Kampung Datuk Keramat atau Kampung Baru Kuala Lumpur  tempat lahirku, itu tak boleh diklasifikasikan sebagai ayam kampung. Ini adalah kerana ayam tu bukan ayam ori di kampung yang bebas ke sana kemari. Ayam ini kemungkinan besar telah diberikan makanan yang mengandungi bahan2 yang mencurigakan seperti hormon, antibiotik dan sebagainya.

Yang elok ayam yang mak bapak kita bela kat kampung. Kesian mak bapak korang. Penat bela, yang taram nanti anak2 yang balik kampung hehehe 

Setelah korang dengar cerita ni, korang nak ke makan ayam? Kjee dan Nadia tak nak. Kjee boleh stop Unclepali jangan makan ayam. Senang jer. Tak payah masak ayam dalam rumah. Tetapi telor, sorry. Unclepali hantu makan telor setengah masak. Tak dapek den nk nolong! Hehehe

Ayam Pencen - ehsan google

6 comments:

  1. Tula k.jee,, ada betulnya tu. dat's y la ayh xmkn aym suntik ni. Aym kg yg dia bela je dia mkn. Mmg sdp aym kg lg..

    ReplyDelete
  2. ada logiknya Deena. Kjee dan Nadia dah dua atau tiga minggu tak makan ayam. tak sanggup!!! tak payahlah makan kalau boleh menyebabkan kita sakit kan?

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Kalau kita dulu-dulu makan ayam pun sebulan sekali. Tu pun puas pujuk atuk korbankan seekor ayam di rebannya. Nak makan ayam kena ada kenduri ataupun Raya barulah ayam di reban dikorbankan. Ayam tu sihat la jugak. Orang putih kata free range. Sebab pagi lepas makan nasi sejuk, dia bebas meragut rumput dan cari cacing di belakang. Petang baru balik.
    Telur pulak, memang dari ayam kampung yang berkelamin, dah tahu siapa bapaknya. Yang pagi-pagi berkokok tu ler dia. Jadi, kalau nak makan ayam, kita kena buat style dulu-dulu balik. Atau cari kawan yang duduk di kampung dan masih pelihara ayam style gini. Semoga Kak Jee dan keluarga dilindungi Allah selalu. Insya Allah.

    ReplyDelete
  4. Susah betul nak stop kan anak2 aku dari makan ayam lebih2 lagi siAfiq tu.

    ReplyDelete
  5. terima kasih atas info kakjee ni.. sy pun jarang msk ayam, cume anak dgn suami suke mkn kfc sebulan sekali dah mcm wajib pulak... huhuhu.... saya buat nak buat coretan sikit dkt blog yer.. link sekali artikel ni... utk dikongsi dgn kwn² lain..

    ReplyDelete
  6. Salam kak jee, klu teringin mkn ayam k.jee blh pilih ayam organik. sbb sy bekas student ijazah agroteknologi. dan ayam orgnik ni tak guna hormon n bhn kimia.

    ReplyDelete